Selesai Urusan Di Mahkamah, Along Cham Beri Bayangan Kembali Duda
Along Cham menjelaskan bahawa perkongsian berkaitan urusan pengesahan lafaz taklik telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada semalam (4 Februari).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekitar akhir tahun lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita pelakon dan pelawak, Along Cham ditahan polis selepas didakwa memiliki dadah jenis kanabis di rumahnya di Cyberjaya.
Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada 20 Disember 2024 atas kesalahan itu sebelum dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada 27 Januari lalu.
Bagaimanapun, sehari selepas dibebaskan itu, Along memfailkan pengesahan lafaz cerai secara taklik pula terhadap isterinya Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya ia sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai rumah tangga selebriti terbabit.
Along Cham beri bayangan dah kembali jadi duda
Terbaharu, pelakon ‘Lagenda Budak Hostel’ itu memuat naik satu hantaran di Instagram Story (IGs) pada semalam (4 Februari) yang memberi bayangan bahawa dia sudah kembali bergelar duda semula.
Menerusi hantaran IGs itu, Along memaklumkan dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah berserta ‘hashtag’ #arbaiebujangkembali.
“Alhamdulillah, done for urusan mahkamah syariah,” tulisnya ringkas.
Lafaz taklik dibuat Along di Mahkamah Rendah Syariah Sepang
Memetik laporan Berita Harian, Along menjelaskan bahawa perkongsian berkaitan urusan pengesahan lafaz taklik telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
“Tadi, saya uruskan fail pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Tengah tunggu tarikh bicara.
“Doakan semoga segala urusan lancar dan dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya semasa dihubungi Berita Harian.
Isteri Along terkejut, hati remuk selepas suami bagi gambaran sudah ‘solo’
Dalam pada itu, Afreena menzahirkan rasa terkejut selepas mengetahui status yang dimuat naik Along di media sosial itu.
Menurut Afreena dia tidak menerima sebarang makluman dari pihak mahkamah berhubung urusan rumah tangga mereka.
Malah dia mengakui ‘remuk hati’ apabila pelawak itu memberi gambaran yang dia sudah kembali bujang.
“‘Saya tidak menerima sebarang makluman dari mahkamah syariah. Apa yang saya tahu sepatutnya perkara ini melibatkan dua pihak.
“Macam mana dia boleh kata bujang sedangkan mahkamah tidak panggil saya? Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini.
“Hati saya remuk dan hancur. Saya tidak tahu apa-apa,” katanya dipetik mStar.
Sekadar info, Along dan Afreena telah mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu selepas lapan tahun bekas peserta program Raja Lawak itu menduda.
Baca Artikel Berkaitan: “Biy… Bertahanlah” – Terpalit Kes Miliki Ganja, Isteri Along Cham Janji Sentiasa Berada Di Sisi
