Bajet Tak Sampai RM1,000, Filem Senyap Anak Malaysia Dapat Pengiktirafan Antarabangsa
Lebih menakjubkan, ia juga berjaya mencipta gelombang di peringkat antarabangsa antaranya dipilih ke rangkaian festival antarabangsa seperti Toronto Global Film Festival (Kanada), Golden Lion International Film Festival (GLIFF India), bersama festival-festival lain di UK, Amerika dan Asia Tenggara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut tentang pembikinan filem, pasti semua sudah terbayang kosnya yang besar. Namun siapa sangka ada penerbit yang berjaya menghasilkan karya hebat tanpa membelanjakan wang jutaan ringgit.
Itulah yang dibuktikan oleh filem pendek senyap, LIFE (Living In Fear Everyday) — sebuah eksperimen sinematik dari rakyat Malaysia dengan bajet kurang daripada RM1,000.
Lebih menakjubkan, ia juga berjaya mencipta gelombang di peringkat antarabangsa antaranya terpilih ke rangkaian festival antarabangsa seperti Toronto Global Film Festival (Kanada), Golden Lion International Film Festival (GLIFF India), bersama festival-festival lain di UK, Amerika dan Asia Tenggara.

Hanya libatkan 2 krew, dan peralatan peribadi termasuk 2 iPhone
Menurut penulis merangkap pengarah & penerbit, Justin Franz, LIFE dihasilkan dengan menggunakan peralatan peribadi iaitu kamera telefon, dron dan perisian suntingan.
Malah beliau memaklumkan hampir keseluruhan filem dirakam menggunakan 2 peranti iPhone sahaja iaitu iPhone 12 Pro dan iPhone 14 Pro Max.
Tambah Justin lagi, semua proses, bermula dari praproduksi, penggambaran, dan pascaproduksi dikendalikan sepenuhnya oleh dia dan Pengarah Fotografi, Suran Hassan.
“Kami percaya bahawa LIFE membuktikan bahawa karya bebas mampu melangkaui batasan bahasa, budaya dan bajet. Dengan mesej sosial universal, gaya penceritaan yang eksperimental, dan penerimaan antarabangsa yang semakin berkembang, kami menjangkakan lebih banyak pengiktirafan global dalam masa terdekat.”

Tambah penerbit berbakat ini lagi, karya ini juga sedang dalam proses penilaian oleh beberapa festival berprestij seperti:
- Santa Barbara International Film Festival
- In The Palace International Film Festival yang berkait dengan Anugerah Akademi (Oscars).
Selain mendapat liputan meluas media tempatan, Justin turut menjelaskan mereka juga menerima sokongan daripada FINAS.
“Lebih manis lagi, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi FINAS, Dato’ Hans Isaac turut menyukai dan berkongsi pencapaian filem ini di IG Stories mereka — satu suntikan semangat besar buat pembikin filem indie Malaysia.”

Secara ringkasnya LIFE mengikut format “filem senyap” iaitu visual tanpa dialog, namun dilengkapi bunyi dan suasana sebagai bahasa utama.
Runut bunyi pula dicipta sepenuhnya oleh kumpulan muzik Silent Revolt dan diasaskan oleh pembikin filem Justin Franz & Suran Hassan.
Menurut Justin, pelakon utama LIFE, Max Gauduchon berasal dari Perancis manakala lain-lainnya adalah bakat-bakat tempatan yang mana kebanyakannya tiada pengalaman lakonan.
Empat lagi adalah Ken Thayalan, Aairenee Zarina; penyampai sukan Astro, Elli Famira dan penyampai radio FlyFM, Rika Adrina.
Antara mereka berlima, hanya Rika yang mempunyai sedikit pengalaman lakonan sebagai ekstra.
Pun begitu lakonan mereka dikatakan berjaya menzahirkan emosi tulen yang membuat penonton di luar negara terpaku.



