Now Reading
NOF12 Kembali Menghantui Dengan APE-OCALYPSE Mulai 25 September! Siap Ada Ape Merayap Bawa Gergaji

NOF12 Kembali Menghantui Dengan APE-OCALYPSE Mulai 25 September! Siap Ada Ape Merayap Bawa Gergaji

Antara yang menarik adalah ‘teater seram: Pontianak vs Pocong,’ sewaktu menonton teater ini ia membuatkan para penonton tak senang duduk apabila ada figura menyeramkan muncul di balik pintu.

Ringkasan
  • Nights Of Fright 12 (NOF12) returns with the APE-OCALYPSE theme at Sunway Lagoon, running from 25 September to 7 November 2026.
  • NOF12 features 8 haunted houses, 1 scary theater, 3 scare zones, and 8 thrill rides, blending international and local horror elements.
  • Highlights include Kak Ponti crawling with a baby in the Pontianak vs Pocong theater, where audience members can get dragged in!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ramai yang suka mencabar keberanian diri dengan pelbagai perkara seperti ketinggian, tempat sempit termasuklah masuk ke rumah hantu.

Walaupun tahu kebanyakan hantu yang dilihat sebenarnya adalah manusia namun lakonan mereka betul-betul menjadi medan ujian keberanian korang, nak-nak lagi kalau dekat Nights Of Fright 12 di Sunway Lagoon, Kuala Lumpur ni.

NOF12 tampil dengan edisi APE-OCALYPSE beri gambaran bagaimana golongan beruk mengambil alih kuasa

Bermula 25 September sehingga 7 November 2026 ini Nights Of Fright 12 (NOF12) kembali lagi dengan edisi APE-OCALYPSE menerusi gambaran dunia di mana tamadun telah runtuh dan golongan beruk (ape) telah mengambil alih kuasa. Wah macam dalam filem Planet Of The Apes.

Acara ini berlangsung setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam dan ia tidak sekadar menawarkan pengalaman menarik tetapi pengunjung dapat melihat tarikan dengan pelbagai tema seram, pengalaman yang interaktif, hiburan dan banyak lagi.

Menurut Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Sunway Theme Parks Michelle Soong, NOF sentiasa mengutamakan peningkatan dalam memberikan pengalaman yang mengasyikkan dan menggerakan perubahan yang mendominasi landskap hiburan di rantau ini.

“APE-OCALYPSE memberikan kami hala tuju kreatif yang menarik, manakala kepelbagaian tarikan membolehkan kami menggabungkan pengaruh antarabangsa dengan elemen yang dekat di hati dan bermakna kepada penonton di Malaysia serta rantau ini.

“Kami mahu NOF12 menawarkan pengalaman yang segar, mengasyikkan dan benar-benar mencerminkan identiti Sunway Lagoon,” ujarnya.

Gabungkan pengaruh seram antarabangsa dan cerita di Malaysia dan Asia

Seperti tahun sebelumnya NOF12 menggabungkan pengaruh seram antarabangsa bersama dengan elemen penceritaan di Malaysia dan juga Asia. Jadi korang bukan sahaja dapat melihat hantu di Malaysia seperti Pontianak, bomoh, nenek kebayan sahaja tetapi boleh juga tengok hantu di luar negara.

Selain itu kelainan bagi NOF12 ini Sunway Lagoon turut menghimpunkan pelbagai pengalaman menakutkan yang diilhamkan dari cerita rakyat Jepun, filem seram kultus (cult), kisah dongeng yang diolah secara unik, manga, budaya K-pop dan juga cerita rakyat mistik Asia Tenggara.

Team BuzzKini turut berpeluang merasai pengalaman seram sewaktu berada di NOF12. Antara tarikan yang wajib korang cuba adalah:

#1 Yokai Road

Yokai Road ini diilhamkan oleh cerita rakyat Jepun dan memaparkan yang memaparkan hantu-hantu Jepun.

Selain itu sewaktu berada di dalam rumah hantu Yokai Road ini, korang dapat melihat bagaimana tempat ini didekorasi bagi memberikan pengalaman seolah-olah memang berada di Jepun!

Malah hantu-hantu yang datang menyergah memakai kimono dengan wajah yang creepy, ada tu pula menjerit-jerit minta tolong.

Team BuzzKini pun tak terkira berapa kali terkejut dengan sergahan mereka ni (kecuali penulis ya 😌). Ada tu siap dengan pedang samurainya korang.

#2 Manga UV 3D

Jika anda seorang peminat Manga ini adalah rumah hantu yang wajib korang tuju sebelum yang lain.

