Now Reading
TikTok LIVE Tumpu Jadikan Live Streaming Kerjaya Profesional, Turut Lancar LIVE Bax Untuk Bantu Creator Networks Urus Data

TikTok LIVE Tumpu Jadikan Live Streaming Kerjaya Profesional, Turut Lancar LIVE Bax Untuk Bantu Creator Networks Urus Data

Creator Networks merupakan pihak ketiga daripada TikTok LIVE, berfungsi membantu golongan pencipta dalam menghasilkan kandungan serta konten berkualiti.

Ringkasan
  • TikTok LIVE memperkenalkan program Creator Networks yang menawarkan sesi coaching peribadi untuk membantu pencipta meningkatkan kualiti kandungan Live.
  • Pada 2025, lebih 240 juta pencipta kandungan di seluruh dunia melakukan Live di TikTok, dengan pulangan dijangka melebihi AS$200 bilion menjelang 2030.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@wtalent_entertainmentmy/video/7497163593448705298

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dengan keadaaan ekonomi dan kos sara hidup kini, sesetengah individu berdepan dengan cabaran dalam meningkatkan sumber pendapatan mereka. Justeru ada yang mula berjinak-jinak dengan dunia pencipta kandungan dan perniagaan secara dalam talian (online).

Namun tidak semua orang mempunyai kemahiran apatah lagi melakukan promosi produk atau perkhidmatan secara langsung di depan khalayak ramai dalam dunia maya.

Orang Ramai Boleh Jana Pendapatan Menerusi TikTok LIVE Dengan Bantuan Creator Networks

Pun begitu usah risau, platform video pendek global terkemuka, TikTok menerusi TikTok LIVE sebenarnya ada memperkenalkan sebuah program dikenali sebagai Creator Networks.

Bukan lagi sekadar platform hiburan semata-mata, malah TikTok LIVE juga boleh dijadikan platform kerjaya profesional jika digunakan dengan cara betul dengan bantuan Creator Networks.

Apa Itu Creator Networks TikTok LIVE?

Creator Networks yang juga kadangkala digelar sebagai agensi, merupakan pihak ketiga bersama TikTok yang membantu serta memberi sokongan kepada pencipta supaya menggunakan platform strim siaran langsung untuk tujuan mengembangkan kualiti kandungan dan mengenali potensi masing-masing untuk jangka masa panjang.

Jika anda tiada hala tuju bisnes, kurang faham apa yang pengguna atau pembeli mahukan atau masih buntu tentang cara menjana pendapatan menggunakan Live, semuanya boleh diselesaikan dengan bimbingan bersama agensi (Content Networks) yang lebih pakar dalam selok-belok industri penstriman.

Apa Kebaikan Bantuan Creator Networks TikTok LIVE?

Di sini kami kongsikan beberapa kebaikan kepada pencipta selepas mendapatkan perkhidmatan Creator Networks:

  • Mendapatkan bimbingan secara lebih peribadi (sesi coaching 1 to 1), nasihat dan maklum balas mengenai kandungan atau perkara yang perlu dibaiki.
  • Meningkatkan kemahiran mengendalikan Live dengan lebih berkesan termasuklah cara-cara mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi atau waktu sesuai untuk bersiaran langsung.
  • Agensi akan memberi pandangan tentang perkara yang dilakukan oleh pencipta semasa bersiaran langsung.
  • Pencipta akan belajar tentang cara membina dan menubuhkan komuniti di dalam Live.
  • Berkongsi pengalaman, ilmu dan pandangan dengan pencipta lain yang menggunakan perkhimatan Creator Networks.

Itu yang kami ketahui sewaktu menyertai Sidang Kemuncak Global Creator Networks TikTok LIVE di Queen Sirikit National Convention Center, Bangkok pada Selasa, 15 September.

Yang paling utama, Creator Networks membantu pencipta jadikan Live sebagai kerjaya. Pun begitu, Creator Networks tidak menjamin peningkatan pendapatan yang mendadak, sebaliknya bimbingan agensi ini adalah untuk meningkatkan kualiti kandungan golongan pencipta.

Sekaligus membuka peluang kepada peningkatan engagement penonton bersama Live, mengembangkan sumber pendapatan dan sebagainya.

Program ini tidak khusus buat golongan content creator dan peniaga sahaja. Anda ibu tunggal yang mahu menjana duit? Ya, anda juga boleh mendapatkan bimbingan daripada Creator Networks.

Prestasi Pencipta Akan Dianalisis Menggunakan LIVE Bax

Sewaktu acara sama, TikTok menjelaskan peserta yang selesai melalui sesi konsultan bersama agensi dan sudah memperbaiki apa yang perlu, boleh menggunakan platform operasi Creator Networks dikenali sebagai LIVE Bax yang mana ia membantu merekod dan membuat analisis mengenai prestasi pencipta.

Pembantu AI ini direka bagi memudahkan tugasan harian pasukan Creator Networks dalam mendapatkan maklumat serta data mengenai kandungan seseorang pencipta.

Bagaimana TikTok LIVE Boleh Bantu Tingkatkan Bisnes, Bina Nama Atau Identiti Pencipta?

Mesti ada yang masih tertanya-tanya, kenapa patut memilih platform penstriman TikTok Live untuk mengembangkan perniagaan dan jenama creator itu sendiri?

Sebenarnya pengguna media sosial atau pembeli kini lebih menggemari pengalaman interaktif di mana mereka mahu terlibat secara langsung dalam Live tersebut dan bukan sahaja memerhati.

Antara contoh mudah dan popular yang anda boleh lihat adalah golongan individu yang suka memberi gift, meninggalkan komen, menekan butang ‘Likes’ dan sebagainya.

Lain daripada pembelian atas talian yang biasa, menerusi Live, pengguna boleh terus bertanya kepada pencipta atau peniaga tentang perkara yang mereka kurang tahu atau inginkan penjelasan.

Sebagai contoh sekiranya pembeli tidak tahu tentang saiz pakaian, mereka boleh bertanya dan mendapatkan jawapan terus daripada peniaga dalam masa sebenar (real time) tanpa perlu menunggu waktu yang lama untuk mendapatkan maklum balas.

Mungkin disebabkan sambutan dan kemudahan ini jugalah, ramai golongan content creator lebih tertumpu kepada TikTok LIVE berbanding platform-platform lain.

240 Juta Content Creator Di Dunia Buat Live Di TikTok Pada 2025

Perkara itu turut didedahkan oleh Ketua Rangkaian Pencipta LIVE, Produk & Strategi, TikTok, Claire Li semasa sidang kemuncak (Creator Networks Global Summit) yang sama.

Jelas beliau, pada 2025 sahaja, lebih 240 juta pencipta kandungan seluruh dunia melakukan Live di TikTok, bersamaan dengan hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya (2024).

Malah TikTok menjangkakan pasaran hiburan penstriman Live diunjurkan akan melebihi AS$200 bilion (kira-kira RM576.86 bilion) menjelang 2030.

Tontonan penstriman TikTok LIVE sahaja mencecah jumlah berbilion setiap tahun. Oleh disebabkan itu, membina kerjaya selain menjana pendapatan daripada Live di TikTok mempunyai potensi yang besar dan luas.

Antara agensi di Malaysia yang bekerjasama dengan TikTok LIVE menerusi program Creator Networks ialah W Talent.

Semakan kami di akaun TikTok mendapati W Talent banyak berkongsi tips dan cara mengembangkan jenama anda.

Tonton video penuh [DI SINI].

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.