fbpx
Now Reading
Boleh Ke Bawa Telefon Ada Aplikasi Al-Quran Ke Dalam Tandas? Ini Hukumnya

Boleh Ke Bawa Telefon Ada Aplikasi Al-Quran Ke Dalam Tandas? Ini Hukumnya

Umat Islam pada masa ini bukan sahaja membaca al-Quran menerusi mushaf tetapi juga daripada aplikasi yang boleh dimuat turun dalam telefon.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum sedia maklum, al-Quran merupakan kitab suci yang wajib dipelihara oleh setiap umat Islam. Malah, terdapat hadis yang mengatakan amalan membaca al-Quran adalah dituntut di dalam Islam dan sekaligus dijanjikan ganjaran pahala buat mereka yang melakukannya.

Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebaikan.”

[Riwayat al-Tirmizi (2910)]

Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap Muslim menjaga kemuliaannya.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Tempat Lupuskan Al-Quran Secara Percuma Buat Kariah KL

Baca Artikel Berkaitan: 13 Pemuda Gadai Harta Demi Buka Pusat Pengajian Al-Quran Dalam Bas Lama

Baca Artikel Berkaitan: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

Aplikasi Al-Quran Semakin Popular Di Kalangan Masyarakat

Bergerak sehaluan dengan kemajuan teknologi, al-Quran juga mempunyai versi moden di mana anda boleh membacanya dengan hanya memuat turun mana-mana aplikasi al-Quran di telefon bimbit.

Walaupun terdapat kelebihan memegang mushaf Al-Quran, namun pahala membaca adalah sama bagi kitab dan juga dari telefon.

Membaca ayat kitab suci menerusi telefon juga memudahkan individu untuk melakukannya di mana pun mereka berada.

Pun begitu, timbul persoalan sama ada seseorang itu dianggap berdosa jika membawa telefon yang berserta aplikasi al-Quran ini ke dalam tandas. Seperti yang semua tahu, tandas adalah kotor dan tempat tinggal kepada syaitan.

Sumber: Freepik

Hukum Bawa Telefon Berserta Aplikasi Al-Quran Ke Dalam Tandas

Menerusi semakan kami, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam portal Buku Dr Zulkifli ada menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hukumnya.

Menurut Dr Zulkifli, hukum membawa telefon ke dalam tandas meskipun di dalamnya ada aplikasi al-Quran atau seumpamanya adalah harus.

Sumber: Quranly App

Sebagaimana kaedah fiqh menyebut:

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلَّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).”

[Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti, hlm. 60]

Bagaimanapun, memasang bacaan al-Quran di dalam tandas adalah tidak dibolehkan. Ulas pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus pula, perbuatan itu adalah haram.

Al-Quran Tak Boleh Dibuang Suka Hati, Perlu Jaga Adab

Daripada penjelasan di atas, dapat kita lihat betapa besarnya kemuliaan kitab mukjizat ini. Bukan sahaja tidak diletakkan di merata tempat, bahkan al-Quran juga tidak boleh dibuang sesuka hati dan terdapat kaedah serta langkah yang perlu diikuti bagi melupuskannya.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Lyzz menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya berkongsi beberapa gambar naskah al-Quran lama yang sudah lusuh termasuk helaian berubah menjadi kuning, koyak dan tulisan telah pudar.

Sumber: Flickr

Katanya, servis pelupusan al-Quran kebiasaannya mengenakan caj sekitar RM7 setiap kilogram, namun terdapat juga lokasi yang menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Salah satunya ialah Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam di Batu Caves yang diseliakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Salah seorang pekerja di pusat itu bagaimanapun menegaskan kepada orang ramai agar mengasingkan dahulu helaian kitab al-Quran yang dihantar ke sana.

@motherlyzz First time in my life, I pergi lupuskan AlQuran. Interestingnya process dia! For more info, boleh contact @KamiAda #pelupusanalquran #alquran #quran #muslim #islam #kualalumpur #lifetips #fyp #malaysia ♬ original sound – Zettysmomlife

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Berpeluang Tukar Al-Quran Tanpa Perakuan KDN Atau Rosak Secara Percuma Bermula Hari Ini

Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Telinga Dengar” – Konten Sambung Bacaan Al-Quran Sebelum Terima Duit Raya Curi Perhatian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.