“Saya Berani Junjung Al-Quran & Bersumpah”- Kamal Adli Nafi Berlaku Keganasan Rumah Tangga
Kata Kamal Adli, dia berani menjunjung al-Quran dan bersumpah atas nama ibu bapa yang dia tidak pernah memukul isterinya (Uqasha Senrose).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kisah pergolakkan rumah tangga di antara aktres, Uqasha Senrose dan suaminya iaitu pelakon lelaki, Kamal Adli masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya.
Uqasha Senrose mendakwa berdepan dengan keganasan rumah tangga turut menjadi sebab untuknya memfailkan perceraian dengan aktor berkenaan.
Dakwa penderaan berlaku sepanjang empat tahun
Uqasha mendakwa penderaan terbabit berlarutan sepanjang empat tahun mereka berkahwin dan ia termasuklah sewaktu dia mengandung sehingga dikurniakan seorang anak perempuan.
Menurut peguam Syarie, Muhammad Syazmee yang mewakili pelakon wanita itu anak guamnya telah membuat sebanyak empat laporan polis berhubung perkara itu sejak awal Disember yang lalu, lapor Harian Metro.
Kamal Adli berani junjung al-Quran dan bersumpah
Kamal Adli bagaimanapun menafikan dakwaan melakukan keganasan ke atas isterinya. Bahkan dia juga sanggup bersumpah serta menjunjung al-Quran untuk membuktikan ia adalah fitnah.
Kata aktor Perempuan Tanpa Dosa itu, dia tidak pernah memukul Uqasha sepanjang tempoh mereka berkahwin.
“Dakwaan itu tidak benar. Demi Allah, saya berani junjung al-Quran dan bersumpah atas nama ibu bapa saya bahawa saya tidak pernah memukul isteri saya. Saya tak pernah angkat tangan, tumbuk atau tarik rambut,” jelasnya, lapor Berita Harian.
Minta kemukakan laporan perubatan
Kamal turut mengatakan dia telah menjangkakan dakwaan seperti itu akan timbul dan mempersoalkan mengapa hal itu dibangkitkan sekarang.
“Kalau benar saya memukul, kemukakan laporan perubatan. Kecederaan boleh berlaku dengan pelbagai cara. Saya berani bercakap kerana saya tahu saya tidak bersalah.”
Dia dalam masa sama turut mempersoalkan dakwaan berhubung gambar kecederaan dialami Uqasha yang didedahkan dan mengatakan perkara terbabit adalah isu lama yang diulang.
“Gambar itu kejadian lama. Saya persoalkan, lebam itu akibat dipukul atau bagaimana? Tapi tidak mengapa, bagi saya semua ini adalah fitnah,” jelasnya lagi.
Hormati isteri dan tidak mahu buka aib
Dia bagaimanapun memilih untuk tidak membuka aib isteri meskipun bermacam-macam dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya selain mahu menghormati Uqasha.
Bukan hanya itu, Kamal juga mengatakan keutamaannya adalah mahu menjaga maruah keluarga selain tidak mahu anak perempuan mereka, Hawra Uqaira terkesan dengan konflik yang melanda rumah tangga mereka.
“Saya tidak mahu anak tahu masalah kami. Itu tidak baik untuk perkembangan dia.”
Akui rasa sakit dan terluka dengan apa yang berlaku
Selain itu Kamal turut mengakui berasa sakit dan terluka dengan apa yang terjadi meskipun di luar dilihat tersenyum.
“Saya sakit dengan apa yang berlaku, tetapi saya simpan sendiri. Saya senyum di luar, namun hakikatnya saya terluka,” luah aktor itu.
Selain itu, Kamal mengatakan sokongan keluarga khususnya ibu bapa menjadi kekuatan buat dirinya untuk terus berdepan dengan ujian itu.
Sewaktu disoal mengapa Kamal tidak mahu melepaskan Uqasha walhal hubungan sudah tiada persefahaman, Kamal memaklumkan dia mahu mempertahankannya demi anak.
Bahkan dia tidak mahu anak mereka membesar tanpa keluarga yang lengkap.
“Saya tak mahu Hawra membesar dalam keluarga yang tidak lengkap. Sebab itu saya tidak melafazkan talak. Namun, jika Allah menentukan sebaliknya, saya reda.”



