Now Reading
Peminat Karakter Sanrio? Jom Raikan Ulang Tahun Pompompurin Di Sunway Pyramid

Peminat Karakter Sanrio? Jom Raikan Ulang Tahun Pompompurin Di Sunway Pyramid

Bersempena dengan ulang tahun ke-30 Pompompurin terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Hello Kitty – Basket of Joy, Doodle with Cinnamoroll, Pompompurin’s Big & Sweet Cake House dan bergambar dengan karakter Sanrio yang lain.

Ringkasan
  • Pompompurin meraikan ulang tahun ke-30 di Sunway Pyramid dari 15 Oktober hingga 1 November 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik.
  • Peminat boleh menyertai aktiviti seperti Parti Buih, Doodle with Cinnamoroll, dan sesi meet and greet eksklusif bersama karakter Sanrio.
  • Pengunjung yang berbelanja RM800 berpeluang menebus Blind Box Payung Lipat Sanrio istimewa, tertakluk kepada stok yang ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali sebut mengenai karakter Sanrio pasti korang mula bayangkan Hello Kitty, My Melody, Cinnamoroll, Kuromi, Mimmy, termasuklah Pompompurin.

Hari ini (17 Oktober) merupakan hari istimewa buat Pompompurin kerana karakter ini meraikan ulang tahun yang ke-30 tahun di Sunway Pyramid bersama-sama dengan karakter Sanrio yang lain.

Oleh itu, bermula 15 Oktober sehingga 1 November 2026, peminat karakter Sanrio berpeluang untuk meraikan Hari Jadi Pompompurin dengan pelbagai:

  • Aktiviti menarik
  • Spot mengambil gambar
  • Kemunculan karakter Sanrio yang ekslusif
  • Cendera hati
  • Reward dan banyak lagi.

Bertempat di LG2 Blue Concourse korang dapat melihat satu kek hari jadi gergasi termasuklah figura belon Pompompurin yang akan berada di Sunway Pyramid selama tiga – hujung minggu (three- weekend).

Di sini para peminat Sanrio serta keluarga akan melangkah ke dunia karakter Sanrio yang penuh dengan keceriaan dan keseronokan sewaktu menyambut hari jadi Pompompurin ke-30 ini.

Antara aktiviti menarik:

#1 Hello Kitty – Basket of Joy

Ini merupakan aktiviti di mana para pengunjung boleh menguji kemahiran mereka dengan memilih alatan sama ada chopsticks atau sudu dan gardu untuk mengampil epal atau strawberi dan perlu meletakkan sebanyak 5 buah-buahan di atas sebuah pie.

Sebaik menyelesaikan aktiviti berkenaan, pengunjung juga boleh ke kaunter penebusan untuk menuntut ganjaran istimewa.

#2 Doodle with Cinnamoroll

Para pengunjung boleh memilih rekaan yang disukai, warnakannya, serta melukis mengikut sentuhan kreativiti masing-masing dan menjadikannya masterpiece unik tersendiri.

#3 Pompompurin’s Big & Sweet Cake House

Bukan itu sahaja! Pengunjung juga boleh membuat pembelian di ruang barangan acara dan mendapatkan pengesahan resit di stesen ‘Doodle with Cinnamoroll’ untuk menerima tiket masuk.

Tidak hanya itu, para peminat juga boleh ke Big & Sweet Cake House serta terus meluncur masuk ke dalam kolam bola untuk kemeriahan sambutan hari jadi yang lebih mengujakan!

Lebih menarik lagi, para peminat juga boleh berswafoto dengan rakan-rakan Pompompurin di lokasi yang berbeza dalam pusat beli-belah ini seperti:

  • Hello Kitty – Pintu masuk GF Orange (di hadapan H&M)
  • Kuromi – Pintu masuk GF Orange (di hadapan H&M)
  • Cinnamoroll – LG2 Blue Entrance

#4 Sesi pertemuan dengan karakter Sanrio secara ekslusif

Peminat turut berpeluang untuk berjumpa dengan karakter Sanrio kesukaan mereka secara dekat.

Berikut adalah jadual meet & greet:

TarikhWaktuKarakter
17 & 18 Oktober12:30pm, 4:00pm, 6:30pmPompompurin
24 & 25 Oktober12:30pm, 4:00pm, 6:30pmHello Kitty
31 Oktober & 1 November12:30pm, 4:00pm, 6:30pmKuromi

*Jadual tertakluk kepada perubahan

#5 Sertai Parti Buih

Korang juga boleh sertai parti buih untuk memeriahkan lagi sambutan hari jadi bersama dengan Pompompurin dan rakan-rakannya pada waktu berikut:

DateTime
17, 18, 24, 25, 31 Oktober dan 1 November1:30pm, 5:00pm, 7:30pm

*Jadual tertakluk kepada perubahan

Bukan itu sahaja tau, korang juga berpeluang untuk menebus ‘Blind Box’ Payung Lipat karakter Sanrio jika berbelanja sebanyak RM800 melalui maksimum empat resit di hari yang sama sementara stok masih ada.

Manakala pengunjung yang berbelanja RM50 di mana-mana kedai di Sunway Pyramid serta memakai pakaian berwarna kuning turut dapat menikmati diskaun RM10 untuk koleksi Sanrio dari Jepun di ruang jualan acara berkenaan.

Hanya tunjukan resit yang sah di kaunter juruwang kempen.

Keseronokan ini tidak hanya berhenti di situ sahaja, selepas anda membuat pembelian di ruang jualan acara berkenaan, para pengunjung juga boleh menunjukkan resit pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh Sunway Pyramid untuk nikmati tawaran dan promosi yang ekslusif di kedai-kedai berkenaan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan Ulang Tahun ke-30 Pompompurin, korang juga boleh layari laman web Sunway Pyramid atau ikuti media sosial pusat beli-belah dan Sanrio Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.