Now Reading
[Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan

[Review] Nak Percutian Yang Menenangkan Tapi Dalam Kawasan Bandar? Hilton Shah Alam Glenmarie Patut Jadi Pilihan

Lokasi Hilton Shah Alam Glenmarie yang terletak berhampiran Lebuh Raya Persekutuan serta akses utama Lebuh Raya ELITE memudahkan pengunjung sekaligus membolehkan penulis mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi.

Ringkasan
  • Hilton Shah Alam Glenmarie terletak di lokasi strategik, hanya 21 km dari Kuala Lumpur dan berhampiran lebuh raya utama, sesuai untuk percutian singkat.
  • Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan menarik termasuk tiga kolam renang, gelanggang golf, gim 24 jam tanpa perlu keluar hotel.
  • Pelbagai pilihan hidangan dari tempatan hingga antarabangsa tersedia, termasuk Restoran Furin dan Restoran Gingerfire, memenuhi semua selera pengunjung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak kira jauh atau dekat, bercuti merupakan antara aktiviti wajib yang perlu dilakukan setiap tahun bersama keluarga.

Namun bagi sesetengah individu, kesibukan kerja dan masa yang terhad kadangkala menjadi halangan untuk melakukan perkara menyeronokkan ini.

Buat anda yang mahu bercuti tetapi tidak mahu pergi jauh meninggal kota, Hilton Shah Alam Glenmarie patut jadi destinasi pilihan.

Hilton Shah Alam Glenmarie Terletak Di Lokasi Strategik, Berhampiran Lebuh Raya Utama

Baru-baru ini, kami berpeluang menikmati percutian singkat selama tiga hari dua malam (3H2M) di Hilton Shah Alam Glenmarie pada 11 sehingga 13 September lalu.

Bagi penulis yang hidup agak ‘sibuk’ ditambah pula dengan menguruskan dua cahaya mata tersayang, peluang nak bercuti jauh-jauh tidak sentiasa ada.

Jadi, percutian singkat di Hilton Shah Alam Glenmarie sudah cukup bagi penulis untuk lari dari rutin harian.

Manakan tidak, lokasi hotel ala resort ini yang terletak berhampiran Lebuh Raya Persekutuan serta akses utama Lebuh Raya ELITE memudahkan pengunjung sekaligus membolehkan penulis mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi.

Lokasinya juga amat strategik iaitu terletak hanya 21 kilometer (km) dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan 10 km dari Shah Alam.

Malah, ia juga berhampiran dengan beberapa tarikan popular di Selangor antaranya seperti Taman Tema Sunway Lagoon (9km), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (9.8km), i-City Shah Alam (14.2km) serta Lapangan Terbang Subang (9km).

Penuh Kehijauan, Hilton Shah Alam Glenmarie Ibarat Bercuti Di Luar Kawasan Kota

Di saat kami mula melangkah masuk ke kawasan hotel, suasana Hilton Shah Alam Glenmarie betul-betul membuatkan kami terpesona.

Ini kerana suasananya dikelilingi dengan padang golf yang penuh dengan kehijauan membuatkan kami tak terasa seperti berada di bandar. Feel dia seperti sedang bercuti di tempat lain, sungguh menenangkan!

Kawasan Persekitaran Mesra Pengguna, Mudahkan Pergerakan Khususnya Insan Istimewa

Bagi penulis, antara perkara yang bestnya Hilton Shah Alam Glenmarie ini, kawasan parkirnya amat luas dan yang pastinya percuma!

Jadi, korang tak perlu risau tentang parkir! Nak balik lambat pun boleh kerana parkir sentiasa ada.

Bukan itu sahaja, turut terdapat perkhidmatan buggy yang memudahkan pengunjung untuk bergerak atau membawa barangan dari kereta.

Jika anda mempunyai barang atau bagasi yang terlalu banyak, anda boleh sahaja meminta bantuan dari staf hotel malah mereka siap boleh menghantarkan beg atau barangan terus ke bilik.

Sepanjang pemerhatian penulis, kemudahan di hotel ini juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu bapa yang ada anak kecil.

Dari parkir sehingga ke bilik hotel, terdapat ramp yang memudahkan pergerakan golongan istimewa dan ibu bapa yang perlu menggunakan kereta sorong (stroller) untuk bergerak ke mana-mana.

Pengunjung Boleh Guna Kemudahan Di Glenmarie Golf & Country Club, Tak Perlu Cari Hiburan Di Luar

Bagi percutian kali ini, kami menginap di bilik jenis Family Room yang dilengkapi satu katil jenis King dan katil Single.

Seperti kebanyakan hotel lain, Hilton Shah Alam Glenmarie turut menyediakan barang kelengkapan asas seperti tuala, peralatan mandian malah ia siap dengan mesin kopi bagi bilik jenis Family Room ini.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, jangan lupa untuk meminta babycot.

