fbpx

“Art Is Art” – Papar Adegan Keterlaluan Dalam MV, Ini Respon Penyanyi Baharu [Video]

44 Airel yang berusia 19 tahun menjelaskan babak dalam video muzik Sempurna bukanlah publisiti murahan untuk menaikkan namanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada minggu lalu, hangat di media sosial mengenai sebuah video muzik (MV) memaparkan babak keterlaluan yang dilakonkan oleh penyanyi baharu, 44 Airel.

Menerusi video muzik berkenaan, dapat dilihat adegan mesra yang agak melampau di antara lelaki dan wanita yang dilihat tiada batasan.

Malah, terdapat lakonan dalam kelab malam serta ada pelakon turut mempunyai tatu pada bahagian badan.

Adegan dalam video muzik berkenaan nyata mendapat perhatian termasuklah pendakwah bebas, PU Syed yang tampil menegur 44 Airel.

Baca Artikel Berkaitan: “Lagu & Klip Paling Sampah” – PU Syed Tegur Penyanyi Muda Pamer Adegan Separa Luc*h Dalam MV

Babak Keterlaluan Dalam MV Sempurna Bukan Untuk Publisiti

Terbaharu, 44 Airel atau nama sebenarnya Airel Mohamad Jordan tampil memberi respon mengenai video muzik lagu Sempurna nyanyiannya.

Menerusi temubual bersama mStar, penyanyi yang berusia 19 tahun itu menjelaskan babak dalam video tersebut bukanlah publisiti murahan untuk menaikkan namanya.

Sebaliknya, ia adalah satu seni yang dihasilkan sebagai salah satu cara untuk dipersembahkan dalam video muziknya itu.

“Saya buat bukan untuk publisiti atau untuk saya famous (popular). Bukan. Tapi saya boleh katakan, saya minat muzik dah lama.

“Art is art. Kita boleh hasilkan art dalam macam-macam pelbagai muzik video. Saya tak de pun hasilkan muzik video yang terlalu over,” katanya dipetik mStar.

Terima Setiap Pandangan Berbeza Dari Individu, Jelas Adegan Hanyalah Lakonan

Ketika ditanya mengenai tujuan dia mempamerkan adegan sebegitu dalam video berkenaan, Airel menjelaskan ia hanyalah sekadar lakonan.

Dia juga menerima pandangan berbeza setiap individu tentang video muzik berkenaan.

“Saya terima kalau setiap pandangan berbeza. Kalau tengok filem, dekat filem pun ada babak macam tu.

“Dalam muzik video ini, ia hanyalah lakonan, lakonan semula. Ia hanya lakonan sahaja,” katanya.

“Bagi saya, saya terbuka. Rasa itu (perasaan bila baca komen netizen), kadang-kadang bila baca, sakit la. Saya kuat, saya akan makin kuat.

“Saya makin ke hadapan untuk saya teruskan kehidupan saya,” katanya.

Malah, dia yang merupakan antara salah seorang talent bagi kandungan yang dihasilkan oleh YouTuber, Ammar Nazhan menjelaskan, ideanya tidak dipengaruhi dengan kandungan yang dihasilkan oleh Ammar.

Rancang Mahu Hasilkan Video Muzik & Kolaborasi Dengan Artis Antarabangsa

Ketika ditanya tentang perancangannya pada masa hadapan, Airel mendedahkan dia mahu menghasilkan video muzik di peringkat antarabangsa.

Malah, dia juga memasang impian untuk berkolaborasi bersama beberapa artis antarabangsa seperti Travis Scott dan Justin Bieber.

@mstarmalaysia

MV ‘Sempurna’ dikecam selit babak maksiat… 44 Airel tak anggap keterlaluan, impian jadi artis international

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Tonton video penuh [DI SINI]

Masih Ramai Persoal Kenyataan 44 Airel Tentang MV Sempurna

Video temubual yang telah mendapat lebih 786,000 tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masih ramai netizen yang mempersoal mesej yang cuba disampaikan dalam video muzik tersebut.

Apatah lagi, ramai yang berpendapat adegan terlampau separa lucah sebegitu tidak seharusnya dipaparkan dalam video muzik berkenaan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Art Is Supposed To Be Creative, Bukan Buat Benda Tak Senonoh. Sendiri Jatuhkan Imej Diri”

“Saya Dah Tengok Video Muzik Tu & Sumpah Tak Faham Lirik Dia, Sangat Tak Sesuai Adegan Seperti Arak & Minuman, Ini Bukan Negara Luar”

“Artis Lama Tak Perlu Pun Buat MV Macam Gitu Pun Lagu Sampai Sekarang Orang Hafal, Orang Ingat MV Diorang”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.