
Tak Perlu Belanja Besar, MR DIY Tawar Barangan Elektrik Dengan Harga Murah, Kualiti Tip Top!
Antara barangan elektrik baharu yang diperkenalkan oleh MR D.I.Y. adalah cerek elektrik, periuk nasi, periuk masak perlahan, seterika wap, pengering rambut dan pembersih vakum.
- MR D.I.Y. kini memperluaskan rangkaian produk dengan tambahan 13 produk peralatan elektrik baharu yang mampu milik dan bersertifikasi SIRIM.
- Harga produk seperti cerek elektrik dan pengering rambut serendah RM27.90, dengan kualiti setanding jenama terkenal di pasaran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa yang tidak kenal dengan jenama peruncit terkenal di Malaysia, MR D.I.Y. Group Berhad atau juga dikenali sebagai MR D.I.Y.?
Kebanyakan ramai mengenali jenama ini yang menjual perkakas dan peralatan kelengkapan rumah dengan harga berpatutan.
MR D.I.Y. Perkenal Tambahan 13 Produk Baharu, Jadi Bukti Komitmen Kepada Pelanggan
Terbaharu, MR D.I.Y. telah memperluaskan rangkaian produknya dengan tambahan 13 produk peralatan elektrik.
Seiring dengan tagline ‘Always Low Prices’, harga yang ditawarkan pula sememangnya mampu milik dan mesra poket.
Langkah ini mencerminkan komitmen jenama itu dengan tagline Proven Quality, Better Value dengan menggabungkan fungsi praktikal, piawaian keselamatan yang diperakui serta harga berpatutan.
Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran MR DIY, Alex Goh, pihaknya telah memahami keperluan pelanggan yang mahu produk boleh dipercayai menyebabkan terhasilnya langkah ini.
“Lebih 20 tahun berkhidmat kepada isi rumah di Malaysia telah memberikan kami pemahaman yang mendalam tentang keperluan pelanggan terhadap perkakas harian.
“Mereka mahukan produk yang boleh dipercayai, dilengkapi dengan ciri-ciri yang penting, pada harga yang berpatutan.
“Dengan memperluas rangkaian perkakas rumah kami dan menurunkan harga barangan terpilih, kami memudahkan pelanggan mencari perkakas yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka di samping keyakinan tambahan menerusi waranti satu tahun,” katanya.

Harga Produk Baharu Semuanya Mampu Milik! Turut Turunkan Harga Barangan Lain
Rangkaian produk elektrik baharu yang diperkenalkan oleh MR D.I.Y. kali ini amat berpatutan sampaikan kami sendiri pun tak percaya dengan harga tersebut.
Yang penting, kesemua rangkaian produk elektrik dari MR D.I.Y ini mempunyai kelulusan SIRIM dan satu tahun waranti.
Antara produk yang diperkenalkan adalah cerek elektrik, periuk nasi, periuk masak perlahan (slow cooker), seterika wap, pengering rambut dan pembersih vakum.

Berikut kami senaraikan harga barangan elektrik yang terdiri dengan pelbagai bentuk, bahan serta ciri berbeza buat mereka yang mahukan variasi dari MR D.I.Y.:
- Cerek elektrik: RM27.90
- Seterika wap: RM39
- Periuk nasi: RM53
- Pengering rambut: RM27.90
- Pembersih vakum: RM79
Murahkan? Kalau anda beli tiga barang seperti cerek elektrik, seterika wap dan pengering rambut, harga keseluruhan tak sampai RM100 pun!
Bukan itu sahaja, MR D.I.Y turut menurunkan lagi harga perkakas lain seperti periuk nasi, pengering rambut sebagai langkah untuk nilai yang lebih baik.
[Review] Harga Berpatutan Tapi Kualiti Setanding Jenama Terkenal
Baru-baru ini, kami berpeluang merasai dan menggunakan sendiri beberapa peralatan elektrik dari MR D.I.Y.
Antara barangan yang kami cuba adalah cerek elektrik, seterika wap dan periuk nasi.
Jangan pandang rendah, apa yang kami boleh katakan kualitinya setanding dengan jenama terkenal di pasaran dengan harga jauh lebih murah.

#1 Cerek Elektrik
Pertama kali memegang cerek elektrik dari MR D.I.Y. ini, kami merasakan ia sememangnya berbeza dengan cerek elektrik yang lain.
Manakan tidak, ia jauh lebih ringan malah mudah untuk diangkat berbanding cerek yang kami pernah guna sebelum ini.
Ini kerana ia menggunakan plastik tahan haba yang mematuhi piawaian EU (EU Certified Food-Safe Plastic) dan mampu menahan suhu 120 sehingga 140°C.
Malah, pengguna boleh memasak air sehingga 1.7 liter serta dilengkapi dengan fungsi automatik dan perlindungan sekiranya ia dihidupkan tanpa air.
Bukan itu sahaja, cerek elektrik ini juga mempunyai indikator yang memudahkan pengguna untuk melihat paras air sebenar di dalamnya.

#2 Seterika Wap 1600w
Barang kedua yang kami berpeluang untuk cuba adalah seterika wap. Jika dilihat dari jauh, seterika ini sama sahaja seperti seterika lain yang pernah kami lihat di pasaran.
Namun bagi penulis, ia ringan serta mempunyai pelbagai fungsi yang membantu memudahkan lagi aktiviti menggosok baju.
Selain butang suhu mengikut material pakaian yang boleh dilaraskan, seterika wap ini didatangi dengan fungsi semburan air dan wap untuk membantu menghilangkan kedutan yang degil.

Ia juga turut didatangkan dengan fungsi perlindungan keselamatan haba yang berlebihan yang berfungsi untuk mengawal haba.
Bukan hanya sekadar menggosok dengan cara biasa, ia juga boleh digunakan dalam keadaan menegak sekiranya anda mahu menghilangkan kedutan dengan cara menggantung pakaian.
Malah, ia dilengkapi bekas kecil yang memudahkan pengguna untuk mengisi air di dalam seterika terbabit.

#3 Periuk Nasi Dengan Kapasiti 1.0 Liter
Barang ketiga yang kami berpeluang untuk cuba adalah periuk nasi.
Periuk nasi ini datang dengan cawan pengukur dan senduk untuk melengkapkan lagi aktiviti masakan.

Bagi penulis yang sukakan benda yang mudah dan tak kompleks, periuk nasi sesuai digunakan secara harian malah saiznya juga agak ‘compact’ memudahkan ia diletak pada ruangan yang terhad.
Malah, aluminium di dalam periuk nasi ini juga bersifat coating-free di mana ia hadir tanpa salutan yang tahan calar serta perlindungan haba yang berlebihan.
Untuk maklumat lanjut, layari sahaja laman web rasmi MR D.I.Y. atau di Facebook, Instagram, TikTok, X dan Xiao Hong Shu.
Baca Artikel Berkaitan: Dibuka Secara Rasmi Di Mid Valley Megamall, Ini Perbezaan MR DIY PLUS Berbanding MR DIY Biasa
Baca Artikel Berkaitan: MR DIY Perkenal Lebih 500 Koleksi Produk Bertemakan Disney. Ada Barangan Rumah, Permainan & Banyak Lagi!
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.







