Penganugerahan MBOR diberi kepada jenama tersebut ekoran penyerahan 30,000 pek Lampin Bayi BZU BZU VelvetBreeze kepada tiga NGO berjumlah 1.5 juta keping lampin.
BZU BZU mencipta sejarah dengan meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas sumbangan lampin bayi terbanyak dalam kempen amal.
Sebanyak 1,578,448 keping lampin diserahkan menerusi tiga NGO iaitu YFBM, MRA dan PERTIWI kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan ini membantu keluarga kurang berkemampuan, mangsa banjir, pelarian serta mereka di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama produk penjagaan keluarga dari Singapura, BZU BZU.
Hari ini (15 Oktober) BZU BZU mencipta sejarah apabila berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas Sumbangan Lampin Bayi Terbanyak Dalam Kempen Amal mereka.
BZU BZU Serah Lebih 1.5 Juta Lampin Bayi Kepada Mereka Yang Memerlukan
Penganugerahan ini diberi kepada jenama tersebut ekoran penyerahan 30,000 pek Lampin Bayi BZU BZU VelvetBreeze kepada tiga badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan lampin yang diserahkan berjumlah 1,578,448 keping lampin.
Kesemua lampin ini akan diberikan kepada kanak-kanak serta keluarga yang memerlukan.
Penyerahan di bawah kempen ‘A Million Acts of Care BZU BZU’ merupakan kesinambungan sumbangan jenama itu kepada komuniti yang pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini.
Difahamkan pada tahun 2020, lebih 100,000 pelitup muka gred perubatan telah disalurkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di seluruh negara hasil kerjasama jenama itu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Namun pada kali ini, sebanyak 30,000 pek lampin bayi akan disumbang dan diagihkan menerusi rangkaian komuniti ketiga-tiga pertubuhan amal iaitu Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), Malaysian Relief Agency (MRA) dan PERTIWI sebelum disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Ini termasuk mereka yang terjejas dengan banjir, komuniti dari golongan B40 dan kurang berkemampuan, pelarian dan mereka yang menetap di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Elite Beauty Asia, Raphael Jiang, pencapaian yang diperolehi ini hanyalah satu detik.
“Bagi BZU BZU, rekod hanyalah satu detik. Pencapaian sebenar akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang, apabila lampin-lampin ini sampai kepada keluarga dan anak-anak yang ditujukan di rumah-rumah seluruh Malaysia,” katanya.
Sumbangan Lampin Bayi Bantu Ringankan Beban Mereka Yang Memerlukan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid, pemberian bantuan sebegini sekaligus mampu meringankan beban mereka yang memerlukan.
“Pasukan kami di lapangan telah menyaksikan sendiri bagaimana keperluan asas, terutamanya lampin, mampu membawa perubahan besar kepada keluarga yang berdepan kesukaran.
“Bagi ramai ibu bapa dan penjaga, bantuan seperti ini dapat meringankan beban kewangan harian, di samping membolehkan anak-anak menikmati keselesaan, kebersihan dan maruah yang sepatutnya mereka terima,” katanya.
Selain Johan, majlis penganugerahan ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi YFBM, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Relief Agency (MRA), Dr Shahrizal Azwan dan Presiden PERTIWI, Laili Ismail.
Sempena kempen ini juga, orang ramai berpeluang untuk merasai dan mencuba sendiri Lampin Bayi BZU BZU VelvetBreeze bermula 15 sehingga 18 Oktober ini di Atrium Timur, Pusat Beli belah MyTown.
Untuk sebarang info atau maklumat lanjut mengenai BZU BZU, layari sahaja laman web rasmi mereka atau media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.