fbpx

Baru Tersedar Kurang Rakaat Selepas Habis Solat? Ini Yang Patut Anda Lakukan [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan imam segera bangun untuk melakukan rakaat yang tertinggal sebaik dimaklumkan oleh makmumnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat merupakan rukun Islam yang kedua dan salah satu ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh mereka yang beragama Islam.

Malah setiap muslim dan muslimah perlu solat sebanyak lima kali sehari iaitu bermula dari waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan juga Isyak.

Mereka yang melakukan solat akan diberikan ganjaran pahala daripada Allah SWT kerana melaksanakan perintahnya. Namun dalam kita berusaha melakukan ibadah ini tak dinafikan adakalanya terdapat khilaf yang dilakukan.

Sebagai contoh terlupa sudah solat sehingga rakaat keberapa dan menyebabkan solat sesorang tidak sempurna. Ada juga yang mengambil pendekatan untuk solat semula untuk menyempurnakan ibadahnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Apa Perlu Buat Kalau Terlupa Bilangan Rakaat Solat?

Baru sedar tertinggal rakaat selepas selesai solat, imam jelaskan perkara perlu dibuat

Terbaharu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kg Nakhoda di Selayang telah berkongsi perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang sekiranya ada rakaat yang tertinggal sewaktu mendirikan solat.

Menerusi akaun Masjid Kg Nakhoda di TikTok, kelihatan mereka menjelaskan perkara itu menerusi satu video sketsa memaparkan dua lelaki yang sedang mendirikan solat secara berjemaah di masjid.

Sebaik selesai memberikan salam kelihatan lelaki memakai baju biru memaklumkan kepada imam solat yang dilakukan tidak mempunyai rakaat yang cukup.

Imam terus bangun dan ganti semula rakaat yang tertinggal tanpa menyoal banyak

Ekoran daripada itu, imam kemudian dilihat segera berdiri dan melakukan jumlah rakaat yang ditinggalkan secara tidak sengaja sambil diikuti oleh lelaki berbaju biru.

Bingung dengan perkara itu, lelaki berkenaan bertanya kepada imam adakah itu cara yang perlu dilakukan untuk menambah rakaat yang tertinggal?

“Ya kalau kita baru teringat selepas bagi salam, yang rakaat solat tadi tak cukup. Tak perlu kita ulang balik solat daripada awal.

“Cukup tambah sahaja rakaat yang tertinggal tadi tu, tapi dengan syarat. Yang pertama tempoh kita terputus tidak terlalu lama, kemudian yang kedua tidak bercakap lebih enam patah perkataan.

“Seperti mana disebutkan dalam kitab, pedoman sembahyang berjemaah dan yang ketiga tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan solat contohnya macam makan dan minum,” ujar imam tersebut.

Sempurnakan rakaat bersama tahiyat akhir

Cara melakukannya pula adalah dengan terus bangun berserta takbir diikuti bacaan al-Fatihah dan lengkapkan satu rakaat solat seperti biasa dan diakhiri dengan tahiyat akhir serta salam.

Menurut akaun Masjid Kg Nakhoda lagi, kita juga disunatkan untuk sujud sahwi sebelum selesai memberikan salam.

Rasulullah juga pernah tertinggal dua rakaat dan lakukan perkara sama untuk sempurnakan solat

Menerusi semakan kami di laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan perkara sama turut disarankan untuk melengkapkan solat berkenaan.

Malah laman tersebut turut berkongsi yang Rasulullah SAW juga pernah melakukan perkara sama sewaktu teringgal dua rakaat ketika mendirikan solat.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Nabi Muhammad SAW solat fardu Zohor, (ada riwayat mengatakan solat fardu Asar) sebanyak 2 rakaat lalu baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajah yang serius. Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:

.أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ

Maksud: Adakah solat telah dipendekkan (oleh syarak) atau engkau telah lupa?

Lalu Rasulullah SAW menjawab ia tidak dipendekkan dan baginda tidak pula lupa.

“Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu? Mereka membenarkannya. Lalu baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi berserta sujud sahwi” – Hadis riwayat Imam Muslim (573).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.