Penulis turut meminta pihak hotel untuk menyediakan babycot memandangkan penulis mempunyai anak kecil yang berusia sembilan bulan.

Menariknya, tiada caj tambahan yang dikenakan atas permintaan tersebut.

Selain kawasan serta pemandangan sekelilingnya yang mempesona dan menenangkan, perkara lain yang menariknya tentang Hilton Shah Alam Glenmarie adalah banyak fasiliti atau rekreasi yang boleh dinikmati.

Malah, siapa sahaja yang menginap di Hilton Shah Alam Glenmarie juga boleh menggunakan kemudahan yang terdapat di Glenmarie Golf and Country Club, menarikkan?

Anda nak main golf? Nak bersenam di gim yang beroperasi 24 jam? Nak feeling jadi atlet dengan berenang di kolam renang bersaiz olimpik, nak main tenis atau squash di gelanggang sebenar? Mahu berkaroke? Semuanya ada!

Cuma ada di antara perkhidmatan ini yang dikenakan caj yang bermula RM11 istimewa buat penginap Hilton Shah Alam Glenmarie namun ada juga yang percuma!

Hilton Shah Alam Glenmarie Sedia 3 Kolam Renang, Dewasa Ada Untuk Kanak-Kanak Pun Ada

Buat ibu bapa yang ada anak kecil tetapi tak mahu berjalan jauh, anda boleh sahaja menghabiskan masa di tiga kolam renang yang didatangi dengan gelongsor dan jakuzi.

Punya bestnya kolam di Hilton Shah Alam Glenmarie sampaikan anak penulis tak mahu naik ke atas.

Penulis pun santai menungggu si kecil dan suami bermain di tempat duduk yang disediakan sambil menikmati pemandangan berlatar belakangkan kehijauan.

Kalau tidak mahu bawa anak mandi pun, terdapat juga permainan lain yang turut disediakan berhampiran kolam tersebut.

Pendek kata, korang tak perlu keluar pun dari hotel kalau mahu berhibur.

Ini kerana kemudahan yang ada di Hilton Shah Alam Glenmarie dah cukup untuk korang habiskan masa tanpa perlu keluar ke mana-mana.

Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Pelbagai Sajian, Dari Sajian Tempatan Ke Antarabangsa

Walaupun korang tengah bercuti, perut pun mesti kena jaga jugakan? Kadangkala nak keluar mencari makan pun rasa malas.

Tetapi di Hilton Shah Alam Glenmarie, anda tak perlu risau kerana hotel ini menyediakan pelbagai jenis hidangan dari tempatan sehingga ke antarabangsa.

Cakap je nak makan apa? Makanan tradisi tempatan? Western? Jepun? Semuanya ada di Hilton Shah Alam Glenmarie.

Malah, terdapat lebih dari tiga restoran yang ada dalam Hilton Shah Alam Glenmarie membolehkan anda membuat pelbagai pilihan mengikut citarasa sendiri.

Antaranya seperti Furin Japanese Restaurant, Restoran Gingerfire, Glen Lounge, Garden Terrace Restaurant dan Pine Cafe.

Malam pertama kami menginap di hotel ini, kami berpeluang menikmati hidangan Jepun dari Restoran Furin.

Memang sedap hidangan Teppayanki Chicken Set dan Special Furin Bento membuatkan penulis teringat-teringat keenakkan hidangan tersebut sampai sekarang.

Pada malam kedua pula, kami berpeluang menikmati hidangan buffet di Restoran Gingerfire yang terletak bersebelahan kolam renang.

Pelbagai pilihan makanan dari hidangan tempatan ke antarabangsa yang ditawarkan antaranya seperti ambuyat, chapati, nachos, bakso dan sebagainya sampai penulis sendiri pening mahu membuat pilihan.

Malah, buffet sarapan pagi di restoran ini juga bagi penulis lain dari yang lain.

Selain hidangan tempatan seperti nasi lemak, English Breakfast, korang boleh makan roti canai dengan vibe seperti di restoran mamak.

Manakan tidak, ada staf yang akan menebar dan membuat roti canai atau tosai sebaik anda membuat pesanan.

Bukan itu sahaja, ada stesen salad yang membolehkan korang ‘petik’ sendiri salad berkenaan mengikut pilihan dan selera masing-masing.

Pendek kata, semua makanan yang kami nikmati di Hilton Shah Alam Glenmarie semuanya sedap dan menepati citarasa 😍

Menarikkan?

Jika ditanya sama ada kami mahu kembali bercuti di Hilton Shah Alam Glenmarie, penulis tidak teragak-agak untuk katakan ya! 😄

Rate: 8/10

Info Tentang Hilton Shah Alam Glenmarie

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang Hilton Shah Alam Glenmarie seperti kadar bilik, kemudahan disediakan atau apa sahaja, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.