fbpx
Now Reading
Aliff Syukri Buka Mulut, Rebecca Islam Padam Hantaran Tentang Shahida

Aliff Syukri Buka Mulut, Rebecca Islam Padam Hantaran Tentang Shahida

Rebecca satu hantaran memaklumkan dia menerima segala teguran, nasihat dan kata positif dari abang sulungnya dan menyifatkan air yang dicincang tidak akan putus.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam menjadi perhatian selepas dipercayai menyelar kenyataan usahawan, Datin Seri Shahida menerusi satu video.

Dalam video berkenaan, Rebecca turut menyifatkan Shahida sebagai seorang yang bermulut jahat selepas mendakwa dia mencari publisiti ekoran sering berkongsi mengenai kakak iparnya, Bonda Rozita Ibrahim di dalam media sosial yang juga ibu mentua kepada usahawan berkenaan.

Perkongsian video itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang cuba memahami perkara yang sedang berlaku di antara pelakon serta usahawan berkenaan.

Aliff beri respon selepas tular video Rebecca bidas Shahida

Sedar dengan isu hangat yang sedang menjadi bualan ramai, usahawan sensasi yang juga suami kepada Shahida iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan respon berhubung isu itu di Instagram miliknya.

Dalam hantaran berkenaan, Aliff berharap agar pihak wartawan dan blogger untuk membantunya menghentikan isu yang sedang tular di media sosial itu.

Malah dia turut memohon maaf sekiranya penulisan yang diberikan itu akan menyinggung mana-mana pihak.

Usahawan berkenaan turut menyifatkan dia begitu menyayangi keluarga selain menyifatkan keluarganya unik.

“Cukup-cukup lah apa yang berlaku kepada keluarga saya kebelakangan ini. Ini bukan sesuatu mengembirakan atau konten drama.

“Saya sayang keluarga saya, mak saya, keluarga kita unik tapi penuh kasih sayang mereka semua sayang mak. Walaupun kami bukan satu bapa tapi kami satu ibu, saya satu rahim.

“Sebenarnya saya sedaya upaya untuk menutup segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami. Saya sebagai anak, abang, suami turut tersepit dalam keadaan ini malah sukar untuk saya luahkan, apabila melibatkan banyak orang,” jelasnya.

Minta orang luar tak berlebihan dan hormati keluarga

Aliff turut meminta pihak luar untuk tidak berlebihan serta menghormati keluarganya. Ini kerana, ibunya sudah berusia serta mempunyai adik serta cucu yang masih remaja yang disifatkan masih mentah untuk melalui kehidupan ibu bapa bercerai.

“Kepada orang luar tolong jangan berlebihan, mohon hormati. Mak saya dah tua dah pun, dan punyai anak remaja dan cucu. Malah adik-adik saya masih remaja dan mentah untuk melalui kehidupan di mana ibu bapa bercerai, perlu ke saya cerita satu per satu.

“Mereka terpaksa menerima orang baru, mereka tidak menolak tetapi ianya tidak lah mudah, hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya bila dalam keadaan ini.

“Pada awalnya saya gembira sangat mak nak berkahwin dengan masalah yang ditanggung. Tapi bila apa yang berlaku saya turut tertekan. Mungkin saya nampak gembira ketika buat Live tetapi sebaliknya.

“Tetapi demi melihat ibu saya gembira dan saya tahu itu adalah pilihannya, saya akui yang penting ibu bahagia. Jujurnya ditelan mati mak dimakan (diluah) mati bapa,” ujar Aliff lagi.

Aliff turut menyifatkan adalah tidak manis untuknya berkongsi masalah keluarganya dan biarkan perkara itu hanya disimpan untuk diri sendiri.

Dia dalam pada masa sama turut memaklumkan kepada ibunya (Rozita), dia begitu menyayangi wanita itu.

“Kepada mak saya, Rozita binti Ibrahim, Kri (Aliff Syukri) bukan nak apa-apa hanya nak mak dan semua bahagia. Maaf mak kalau Kri salah tapi.. kalau mak ada masalah panggillah Kri dan Ida (Shahida) kami tahu diman letaknya kami ketika ini. IsyaAllah kami akan sentiasa ada untuk mak walau apa juga keadaan mak ketika itu.

“Kasih sayang ini akan ada selamanya untuk mak bukan sebab harta yang mak ada.. Selamat pengantin baru.”

Rebecca padam semua hantaran mengenai Shahida atas nasihat abang

Sementara itu, Rebecca menerusi satu hantaran di Instagram Story memaklumkan dia telah memadam segala posting mengenai Shahida atas nasihat abang sulungnya yang juga suami kepada Rozita Ibrahim.

“Terima kasih Abang Long untuk nasihat awak malam ini. Demi menghormati abang long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang curahkan pada malam ini.

“Sayang along, adik sayang along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan along sentiasa sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.

“Saya akan padam segala-galanya,” tulisnya dengan tanda pagar air yang dicincang tidak akan putus (Blood is thicker than water).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.