Now Reading
Pameran It’s Lit Dari 9 Sept Hingga 30 Okt Hidupkan Eslite Spectrum KL, Serlahkan Dunia Pencahayaan Moden & Sastera

Pameran It’s Lit Dari 9 Sept Hingga 30 Okt Hidupkan Eslite Spectrum KL, Serlahkan Dunia Pencahayaan Moden & Sastera

Sambil-sambil berjalan melihat deko lampu dan membaca buku di pameran ‘It’s Lit!’, pengunjung boleh menerokai produk gaya hidup hasil rekaan pereka tempatan.

Ringkasan
  • The It's Lit! exhibition at eslite spectrum Kuala Lumpur runs from 9 September to 30 October, featuring 17 local designers and brands.
  • Visitors can explore contemporary lighting designs, join exciting workshops, and get design consultations from participating designers.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bersempena sambutan Merdeka ke-69 dan Hari Malaysia tahun ini, banyak organisasi termasuklah jenama-jenama tempatan memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti dan program menarik.

Tidak terlepas menyertai vibe itu, kedai buku eslite spectrum Kuala Lumpur bersama platform reka bentuk xOrdinary kini sedang menganjurkan It’s Lit!, pameran yang menghimpunkan pelbagai karya oleh artis dan pereka hebat di kedai buku eslite terletak di The Starhill, Bukit Bintang.

Daripada pameran ini, pengunjung boleh melihat pencahayaan kontemporari dan dunia sastera digabungkan di bawah satu bumbung dari 9 September hingga 30 Oktober ini.

Seramai 17 pereka dan jenama tempatan termasuk Alexrina Chong, Kai Yi Wong, Double R Crafts, Shahril Faisal, Beori, Ambika Chadha, Yong Kian Reena M dan CableRod ditampilkan dalam pameran kali ini.

Apa yang boleh dinantikan para pengunjung? Sambil-sambil berjalan melihat deko lampu dan membaca buku, anda boleh menerokai beberapa karya seni termasuklah pencahayaan dengan reka bentuk moden, arca serta produk gaya hidup hasil rekaan pereka tempatan.

Reka Bentuk Lampu Berinspirasikan Kuih & Bunga Malaysia

Semasa menghadiri sesi pelancaran dan forum perbincangan panel semalam (9 September), team BuzzKini berkesempatan melihat beberapa karya lampu moden, sesuai dijadikan perhiasan atau dekorasi dalaman rumah.

Ada juga yang diinspirasikan oleh makanan dan bunga terkenal di Malaysia iaitu lampu berbentuk Bougainvillea (bunga kertas) dan kuih bahulu. Comel!

Sertai Bengkel Menarik Sepanjang Pameran Berlangsung

Daripada pameran ini juga, pengunjung boleh menyertai beberapa bengkel bersama pereka dan artis yang turut serta, antaranya:

  • Tiifin Clicker Colouring (23 & 24 September): RM50/pax
  • Make Your First Chair (7 & 8 Oktober): RM150 (untuk kanak-kanak sahaja)
  • Fun Potrait Art Jamming (17 September): RM150/pax
  • Night Lamp Painting (20 September): RM378 (rest +) atau RM269 (rest mini)
  • Terrazo Mahjong Keycharm: RM75 pax

Pengunjung Boleh Dapatkan Nasihat Pereka Untuk Idea Produk Bisnes

Bukan sekadar pameran lampu, malah buat anda yang mempunyai sesuatu perniagaan tetapi masih belum mempunya idea tentang jenis produk atau servis yang mahu dijual, anda boleh mendapatkan idea dan konsultan bersama-sama pereka yang turut serta dalam pameran tersebut.

Kolaborasi istimewa ini mencerminkan usaha berterusan xOrdinary dalam membina ekosistem yang menghubungkan pereka, artis, jenama dan pemain industri bagi memperkukuh kedudukan reka bentuk tempatan.

xOrdinary Angkat Bakat Tempatan Ke Peringkat Global

Pameran anjuran xOrdinary dan eslite spectrum ini merupakan edisi kelima mereka bagi menyerlahkan bakat-bakat pereka dan jenama.

“It’s Lit! merupakan satu perayaan terhadap identiti tempatan, perpaduan dalam bidang kreatif dan potensi besar reka bentuk Malaysia.”

“Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, kami mahu mengajak pereka tempatan untuk berhubung, bekerjasama dan mencabar batas kreativiti bersama-sama. Ordinary telah mengangkat bakat tempatan ke peringkat global selama lima tahun dan pameran ini bertujuan membina kerjasama bagi menentukan hala tuju reka bentuk kontemporari Malaysia pada masa akan datang,” kata Pengasas Ordinary, Bo Qiang semasa pelancaran It’s Lit semalam (9 September).

Sekadar info, pameran ini turut mendapat sokongan Malaysia International Furniture Fair (MIFF) yang bekerjasama dengan xOrdinary untuk membantu mengetengahkan pereka tempatan ke peringkat antarabangsa.

🗓️ 9 September – 30 Oktober
📍eslite spectrum KL di The Starhill, Bukit Bintang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.