fbpx
Now Reading
Hilang ‘Job’ Selepas Berhijab, Elly Mazlein Kini Dilantik Jadi Duta Jakel [Video]

Hilang ‘Job’ Selepas Berhijab, Elly Mazlein Kini Dilantik Jadi Duta Jakel [Video]

Sebagai info ini bukan kali pertama Elly Mazlein menjadi duta raya untuk Jakel. Pada penghujung 2024, Jakel mengumumkan Elly telah dilantik sebagai Duta Raya Jakel bagi tahun 2025.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sekitar dua minggu lalu, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita gembira mengenai penghijrahan penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, yang kini berhijab sepenuhnya.

Namun tidak lama kemudiannya, timbul pula cerita yang Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berdepan dugaan apabila beberapa kontraknya ditamatkan dan ada yang menarik diri selepas dia mula bertudung.

Elly bagaimanapun menjelaskan yang dia reda malah percaya rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

Dilantik jadi Duta Raya Jakel 2026

Terbaharu, syarikat pakaian dan tekstil terkenal, Jakel memaklumkan telah melantik Elly sebagai salah seorang Duta Raya Jakel 2026.

Berita gembira tersebut dikongsikan Jakel menerusi satu hantaran di Instagram.

“Selepas melalui pelbagai dugaan dan kehilangan beberapa kontrak selepas berhijrah, Jakel tampil menyambut Kak Lina Pom Pom dengan penuh kasih dan penghargaan.

“Kami di Jakel percaya, perubahan ke arah kebaikan bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada rezeki yang lebih indah. Selamat datang ke keluarga besar Jakel, Kak Lina,” tulis Jakel menerusi ruangan kapsyen.

Elly akan beri yang terbaik

Menerusi rakaman pada video, Elly turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jakel kerana terus memberikannya kepercayaan dan peluang untuk menjadi duta raya bagi syarikat pakai terkenal itu.

Dia dalam masa turut berjanji akan memberikan yang terbaik sebagai duta jenama berkenaan.

Elly yang popular dengan gelaran Kak Lina Pom Pom turut memuat naik satu video bagi mengumumkan pelantikannya itu.

“Terima kasih buat Datuk Seri Faroz & Keluarga Besar Jakel kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk Jakelina bekerja lagi bersama Jakel. Semoga murah rezeki Jakel dan terus meraikan JakeLlina & rakyat majmuk,” tulis Elly pada ruangan komen.

Pernah jadi Duta Raya Jakel 2025

Sebagai info ini bukan kali pertama Elly Mazlein menjadi duta raya untuk Jakel. Pada penghujung 2024, Jakel mengumumkan Elly telah dilantik sebagai Duta Raya Jakel bagi tahun 2025.

Yang menariknya Elly akan menggunakan nama Jakelina dalam menggalas peranannya sebagai duta raya mereka.

@jakeltextile

Kami mempersembahkan JAKELINA sebagai duta raya Jakel 2025 ..Korang mesti dah tak sabar nak jumpa JAKELINA di Jakel kan?..So korang dah boleh start shopping di Jakel start harini, kalau nampak JAKELINA hello hello yee✌🏻

♬ original sound – JAKELTEXTILE – JAKEL
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.