fbpx
Now Reading
Filem Aksi Ke Animasi: Zul Ariffin Cipta Sejarah Sebagai Suara ‘Archie’ Dalam Filem GOAT Versi Malaysia

Filem Aksi Ke Animasi: Zul Ariffin Cipta Sejarah Sebagai Suara ‘Archie’ Dalam Filem GOAT Versi Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Industri filem Malaysia sebenarnya mempunyai ramai pelakon berbakat, namun kemunculan mereka dalam filem Hollywood masih boleh dianggap agak jarang.

Berbanding pelakon dari negara Asia lain seperti Korea Selatan, Jepun atau China, penyertaan bakat dari Malaysia dalam produksi Hollywood atau animasinya masih berada pada tahap yang begitu sedikit, tetapi setiap kemunculan tetap menjadi kebanggaan.

Terbaharu Sony Pictures Malaysia dengan bangganya mengumumkan satu kolaborasi bersejarah yang membawakan sentuhan tempatan ke layar perak antarabangsa.

Suara voice over (VO) di sebalik watak Archie yang berani dan bertenaga dalam filem GOAT versi Bahasa Ingggeris Edisi Malaysia milik pelakon aksi tersohor negara, Zul Ariffin.

Dalam satu anjakan kerjaya yang luar biasa, Zul Ariffin melangkah keluar dari set penggambaran filem aksi lasak yang sinonim dengannya ke dalam bilik rakaman suara untuk menghidupkan watak Archie.

Walaupun filem ini menampilkan barisan pelakon antarabangsa yang hebat, versi khas ini hanya tersedia di Malaysia memberikan peluang unik kepada peminat tempatan untuk mendengar hero kegemaran mereka beraksi di pentas global.

Buat VO Bahasa Inggeris

Ini merupakan satu pencapaian ikonik buat beliau kerana ia adalah pengalaman pertamanya meminjamkan suara untuk watak animasi dalam Bahasa Inggeris.

Lebih membanggakan beliau turut mencipta sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama yang menyumbangkan suara bagi watak dalam filem Bahasa Inggeris bersama barisan pelakon Hollywood.

Ini adalah saat yang membanggakan bukan sahaja buat beliau, malah buat seluruh industri perfileman Malaysia.

Sony Pictures Malaysia menyatakan keterujaan mereka mengenai kolaborasi ini:

“Sony Pictures Malaysia sangat teruja dapat bekerjasama dengan Zul Ariffin untuk projek ini. Sejak awal lagi, kami melihat persamaan ketara antara beliau dan watak Archie—kedua-duanya mempunyai personaliti yang kuat (powerful), aktif (sporty), dan memiliki aura yang dominan. Versi eksklusif untuk Malaysia ini membolehkan kami merapatkan jurang antara animasi Hollywood dengan jiwa Malaysia.”

Sony Pictures Malaysia

Daripada wira blockbuster kepada legenda animasi, watak Archie memberikan impak yang berbeza kerana Zul telah menjadikan watak tersebut sukar dilupakan. Peminat digalakkan untuk menonton versi eksklusif Malaysia ini untuk merasai sendiri kehebatan lakonan suara Zul Ariffin.

#GOATmovieMY—diterbitkan oleh legenda NBA, Stephen Curry, dan barisan artis berwawasan di sebalik filem Spider-Man:AcrosstheSpider-Verse—bakal menemui penonton secara ekslusif di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Mac 2026.

Mengenai GOAT

Daripada Sony Pictures Animation, studio di sebalik Spider-Man:AcrosstheSpider- Verse dan para artis yang menghasilkan KPopDemonHunters, hadir GOAT, sebuah komedi aksi original yang berlatarbelakangkan dunia yang dihuni sepenuhnya oleh haiwan.

Kisah ini mengikuti Will, seekor kambing kecil dengan impian yang besar yang mendapat peluang sekali seumur hidup untuk menyertai liga profesional dan bermain roarball – sukan berintensiti tinggi, campuran lelaki dan wanita (co-ed), dan perlawanan sentuhan penuh yang dikuasai oleh haiwan terpantas dan tergagah di dunia.

Rakan sepasukan baharu Will tidak begitu teruja menerima seekor kambing kecil dalam senarai pasukan mereka, namun Will bertekad untuk merevolusikan sukan tersebut dan membuktikan sekali dan untuk selamanya bahawa “yang kecil pun boleh beraksi!”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.