fbpx
Now Reading
Poster Filem Duyung Legenda Aurora Dikritik, Pengarah Dedah Ia Hanya Gimik Promosi

Poster Filem Duyung Legenda Aurora Dikritik, Pengarah Dedah Ia Hanya Gimik Promosi

Jelas Pengarah filem Duyung: Legenda Aurora Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen, dia tidak mengambil hati dengan kecaman yang diberikan kerana ia bukan dalam bidang tugasnya sebagai pengarah filem tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai poster teaser filem Duyung: Legenda Aurora yang telah mendapat kritikan di kalangan orang ramai.

Menerusi poster yang dikongsikan oleh Primeworks Studio kelihatan pelakon utama iaitu Anna Jobling yang menjadi duyung sedang berenang di dasar laut berlatar belakangkan keindahan hidupan laut.

Namun poster itu disifatkan tidak memuaskan serta kurang realistik sehingga ada yang menawar diri menyunting semula poster terbabit untuk kelihatan lebih cantik daripada poster asal.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Final Year Project Ke Ni?” – Poster Official Filem Duyung Dikritik, Netizen Tolong Edit Yang Baru

Pengarah filem Duyung jelaskan poster adalah gimik promosi

Terbaharu Pengarah filem berkenaan, Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen telah tampil menjelaskan mengenai perkara itu dan memaklumkan ia hanyalah gimik pemasaran.

Jelas Razak, poster yang dikeluarkan itu adalah disengajakan sebagai sebahagian daripada strategi pemarasan agar orang ramai lebih peka serta bercakap tentang filem berkenaan.

Ia sekali gus mengundang perhatian orang ramai untuk menonton filem tersebut di panggung wayang.

“Poster itu memang gimik. Kita mahu penonton lebih peka. Kita mahu rakyat Malaysia menonton dan bercakap mengenai filem ini.

“Dalam pemasaran, kadang-kadang ‘bad news is good news’. Bila kita keluarkan poster begitu, yang memuji mungkin satu dua orang, tetapi yang mengecam ramai.

“Tak mengapa, asalkan mereka ambil tahu. Itu sebahagian daripada psikologi terbalik (reverse psychology),” jelasnya, lapor Harian Metro.

Tak ambil hati dari kecaman

Kata Razak yang juga pengarah filem Mami Jarum, dia tidak mengambil hati dengan kecaman yang diberikan oleh orang ramai kerana ia perkara itu bukan dalam bidang tugasnya sebagai pengarah filem terbabit.

“Saya tidak makan hati kerana dalam industri perfileman, pengarah hanya bertanggungjawab menghasilkan filem. Soal poster dan pemasaran adalah tugas jabatan pemasaran.

“Kalau di Hollywood atau Bollywood pun sama, semuanya ada pasukan pemasaran sendiri. Orang yang faham bisnes perfileman akan mengerti perkara ini,” ujarnya lagi.

Razak juga memilih untuk tidak melayan komen negatif. Ini kerana, dia percaya mereka yang mempunyai pengetahuan akan memahami tujuan sebenar di sebalik strategi pemasaran tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.