fbpx
Now Reading
Kontroversi Konsert 4U2C: Ini Respon AC Mizal Terhadap Kenyataan Man Senoi & Ajai [Video]

Kontroversi Konsert 4U2C: Ini Respon AC Mizal Terhadap Kenyataan Man Senoi & Ajai [Video]

Penganjuran konsert 4U2C mula menjadi kontroversi selepas komposer dan penerbit, Man Senoi serta isterinya, Mama Rap mempersoalkan tiada pihak yang memaklumkan kepada mereka tentang penganjuran konsert berkenaan kerana status mereka sebagai pemilik hak cipta lagu 4U2C.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kumpulan hip hop yang pernah popular sekitar tahun 1990 an, 4U2C tampil mengejutkan peminat setianya apabila mengumumkan bakal mengadakan konsert WE 4U2C Live In Concert pada 15 September depan.

Walau bagaimanapun, penganjuran konsert bertemakan ‘Bringin Back Da 90’s Flava’ ini mula menjadi kontroversi selepas komposer dan penerbit, Man Senoi serta isterinya, Mama Rap mempersoalkan tiada pihak yang memaklumkan kepada mereka tentang konsert berkenaan memandangkan mereka adalah penerbit dan pemilik hak cipta lagu 4U2C.

Man Senoi atau nama sebenarnya, Othman Masri mendakwa semua 25 lagu 4U2C adalah hak milik mereka sepenuhnya dan anggota 4U2C tidak mengeluarkan apa-apa kos pun.

Lebih menghangatkan lagi keadaan, komposer Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh Man Senoi berhubung hak cipta lagu kumpulan tersebut adalah logik dan mempunyai asas yang kukuh, lapor mStar.

Namun, dia mencadangkan agar 4U2C dan Man Senoi mengadakan perbincangan berhubung isu tersebut agar menguntungkan kedua-dua belah pihak.

AC Mizal Kecewa Kenyataan Ajai, Dakwa Ibarat Tutup Periuk Nasi

Semalam (2 Julai), salah seorang ahli kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal tampil memberi penjelasan berhubung isu yang melanda dalam satu sidang media tergempar yang diadakan di Hotel Tribeca Serviced, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dia yang juga merupakan pengacara popular kesal dengan kenyataan Ajai yang didakwa disifatkan sebagai menutup periuk nasi ahli kumpulan itu sendiri selain seolah-olah 4U2C tidak berhak mengadakan konsert.

“Ajai kawan baik saya. Tetapi saya kecewa apabila dia buat kenyataan macam itu. Sedangkan, Ahad lalu, kira-kira jam 6 petang, dia (Ajai) telefon saya dan beritahu dia ada beri kenyataan. Malah, dia juga cadangkan saya saman Man Senoi.

“Malam itu, saya terkejut apabila terbaca kenyataan dia yang dilapor menyebut 4U2C tidak boleh buat konsert. Kenapa hendak tutup periuk nasi orang? Apa masalah awak dengan kami?” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Jelas AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, Ajai sebagai individu yang berpengalaman sepatutnya Ajai lebih arif tentang sensitiviti penggiat seni.

“Ajai sudah lama dalam industri muzik, tetapi, suka beri komen. Dia tak betul-betul tahu undang-undang muzik di Malaysia. Jadi, macam mana boleh komen mengenai muzik dan konsert kami?” katanya.

Konsert Tetap On, Dakwa Ada Permit MACP & Lesen Untuk Buat Konsert

Pada masa yang sama, AC Mizal menegaskan konsert 4U2C tetap berjalan seperti biasa biarpun kontroversi mengenai hak cipta sedang hangat diperkatakan.

Jelasnya, kumpulan 4U2C mempunyai hak untuk mementaskan konsert berdasarkan garis panduan oleh Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).

“Saya hendak umumkan, kami sudah dapat permit MACP. Konsert ini akan diteruskan.

“Mengikut Akta Hak Cipta Malaysia 1987 melalui MACP, setiap persembahan secara langsung menggunakan muzik ‘live’, tidak perlu dapat apa-apa persetujuan dari pencipta lagu.

“Ini kerana pencipta lagu sudah serahkan hak milik kepada MACP untuk diperdagangkan.

“Bukan hendak menidakkan hak milik, apabila ada perkara berbangkit, kami jawab hari ini terutama berkenaan hak milik.

“Rujukan ini kami buat sebelum projek WE 4U2C Live In Concert diumumkan,” jelasnya lagi.

AC Mizal Dakwa Hanya 9 Lagu 4U2C Ciptaan Man Senoi

Memetik mStar, AC Mizal yang juga pernah memegang watak utama dalam drama bersiri kepolisan, Gerak khas turut meluahkan rasa hairan dengan isu yang dibangkitkan oleh Man Senoi yang mendakwa 25 lagu adalah miliknya.

Sedangkan kumpulan itu sendiri belum mengumumkan lagu yang akan dinyanyikan di konsert itu nanti.

Tambah AC lagi, hanya sembilan dari 25 lagu yang didakwa dicipta oleh Man Senoi daripada tiga album yang dikeluarkan oleh mereka.

Tuntut Permohonan Maaf Daripada Pihak Berkaitan

Pada masa yang sama, AC Mizal turut menjelaskan penganjur menuntut permohonan maaf daripada beberapa individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat berhubung konsert mereka dalam tempoh 24 jam.

“Kami tidak akan bertolak ansur terhadap semua kenyataan palsu selain menuntut permohonan maaf dalam masa 24 jam,” katanya.

Jelas AC, semua lesen dan permit daripada pihak berwajib sudah diperoleh untuk 4U2C menganjurkan konsert itu.

“Malangnya, kami dapati pihak ketiga keluarkan kenyataan palsu menentang 4U2C, baru-baru ini.

“Jadi, kami tuntut mereka buat permohonan maaf terbuka kepada media dan orang awam dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.

Malah, tindakan akan diambil jika pihak berkaitan tidak membuat permohonan maaf seperti yang diminta.

Ajai Mohon Maaf, Dakwa Hanya Suarakan Pendapat

Dalam pada itu, Ajai dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya tampil membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya berkaitan konsert 4U2C baru-baru ini.

Jelas Ajai yang juga merupakan ahli kumpulan Exists, kenyataannya itu bukanlah bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak untuk berkarya.

“Saya menyokong mana-mana artis untuk terus berkarya dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah,” katanya lagi.

Malah memetik mStar, dia mendakwa apa yang dikongsikan sebelum ini hanya menjawab pertanyaan media dan mengikut pengetahun berdasarkan fakta dan pengalaman.

“Tiada niat nak masuk campur, saya berkongsi berdasarkan fakta dan pengalaman yang pernah dilalui kumpulan Exists lalui.

“Isu ini juga umum, bukan niat kami tidak baik dan mahu menutup periuk nasi sesiapa,” katanya dipetik mStar.

Ajai berkata demikian selepas sidang media yang diadakan oleh kumpulan 4U2C semalam (2 Julai).

Baca Artikel Berkaitan: Pemuzik Indonesia Dakwa Miliki Hak Cipta Lagu Aisyah Projector Band (Video)

Baca Artikel Berkaitan: Disney Hilang Hak Cipta Terhadap Mickey Mouse? Ini Info Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.