fbpx

[Review] Papa Zola The Movie ‘Ungkap’ Kisah Lampau Papa Zola & Mama Zila, Sesuai Bagi Tontonan Seisi Keluarga

Filem Papa Zola The Movie ‘Game On’ terbitan Monsta dan Astro Shaw akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Disember 2025 ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sekitar bulan lalu, trailer Papa Zola The Movie telah dilancarkan dan dalam masa kurang 24 jam, ia terus meletup dengan lebih 2 juta tontonan di semua platform digital. 

Fenomena yang dulu bermula dari meme, jenaka spontan dan tagline ikonik ‘Kebenaran!’ kini kembali dalam bentuk yang lebih epik.

Filem Solo Papa Zola Bakal Tayang Pada 11 Disember 2025

Selepas sekian lama menanti, penantian peminat berakhir apabila filem yang menjadikan Papa Zola sebagai watak utama buat pertama kali dalam sejarah oleh Monsta dan Astro Shaw ini akan mula ditayangkan di pawagam bermula 11 Disember 2025.

Menurut pengarah dan penulis Papa Zola The Movie, Nizam Abd Razak, ini kali pertama Papa Zola mengetuai filem selepas muncul dalam Boboiboy The Movie (2018) dan Boboiboy Movie 2 (2019).

Katanya, filem ini ‘sesuai untuk seisi keluarga’, dan bakal dedahkan sisi Papa Zola yang kita tak pernah lihat sebelum ini.

Baca artikel berkaitan: Monsta & Astro Shaw Lancar Filem Animasi Papa Zola The Movie | BuzzKini

Sinopsis Papa Zola The Movie

Secara umumnya, Papa Zola, merupakan seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarganya. Dia bertekad untuk memberikan percutian yang sempurna kepada keluarganya dan mula mengumpul duit untuk tujuan itu. 

Secara tidak disangka, Papa Zola bertemu semula dengan sahabat lamanya yang pernah berkhidmat bersamanya dalam sebuah organisasi rahsia bernama P.A.P.A (Protect and Prevent Agency). 

Namun, apabila anaknya Pipi Zola diculik oleh makhluk asing, Papa Zola dan Mama Zila perlu bertindak segera untuk menyelamatkan anak mereka dan melindungi dunia daripada ancaman makhluk asing.

Filem ‘Ungkap’ Kisah Lampau Papa Zola

Bersempena dengan Malam Gala pada 5 Disember lalu, team BuzzKini telah dijemput untuk hadir ke tayangan premier Papa Zola The Movie ‘Game On’ yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

Kalau Papa Zola dahulu sekadar watak sampingan dalam universe Monsta, adiwira itu kini tampil sebagai watak utama dalam filemnya yang tersendiri.

Filem animasi terbaharu ini menceritakan serba sedikit tentang back story Papa Zola dan bagaimana dia boleh muncul sebagai seorang hero.

Kisah lampau dalam filem Papa Zola ini juga dipercayai mengambil tempat sekitar tahun 80an hingga 90an dengan kemunculan Bas Mini warna pink yang suatu masa dahulu menjadi mod pengangkutan awam utama.

Filem ini juga mendadahkan bagaimana Papa Zola boleh mengenali Mama Zila. Sweet betul!

Foto: BuzzKini

Gabungan Visual, Naratif & Emosi Dalam Dunia Game

‘Gaya jenaka bapak-bapak’, nasihat lucu dan sketsa spontan yang sinonim dengan Papa Zola akan membuatkan penonton tidak kering gusi dengan gelak tawa.

Papa Zola The Movie dibina dengan konsep serangan bergamifikasi iaitu dunia penuh cabaran visual, aksi hiper dan juga elemen teknologi.

Selain aksi, naratif filem ini turut membawa mesej keberanian, pengorbanan dan hubungan keluarga yang menjadikannya bukan sekadar filem jenaka atau santai tetapi juga sarat dengan emosi.

Monsta mengekalkan DNA mereka dengan animasi canggih, humor tempatan dan karakter yang dekat dengan hati penonton.

Filem ini bukan sekadar lawak, malah Monsta bawakan Papa Zola ke layar perak dengan naratif yang lebih besar.

