fbpx
Now Reading
Suria FM Umum Perubahan Besar, Mahu Perkukuh Kedudukan Untuk 2025

Suria FM Umum Perubahan Besar, Mahu Perkukuh Kedudukan Untuk 2025

Bukan itu sahaja, bagi menarik lebih ramai pendengar muda dan baharu untuk segmen Morning Morning Suria, Kai Hassan akan digandingkan bersama Ajak dan Datuk Fizz Fairuz.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai langkah memperkukuhkan lagi kedudukannya di tahun 2025 ini, Suria FM telah mengambil inisiatif untuk melakukan beberapa perubahan besar.

Roslinda Abd Majid atau lebih popular dengan panggilan DJ Lin yang sebelum ini menggalas dua tanggungjawab besar di Suria FM iaitu sebagai Pengurus Besar dan pengendali segmen Suria Cinta, akan lebih memberikan fokus kepada bahagian pengurusan.

Suria FM dalam satu kenyataan berkata, slot “Suria Cinta” yang sinonim dengan DJ Lin akan digantikan dengan segmen dan penyampai baru.

Meskipun DJ Lin akan memberikan lebih fokus terhadap bidang pengurusan, namun beliau tetap akan mengendalikan segmen “Suria Cinta” pada setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad bermula 8 malam hingga 1 pagi) untuk mengubati rindu peminatnya.

Bermula Mei ini, Nur Imanina Mohd Hisham atau lebih mesra dipanggil Iman, akan mengendalikan  segmen baru yang ke udara bermula 8 malam hingga 12 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Segmen ini berkonsepkan interaktif dengan pengisian lebih santai serta mengikut trend terkini dalam usaha menarik minat pendengar generasi muda.

Demi memperkukuhkan segmen hujung minggu di Suria FM, Suraya Borhan akan diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segmen “Suria Hujung Minggu” (6 pagi hingga 10 pagi) dan juga “Hello Suria” (2 petang hingga 7 malam).

“Bersandarkan pengalaman luas beliau sebagai penyampai dan penerbit, kami yakin bahawa beliau mampu membawa nafas baru kepada segmen hujung minggu. Perubahan ini adalah sealiran dengan perancangan Suria FM untuk tidak mengabaikan segmen hujung minggu dan dapat menarik minat penaja,” kata Suria FM.

Bukan itu sahaja, bagi menarik lebih ramai pendengar muda dan baharu untuk segmen Morning Morning Suria, Kai Hassan akan digandingkan bersama Ajak dan Datuk Fizz Fairuz.

Tambah kenyataan itu lagi, keserasian mereka mampu membawa aura yang lebih segar dan dinamik. Gabungan personaliti unik dan penuh semangat akan disajikan dengan kandungan yang lebih menarik untuk memulakan hari pendengar.

Sementara itu, Cik Piah kekal mengendalikan segmen “Gaya Suria” dan “Muzik Top Suria” dari 10 pagi hingga 3 petang, setiap Isnin hingga Jumaat manakala Sharifah Shahirah (Rara) dan Chiwan juga akan mengendalikan “Suria Petang” dari 3 petang hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Perubahan strategik ini bertujuan memastikan Suria FM terus kekal sebagai pilihan utama pendengar dengan menyajikan kandungan yang segar dan dinamik, sambil mengekalkan daya tarikannya yang tersendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.