“Bawa Pulang Berkotak-Kotak”- Cakra Khan Sanggup Terbang Dari Indonesia Demi Beli Mi Segera Di Malaysia
Menurut Cakra Khan, mi segera perisa kari di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri sehingga membuatkan dia sanggup memborongnya dengan kuantiti yang banyak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan makanan di Malaysia ini mudah dan sering menjadi kegemaran pelancong dari luar negara.
Dek kerana keenakkan makanan di negara ini ada juga yang sanggup terbang jauh dari merata tempat semata-mata ingin melepaskan hajat mereka untuk menikmati makanan tersebut.
Jika ada pelancong datang ke Malaysia memang ramai yang akan memuji makanan di negara ini sedap dan sesuai dengan selera mereka.
Apa yang menarik Malaysia juga turut disenaraikan sebagai antara lima negara ‘syurga makanan’.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Top 5 Lokasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Minah Saleh Seronok Makan 13 Jenis Sambal Ketika Berkunjung Di Malaysia [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Makanan Tradisi Malaysia Dinobatkan Terbaik Di Dunia, Cef Malaysia Rangkul Pingat Emas [Video]
Cakra Khan jatuh cinta dengan mi segera perisa kari di Malaysia
Terbaharu penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman juga telah jatuh cinta dengan kesedapan mi segera perisa kari.
Malah kerana suka kepada makanan mi segera itu, penyanyi ini sanggup membawa pulang makanan segera itu dalam jumlah yang banyak pulang ke negara kelahirannya setiap kali berkunjung ke sini.
Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi berusia 33 tahun itu di mana dia akan membeli sehingga berkotak-kotak mi segera buatan Malaysia berkenaan bagi dijadikan stok apabila pulang ke Indonesia.
Sanggup beli berkotak-kotak untuk buat stok di Indonesia
Bukan hanya itu, pihak berkuasa di lapangan terbang juga pernah menyangka dia ingin menjual makanan tersebut disebabkan ia terlalu banyak.
“Saya akan bawa pulang berkotak-kotak sehingga pihak berkuasa di lapangan terbang sangka saya mahu jual semula tapi tidak, saya buat makan di rumah.
“Setiap orang yang ikut saya ke Kuala Lumpur akan bawa sekotak untuk dibawa pulang ke Indonesia,” ujarnya, dipetik Kosmo.
Menurutnya selain perisa mi kari, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kekasih Bayangan juga menyukai mi goreng mamak dan ia merupakan menu wajib buatnya setiap kali ke Malaysia.
Sanggup terbang ke Malaysia apabila kehabisan stok mi segera
Apa yang lebih mencuit hari, Cakra juga sanggup terbang ke negara ini untuk memenuhi stoknya semula jika ia sudah kehabisan.
“Kadang-kadang kalau ke sini pihak berkuasa di lapangan terbang akan tanya ada acara apa di Malaysia.
“Tapi sebenarnya saya cuma nak tambah stok mi segera kari saya. Mungkin mereka pun dah bosan tengok muka saya.”
Sifatkan mi segera perisa kari di Malaysia ada keunikan tersendiri
Menurutnya, keistimewaan mi segera perisa kari itu yang membuatkan dia sanggup memborong dengan jumlah yang banyak.
Malah dia juga mengatakan mi segera perisa kari di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri.
“Di Indonesia ada satu jenama mi segera yang saya suka tapi rasa kari sangat berbeza. Perisa mi segera kari yang dijual di sini mempunyai keunikan tersendiri.
“Dari dahulu saya sudah pakar masak mi segera. Ibu selalu pesan supaya tambah sayuran dan telur yang banyak.
“Biasanya saya akan hidangkan dalam mangkuk besar sebab ada banyak bahan campuran lain,” tambah penyanyi itu lagi.
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan juga memaklumkan bakal membuat konsert Cakra Khan Divine Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2 Ogos 2025.
Tiket dijual serendah RM225 hingga RM1,295 dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya di sini.



