fbpx
Now Reading
Ramai Selebriti Kecam Pempengaruh Lepas Selamba Sindir Jurusan Komunikasi & Teater ‘Bod*h’ [Video]

Ramai Selebriti Kecam Pempengaruh Lepas Selamba Sindir Jurusan Komunikasi & Teater ‘Bod*h’ [Video]

Influencer yang dikenali sebagai DMA Islam berpendapat mereka yang mengikuti bidang tersebut (komunikasi dan teater) hanyalah sekadar untuk suka-suka dan bukanlah untuk menuntut ilmu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial kenyataan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai DMA Islam yang memperlekeh dan menganggap bidang komunikasi serta teater sebagai jurusan ‘bodoh’.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, influencer itu berpendapat jurusan teater khususnya yang melibatkan tarian tidak memerlukan segulung ijazah.

“Antara course paling bodoh dekat Malaysia adalah course apa? Course Masscom tapi course paling bodoh sekali course teater, course muzik, course tarian tradisional. Kalau kau nak belajar menari, kau tak perlu ambil degree, aku pun boleh joget.

“Kau tak payah sampai buat PTPTN untuk kau buat degree bodoh macam ni. Better kau pergi kerja dapatkan pengalaman yang real,” katanya.

Lebih mengejutkan, dia berpendapat mereka yang mengikuti bidang tersebut hanyalah sekadar untuk suka-suka dan bukanlah untuk menuntut ilmu.

Ramai Selebriti Selar Kenyataan Pempengaruh Perlekeh Jurusan Komunikasi & Teater

Kenyataan pempengaruh yang sebelum ini pernah mencipta kontroversi itu nyata mendapat perhatian termasuklah beberapa orang selebriti tempatan.

Antara salah seorang yang tampil mengulas kenyataan tersebut adalah pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil.

Jelasnya, pempengaruh atau pencipta kandungan perlu mempunyai ilmu sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Tegas Aznil yang juga pernah menjadi penyampai radio Era FM, seorang influencer tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malah, dia turut menasihati individu terbabit agar tidak ‘membadutkan’ diri hanya untuk meraih capaian meluas di media sosial.

“Kadang-kadang bila terlalu ‘bijak’ bercakap, akan menunjukkan kebodohan. Mungkin merasakan ada platform yang besar dan kuat, tapi tak tahu ramai yang ikut dalam media sosial disebabkan kebodohan.

“Mungkin mereka suka lihat kebodohan awak, kadang-kadang kebodohan ini juga hiburan bagi mereka. Kalau tak mahu bangkit walaupun satu Malaysia sudah kutuk, awak akan terus jadi tontonan kepada simbol bodoh.

“Rupanya, dia sukarela menjadi contoh bodoh itu. Sekarang ini zaman cepat sebaran maklumat, jadi awak kena minta maaf cepat,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Setiap Perlakuan Mesti Berlandaskan Ilmu

Tambah Aznil yang kini bergelar sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), kerjaya sebagai pempengaruh tidak salah namun setiap perbuatan perlu berlandaskan dengan ilmu.

Pada masa yang sama, Aznil menasihatkan agar pempengaruh tidak terlalu taksub dengan jumlah pengikut memandangkan ada di antara mereka hanya berminat menonton perkara bodoh yang dilakukan.

“Nak jadi pempengaruh boleh, tapi apa yang penting, belajar. Tak kisah sama ada mahu belajar menari muzik, teater atau MassComm. Apa yang penting, belajar kerana awak akan jadi pempengaruh yang ada ‘isi’.

“Nama penyedia kandungan, jadi tugas awak untuk memberikan isi kandungan. Tetapi, kalau otak kosong, awak nak isi apa berdasarkan tugas itu?

“Nak jadi pempengaruh bagus sebab ini permintaan masa kini, tapi kena ada ilmu dan pelajaran,” katanya.

Ellie Suriaty Sifatkan Influencer ‘Katak Bawah Tempurung’

Kenyataan pempengaruh itu turut mendapat perhatian pelakon Ellie Suriaty dan Nadia Brian.

Ellie Suriaty yang juga seorang pengarah filem berpendapat kenyataan tersebut tidak seharusnya datang daripada bekas pelajar institusi pengajian tinggi apatah lagi melibatkan budaya, warisan serta jati diri bangsa.

“Saya tak sangka ada bekas pelajar institusi pengajian tinggi boleh keluarkan kenyataan sebegitu, lebih-lebih lagi yang menghina bidang berkait rapat dengan budaya dan warisan kita.

“Jangan jadi katak di bawah tempurung. Orang begini tidak nampak luasnya dunia seni.

“Kalau buang budaya, tarian dan warisan apatah lagi yang tinggal pada bangsa Melayu?” jelasnya.

Bidang Seni Persembahan Bukan Sekadar Hiburan, Jadi Platform Sampaikan Mesej

Tambahnya lagi, bidang seni persembahan bukanlah sekadar hiburan namun platform untuk menyampaikan mesej dan dakwah masyarakat.

Jelas Ellie yang juga mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia hiburan tanah air, industri kreatif juga turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Malah, dia turut berpesan agar individu tidak meremehkan dan menyebarkan kebencian dalam bidang yang berkaitan seni, komunikasi dan budaya terhadap orang ramai.

Dalam pada itu, pelakon Nadia Brian turut senada dengan Ellie dan Pak Nil. Jelas Nadia, semua pengajian yang disebut oleh pempengaruh berkenaan bukanlah satu bidang mudah namun memerlukan usaha untuk berjaya.

Nadia Brian Sifatkan Influencer Kurang Ajar & Tuntut Permohonan Maaf

Malah, Nadia turut menuntut agar individu terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan yang dikeluarkan.

“Awak ini memang kurang ajar. Sangat-sangat kurang ajar. Saya mewakili penggiat seni semua, meminta supaya dia ini membuat permohonan maaf.

“Pada awalnya saya tidak kenal dia. Saya memang terkejut tengok video ini sebab dianggap menghina struktur universiti. Ini membuatkan pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) rasa tidak penting untuk masuk universiti. 

“Mulut jangan terlalu lancang. Mungkin orang tidak pernah nampak saya marah. Tetapi kali ini saya sangat marah. Tidak perlu cari konten jijik,” katanya yang dipetik daripada mStar.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.