The (Not So) Wonderful Wizard Of Oz Jadi Tarikan Utama Scream Park Di Sunway Lagoon, Seram Ke Tak? [Review]
Selain The (Not So) Wonderful Wizard Of Oz, kami juga berpeluang untuk memasuki check point Hantutu’s Theater dan Horrorwood Studios Wax Museum of Monsters.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa dekat sini penggemar rumah hantu di Sunway Lagoon? 👻
Berita mengujakan buat korang, Scream Park di Sunway Lagoon kini berwajah baru selepas menampilkan tiga tarikan menggabungkan cerita rakyat Malaysia, hiburan sinematik dan kisah klasik terkenal dunia, The Wizard of Oz.
Tiga tarikan itu termasuklah:
- The (Not-So) Wonderful Wizard of Oz
- Hantutu’s Theater
- Horrorwood Studios Wax Museum of Monsters
Scream Park tersebut beroperasi sepanjang waktu siang dan bukannya malam seperti Nights Of Fright (NOF).
Sekadar info, Scream Park terbaharu dengan hiburan imersif ini merupakan salah satu inisiatif bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Foto: Hazwani BuzzKini 
Foto: Eshvar
Review Hantutu’s Theater – Hantu Hunters
Malah, team BuzzKini sendiri telah merasai pengalaman penuh kejutan di tiga-tiga stesen attraction itu.
Bermula dengan teater Hantutu, korang akan menyaksikan karya filem pendek menampilkan lakonan hebat Pengerusi dan Pengarah Kreatif Global The Sudden Impact! Entertainment Company Lynton V. Harris bersama maskot Hantutu yang pertama kali diperkenalkan semasa Nights Of Fright 11 tahun lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Rumah Hantu Lebuhraya Karak Buat Comeback Di NOF11, Kali Ini Lagi Seram!
Di dalam filem pendek itu, kedua-dua watak ini akan melalui Lebuh Raya Karak, jalan yang terkenal dengan kisah mistiknya.

Foto: Hazwani BuzzKini 
Foto: Hazwani BuzzKini
Dalam teater ini juga, korang akan ditayangkan dengan kisah hantu legenda popular yang selalu didengari ramai di Malaysia seperti:
- Pontianak
- Penanggal
- Pocong
- Toyol
- Langsuir
- Orang Minyak
- Hantu Raya
- Hantu Tetek
- Hantu Kum Kum
- Hantu Galah
Sambil-sambil tengok skrin, jangan lupa scan juga keadaan sekeliling sebab ada di antara hantu itu akan buat ‘surprise’! Yang pegang telefon hati-hati, takut terpelanting peranti korang tu nanti.
Untuk penulis yang penakut ni, kami rate tahap ketakutan teater itu 6/10.
Review The (Not-So) Wonderful Wizard Of Oz
Seterusnya, kami dibawa ke tarikan utama Scream Park ini iaitu alam dunia fantasi (seram), The (Not-So) Wonderful Wizard of Oz. 👠🧙♀️
Kalau nak tahu, stesen ini diinspirasikan daripada novel asal The Wonderful Wizard of Oz karya L. Frank Baum yang diterbitkan pada tahun 1900.

Foto: Hazwani BuzzKini

Foto: Eshvar
Bercakap pasal kejutan, mestilah korang kena siap sedia untuk terkejut! Hentakan ngeri dan berdentum di tingkap bersawang, kemunculan watak novel itu secara tiba-tiba dari sudut yang gelap, fuh memang asyik menjerit je, sesuai dengan namanya The (Not-So) Wonderful Wizard Of Oz.
Pengunjung akan dibawa ke lokasi-lokasi ikonik seperti rumah ladang di Kansas, pengalaman ribut taufan, Munchkinland, Emerald City, Scary Forest dan kawasan Wicked Witch dalam versi yang lebih dark.

Foto: Eshvar
Jangan berlari! Takut korang pula jadi sasaran ‘hantu-hantu’ ni. Tapi kalau nak rasa vibe penuh debaran apa salahnya. 😂
Produksi ini turut menampilkan pelakon tempatan termasuk Siti Khadijah sebagai Dorothy dan Nadia Brian sebagai Glinda.
Rate ketakutan? 8/10.
Review Horrorwood Studios Wax Museum Of Monsters
Yang terakhir adalah Horrorwood Studios Wax Museum of Monsters.
Check point ini diinspirasikan Hollywood dengan suasana berkonsepkan raksasa. Langkah sahaja masuk, korang akan melihat raksasa klasik yang sudah diawet di dalam bingkai sekeliling.

Foto: Hazwani BuzzKini
Kalau waktu tu tengah sunyi sepi, confirm bulu roma akan meremang. Bukan itu sahaja, untuk penulis yang tak sukakan badut, memang lari tak tentu arah ya bila terserempak dengannya di tengah-tengah jalan.

Foto: Eshvar
Difahamkan, check point ini turut digabungkan dengan kisah tradisi filem seram yang terkenal. Mungkin itu badut Pennywise dari IT?
Untuk terakhir ni kami bagi rate seram 7/10.
Waktu Operasi & Sistem Tiket Untuk Memasuki Scream Park Baharu
Tak percaya rumah hantu ni seram? Mungkin korang kena cuba masuk dulu. Di bawah ini kami kongsikan butiran tentang Scream Park terbaharu Sunway Lagoon:
- Lokasi: Scream Park, Sunway Lagoon
- Waktu operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (tutup setiap Selasa, kecuali cuti sekolah dan cuti umum)
- Sistem tiket: Pengunjung perlu dapatkan tiket Day Park atau Annual Passport
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹










