Kompilasi 15 Iklan Raya 2026 Yang Wajib Anda Tonton [Video]
Antara iklan atau filem pendek Raya 2026 yang kami gemari adalah dari Petronas, Julie’s, MR.DIY, Watsons Malaysia serta banyak lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan yang iklan Hari Raya di Malaysia bukan lagi sekadar medium promosi produk, tetapi telah berkembang menjadi satu bentuk penceritaan yang dinanti-nantikan setiap kali menjelang Aidilfitri.
Jenama-jenama gah seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) acap kali tampil dengan karya yang menyentuh emosi, mengangkat nilai kekeluargaan, pengorbanan, dan makna sebenar perayaan.
Malah, ada antara iklan ini yang ditunggu-tunggu seperti filem pendek, siap dengan jalan cerita yang kuat serta mesej yang berkesan dan mendalam.
Fenomena ini secara tidak langsung telah membentuk satu tradisi baharu dalam budaya masyarakat Malaysia, di mana menonton iklan Raya menjadi sebahagian daripada kemeriahan sambutan itu sendiri.
Seiring dengan tradisi ini yang semakin kukuh, setiap tahun pasti ada beberapa iklan Raya yang benar-benar menonjol dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Ada yang buat kita tersenyum, ada juga yang menyebabkan air mata kita jatuh berlinang tanpa sedar.
Memandangkan 1 Syawal sudah semakin dekat, jadi di bawah kami kongsikan 15 iklan Raya yang anda semua patut tonton sekurang-kurangnya sekali:
#1 Petronas
#2 Julie’s
#3 PLUS Malaysia
#4 Bank Simpanan Nasional (BSN)
#5 MR.DIY
#6 Watsons Malaysia
#7 Bank Muamalat
#8 RHB Bank
#9 GRAB
#10 TNB
#11 Maybank
#12 PruBSN
#13 Totalmen
#14 MyIPO
#14 BHPetrol
BONUS TAMBAHAN
#16 D’Herbs
#17 CARING Pharmacy
#18 Maxis
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I make music, read, and go camping whenever I get the chance.