Jalan Cerita Papa Zola The Movie Mudah Difahami Kanak-Kanak

Walaupun filem ini mempunyai unsur plot twist yang mengejutkan, namun kanak-kanak masih boleh memahami jalan ceritanya yang mudah sambil menghayati animasi canggih itu.

Ibu ayah tak perlu risau anak-anak bosan dengan naratif yang perlahan, kerana setiap babak yang ditampilkan dalam Papa Zola The Movie adalah bermakna dan penuh emosi.

Malah kegigihan Papa Zola berusaha untuk berikan yang terbaik buat Pipi juga secara tidak langsung dapat menunjukkan sisi seorang bapa yang mungkin tidak kelihatan secara zahirnya.

Buat kanak-kanak yang sudah biasa menonton animasi Boboiboy dan Papa Pipi pula, mereka sudah tentu boleh lebih ‘relate’ dengan watak utama dalam filem animasi terbaharu ini.

Segala humor yang disajikan juga sesuai dengan si kecil, memang comel betul bila dengar gelak tawa mereka!

Apa yang menarik lagi, filem Papa Zola The Movie ini turut menyisipkan serba sedikit hikayat kanak-kanak yang terkenal dalam masyarakat seperti Anak Itik Yang Hodoh dan Sang Kancil Dengan Buaya.

Filem Papa Zola juga memaparkan beberapa kameo lain seperti Amato, Boboiboy dan Gopal sekali gus menunjukkan bahawa segala yang berlaku masih mengambil tempat dalam universe Monsta.

Malah terdapat juga kameo watak dari Lawak Kampus. Mungkinkah Monsta akan membawa animasi Lawak Kampus pula lepas ini?

Kenapa Papa Zola Bukan Lagi Cikgu Sekolah?

Bagi peminat animasi Boboiboy, kemunculan Boboiboy dalam filem Papa Zola ini bukanlah sesuatu yang aneh lagi.

Papa Zola juga telah menyatakan bahawa dia mengenali Boboiboy yang mungkin sedang sibuk menjelajah galaksi, yang menandakan segala yang berlaku adalah selepas siri Boboiboy Galaxy.

Sebelum ini mesti ramai yang kenal Papa Zola dengan watak cikgu sekolah dan adiwira dalam siri Boboiboy kan?

Tapi dalam filem Papa Zola The Movie ini, watak utama itu terpaksa melakukan beberapa kerja seperti pemandu bas sekolah dan penghantar makanan.

Sebenarnya Papa Zola telah meletakkan jawatan sebagai cikgu dan ahli TAPOPS. Nak tahu lebih lanjut, korang kena tunjuk Boboiboy Galaxy Baraju tau!

Di akhir filem Papa Zola The Movie pula, dia dilihat menyerahkan sesuatu kepada Boboiboy yang menunjukkan kesinambungan dengan satu filem Boboiboy baharu yang bakal diterbitkan.

Buat anda yang tidak mengikuti animasi Boboiboy sebelum ini, Papa Zola sebenarnya telah terkeluar daripada video permainan yang dimain oleh Boboiboy dan Gopal dalam musim pertama animasi itu.

Dia kemudiannya kembali ke dunia permainan dalam musim ketiga untuk menyelamatkan Mama Zila.

Visual Papa Zola The Movie Berjaya Kekalkan Mood

Tidak dilupakan dari sudut teknikal pula, filem Papa Zola The Movie memang solid dengan color-grading yang bukan setakat cantik, malah konsisten dan berjaya kekalkan mood setiap babak. 

Sama seperti filem Monsta yang lain, peralihan (transition) antara shot di dalam Papa Zola The Movie sememangnya smooth dan tidak janggal – pacing visual flow yang sangat mantap. 

Sesuai dengan produksi mereka yang sudah lama di dalam industri, hasil lighting, shading, texturing dan rendering juga sangat memuaskan. Audio dan muzik pula sangat ‘ngam’, sekali gus sesuai dengan visual yang ditayangkan.

Secara keseluruhan, team kami rate 9/10 untuk filem Papa Zola The Movie!

Filem ini disasarkan untuk tayangan pada 11 Disember ini, tepat pada musim cuti sekolah dan pilihan terbaik untuk tontonan sekeluarga. 

Bersedia untuk ketawa, terharu dan terhibur – sebab, “Kebenaran!” akan kembali ke pawagam tidak lama lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.