Ia memberikan korang pengalaman membaca manga secara real siap dalam bentuk 3D. Jadi secara tak langsung ia seolah-olah korang benar-benar berada dalam dunia komik itu sendiri tau.

Selain itu terdapat juga kesan ultraungu (UV) yang menceritakan tentang kisah seram mengenai Mushnick’s Flower Shop.

Selama ini, korang selalu melihat pokok venus atau venus flystrap di dalam animasi bukan? Kali ini korang boleh rasakan pengalaman bagaimana berdepan dengan pokok menakutkan ini.

#3 Not So The Wonderful Wizard of OZ

Pasti ramai mengetahui mengenai kisah dongeng Wonderful Wizard of OZ yang menceritakan kejadian bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berdepan dengan ahli sihir yang jahat.

Namun versi NOF12 ini diolah dan memberikan pengalaman seram apabila pengunjung perlu berjalan di atas jambatan yang berpusing dan mengambarkan seolah-olah korang juga sedang berada dalam kisah fantasi ini.

#4 The Romeos & Juliet

Rumah hantu ini mungkin menjadi kegemaran korang jika korang adalah K-Popers.

Ia sebenarnya meneroka tema obsesi, cemburu dan pembunuhan yang berlatarkan dunia insipirasi K-Pop dan juga studio menakutkan yang menggabungkan ikon seram, patung lilin serta persekitaran yang mengasyikkan.

Meskipun ia memberikan vibe seram tetapi kebanyakan hantu di dalam ni semuanya sporting tau! Ada yang menari, menyanyi dan banyak lagi. Kami sempat juga nyanyi sama-sama dengan hantu k-pop lagu dari Taeyang bertajuk Eyes, Nose, Lips.

Pengalaman mahal tau nyanyi dengan hantu lagu Korea 🤣

#5 Teater: Pontianak vs Pocong

Tak dinafikan kisah mengenai hantu pontianak dan pocong adalah antara yang terkenal di Malaysia.

Malah ada yang pernah berkongsi pengalaman penah melihatnya di alam nyata. Namun kami pasti korang tak pernah lagi melihat bagaimana apabila dua hantu ini berperang bukan?

Selain dapat melihat pergaduhan antara pontianak dan pocong berperang korang juga akan rasakan pengalaman menakutkan apabila hantu-hantu itu muncul di celah-celahan pintu berdekatan tempat duduk.

Ada juga scene wanita yang berlakon menjadi penonton ditarik oleh pontianak! Kami semua menjerit sebab takut jadi mangsa seterusnya yang akan ditarik masuk dalam rumah kak ponti.

Bukan itu sahaja NOF12 membawakan sebanyak:

  • 8 Rumah hantu – Return To Silent Hill, Ape-ocalypse, Yokai Road, Little Shop of Horrors, The Romeos and Juliet, The (Not So) Wonderful Wizard Of Oz, Horrorwood Wax Museum, The Freezer – Fresh Meat
  • 1 teater seram – Scary Tales Theater Pontianak Vs Pocong
  • 3 Zon takut – Malaya Mayhem, The Hungry Ghost, The Scream Scene – Stairs, slashers and screams
  • 8 Thrill Rides
  • 1 persembahan pentas

Sebenarnya apa yang korang rasai sepanjang berada di NOF12 ini adalah menerusi kerjasama kreatif yang terjalin antara Sunway Lagoon dan The Sudden Impact! Entertaiment Company.

Sudden Impact! telah membangunkan tarikan yang mengasyikkan, asli dan secara berlesen, diinspirasikan oleh karya hiburan yang diiktiraf peringkat antarabangsa, dengan gabungan cerita ala sinematik, seni teater dan persekitaran yang imersif berskala besar.

“NOF telah berkembang pesat sejak bertahun-tahun lalu, dan apa yang menjadikan kerjasama dengan Sunway Lagoon begitu menarik ialah peluang untuk terus membangunkan dan menyusun idea-idea kreatif baharu buat penonton di Malaysia,” ujar Pengasas dan Pengarah Kreatif Global The Sudden Impact! Entertainment Company, Lynton V. Harris.

Beli tiket NOF12 di sini

Bagi yang mahu mencabar keberanian diri, tiket bermula pada:

  • RM138 dan percuma satu Potato Crisp (sementara stok masih ada)
  • RM238 bersama Xpress Pass dan percuma Potato Crisp (sementara stok masih ada)

Korang boleh membuat pembelian secara terus menerusi laman sesawang Sunway Lagoon atau Klook.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.