Inside Scoop Kembali Dengan Edisi Deepavali Delights, Siap Perkenal Kek Aiskrim Perisa Gulab Jamun!
Menu istimewa Inside Scoop edisi Deepavali Delights ialah aiskrim perisa Pistachio Kulfi, Mango Lassi dan juga Masala Chai serta kek aiskrim Gulab Jamun.
Inside Scoop membawa kembali edisi Deepavali Delights dengan tiga perisa aiskrim unik: Pistachio Kulfi, Mango Lassi, dan Masala Chai.
Inside Scoop turut memperkenalkan kek aiskrim perisa Gulab Jamun berharga RM128, sesuai untuk vegetarian dan boleh dipotong hingga 10 bahagian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bersempena perayaan Deepavali tahun ini, rangkaian kedai ais krim premium tempatan, Inside Scoop membawa kembali aiskrim edisi Deepavali Delights yang terkenal dengan perisa unik iaitu Pistachio Kulfi, Mango Lassi dan juga Masala Chai.
Apa yang lebih menarik, anda boleh mendapatkan Matka Pot Set yang mengandungi ketiga-tiga perisa aiskrim tersebut pada harga RM50 sahaja.
Uniknya, setiap aiskrim dihidangkan dalam bekas matka buatan tangan tersendiri, ditaburi potongan kecil kacang pistachio dan dibungkus dalam kotak cantik serta berwarna-warni.
Nak jadikan sebagai hadiah atau cenderamata ketika melawat keluarga dan kenalan rapat semasa pesta cahaya ini berlangsung pun sesuai.
Sebagai info, ketiga-tiga perisa tersebut telah diperkenalkan pada Deepavali tahun lalu dan rata-rata orang ramai yang mencubanya memberikan reviu yang baik.
Inside Scoop Turut Perkenal Gulab Jamun Ice Cream Cake Khas Untuk Deepavali 2026
Selain tiga aiskrim yang diilhamkan makanan dan minuman kegemaran masyarakat India, Inside Scoop kali ini turut memperkenalkan kek aiskrim perisa Gulab Jamun.
Ya, pencuci mulut dan manisan yang anda selalu rasa setiap kali di rumah terbuka Deepavali tu. 😍 Harga bagi sebiji kek adalah RM128 dan boleh dipotong hingga 10 bahagian.
Kek aiskrim ini mengandungi:
Cebisan kacang pistachio
Gulab Jamun yang dihiasi atas kek
Lapisan aiskrim vanila
Lapisan aiskrim Pistachio Kulfi
White Chocolate Cinnamon Crumble
Untuk vegetarian, jangan risau kerana ketiga-tiga perisa aiskrim termasuk kek aiskrim Gulab Jamun tidak mempunyai kandungan telur.
Buat anda yang tertanya-tanya, Inside Scoop menerusi satu hantaran di laman Threads sebelum ini ada berkongsi cara penyediaan kek aiskrim Gulab Jamun itu.
Netizen Teruja Dengan Mangkuk Ceramic Mini Bagi Matka Pot Set
Menerusi semakan kami, meskipun baru dua hari buat comeback, ramai telah membeli dan mencuba menu-menu khas Deepavali Delights ini.
“Korang dah beli ke perisa aiskrim istimewa Inside Scoop sempena Deepavali ni? Ceramic tu depa import dari India. Tahun lepas bukan main awal habis jadi tahun ni kita rembat dulu siap-siap😄,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga dilihat memberi maklum balas dan reviu baik tentang aiskrim Masala Chai.
“Eh, Masala Chai dijadikan perisa aiskrim?! Inside Scoop memang tampil dengan sesuatu yang berbeza sempena Deepavali kali ni! Rasanya unik sebab setiap suapan beri gabungan rasa yang berbeza dan korang boleh betul-betul menikmati setiap perisa tu,” kata seorang wanita.
Dalam masa sama, ramai juga menggemari rasa lemak dan seperti yogurt, aiskrim Mango Lassi.
A little bit of writing, a little bit of design, and lots of creative experiments. Turning everyday stories into content worth a second look. “Im just a girl~” 💻💗🎀