fbpx

Aliff Syukri Lantik Peguam, Mahu Tuntut Hutang RM50 Juta

Menurut Aliff Syukri ramai yang meminjam wang darinya dan tidak mahu membayarnya semula dan apabila diminta seperti dirinya pula yang kena mengemis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila ada kenalan atau rakan yang berada dalam kesusahan seperti masalah kewangan pastinya kita ingin membantu mereka dengan memberikan pinjaman.

Namun pinjaman wang yang diberikan perlulah diganti semula mengikut ketetapan waktu yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Akan tetapi ada segelintir yang mengambil sikap tidak endah dan enggan membayar semula wang yang dipinjam sehingga pemberi pula yang perlu memintanya semula.

Aliff Syukri akui serik bagi mana-mana pihak pinjam duit

Perkara sama turut berlaku kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila ada pihak yang mengambil kesempatan dengan tidak membayar wang yang telah dipinjamkannya.

“Saya pula yang nampak seperti pengemis bila nak kutip hutang,” katanya.

Malah perkara itu membuatkan Aliff Syukri turut berasa serik memberikan pinjaman kepada mana-mana pihak selepas ini.

Memetik laporan Kosmo, usahawan berusia 38 tahun itu memaklumkan kebanyakan individu yang meminjam duit darinya dan tidak membayar semula hutang yang berjumlah mencecah RM 50 juta.

“Saya ada ramai kawan yang hidup nampak mewah tetapi realititnya suka pinjam duit orang tetapi tidak bayar. Terlalu ramai pinjam dengan saya.

“Pada akhirnya, bila saya nak minta semula duit, saya pula yang kena mengemis. Sebab itu saya tak ada kawan baik lain selain isteri sendiri.

“Saya sudah bertaubat, siapa pun nak jumpa, tidak kiralah menteri, datuk seri, mak cik atau pak cik sekali pun, saya sudah tidak percaya kerana terlalu kerap kena tipu,” jelasnya.

Hilang kepercayaan sebab peminjam tak tunaikan janji untuk bayar semula

Menurutnya, dia bukan ingin menjadi orang yang kedekut sebaliknya menegaskan ia kerana kepercayaan pada janji yang diberikan oleh si peminjam telah tiada.

Malah dia pula yang menjadi mangsa dalam situasi berkenaan.

“Sebelum ini konsep saya, kalau orang tu nak pinjam RM1,000. Saya beri dan anggap itu sebagai zakat sebab kalau sebagai pinjaman, akan jadi bergaduh.

“Jadi sekarang biarlah saya susah senang dengan isteri dan keluarga sahaja.

“Saya juga beri pinjam kepada 50 orang tetapi 50 orang itu tak bayar semula duit saya. Tiada lagi yang nak bayar.

“Tapi bila viralkan, orang kata saya berniat jahat, memang serik.”

Terpaksa ambil peguam untuk tuntut duit RM50 juta

Ekoran daripada perkara itu, usahawan berkenaan terpaksa melantik peguam serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang meminjam.

Malah, dia memaklumkan sedang berusaha untuk mendapatkan semula hak bernilai kira-kira RM50 juta.

Aliff juga memaklumkan perbicaraan untuk menuntut wang bernilai RM50 juta itu juga masih berjalan.

“Sekarang ini sedang berusaha untuk dapatkan kembali hak saya, jumlah semuanya sekitar RM50 juta.

“Orang luar hanya tahu cerita secara luaran sahaja tetapi hakikatnya kes ini sedang berjalan di mahkamah.

“Kalau nak ulas lebih-lebih pun tak boleh sebab perbicaraan masih berlangsung,” katanya.

Sebagai rekod Aliff Syukri sebelum ini mendakwa bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhutang dengannya mencecah puluhan ribuan ringgit.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai percaya individu yang dimaksudkan adalah Abdul Kadir selepas beliau sendiri tampil membalas berhubung isu tersebut.

Namun pada 2024, Abdul Kadir bertindak menyaman Aliff Syukri atas dakwaan memfitnahnya.

Kes bagaimanapun bersambung dan mahkamah tinggi menetapkan perbicaraan akan bermula pada awal 2026.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Call Tak Angkat, Dulu Nak Minta Terhegeh-hegeh” – Aliff Syukri Tuntut Hutang Puluhan Juta Dari Bekas Menteri

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nak Turunkan Diri Ke Tahap Aliff Syukri” – Abdul Kadir Serah Pada Peguam Tentang Tuduhan Hutang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.