Now Reading
Expo Watsons Beautopia 2026 Kembali 23-26 Julai Ini, Tampilkan Lebih 187 Jenama Kecantikan & Kesihatan [Video]

Expo Watsons Beautopia 2026 Kembali 23-26 Julai Ini, Tampilkan Lebih 187 Jenama Kecantikan & Kesihatan [Video]

Watsons Beautopia 2026 yang berlangsung selama empat hari ini dianjurkan di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil (Aras 5, Pink Zone).

Ringkasan
  • Watsons Beautopia 2026 berlangsung dari 23 hingga 26 Julai di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil, menghimpunkan lebih 185 jenama kecantikan dan kesihatan dunia.
  • Pengunjung boleh menikmati aktiviti interaktif seperti analisis kulit, konsultasi pakar, demonstrasi makeup langsung, sampel percuma, dan tawaran Happy Hour.
  • Ahli Watsons Club yang berbelanja RM100 dan ke atas layak menerima hadiah istimewa sepanjang expo berlangsung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Berita baik untuk beauty lovers, Watsons Malaysia telah kembali dengan festival kesihatan, kecantikan dan kesihatan besar-besaran, Watsons Beautopia 2026 yang bertempat di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil (Aras 5, Pink Zone).

Expo yang berlangsung selama empat hari bermula semalam (23 Julai) hingga 26 Julai ini menghimpunkan banyak jenama-jenama kecantikan, kesihatan, dan penjagaan diri terkemuka dunia dalam satu lokasi sahaja.

Foto: BuzzKini

Lebih 185 Jenama Kecantikan & Kesihatan Buat Kemunculan Di Watsons Beautopia 2026

Diinspirasikan sempena ulang tahun Watsons ke-185, expo Beautopia ini menghimpunkan lebih 185 jenama dari seluruh dunia, termasuk jenama dari K-Beauty (Korea), J-Beauty (Jepun), C-Beauty (China), jenama antarabangsa popular serta jenama tempatan M-Beauty (produk lokal), semuanya di bawah satu bumbung.

Khas buat para pengunjung, anda berpeluang untuk menjadi individu terawal yang mencuba pelbagai produk dari seluruh dunia, termasuk formulasi terkini, ramuan inovatif serta teknologi generasi baharu dalam dunia kecantikan.

Antara Jenama Yang Ada Di Watsons Beautopia 2026

Antara jenama kecantikan dan kesihatan yang anda boleh nantikan di Expo Watsons Beautopia 2026 ini adalah 💄💅:

  • Sunsilk
  • Cetaphil
  • Listerine
  • WAWA Cosmestics
  • Dr. Leo
  • Mizumi
  • Dododots
  • Naturals by Watsons
  • Orita
  • Yukazan
  • Alia
  • Barenbliss
  • Wet n Wild
  • SimplySiti
  • Kotex
  • Colgate
  • Unove
  • Hetras
  • Avene
  • Cosmoderm
  • Anessa
  • Haircarebear
  • Bioré
  • Glad2Glow
  • Regis
  • Monchhichi
  • Time Phoria dan banyak lagi

Boleh Shopping Sambil Sertai Aktiviti Interaktif, Analisis Kulit Pun Ada!

Selain membeli-belah, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang dianjurkan di sana termasuklah:

  • Demonstrasi makeup dan pemakaian produk secara langsung
  • Analisis kulit
  • Konsultasi bersama pakar
  • Sampel produk percuma
  • Tawaran promosi Happy Hour sepanjang empat hari expo berlangsung

Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai ilmu baharu menerusi siri Health & Beauty Workshops yang dikendalikan oleh pakar kecantikan, profesional industri dan pempengaruh terkenal. Sesuai buat anda yang mahu mencari produk yang paling sesuai dengan jenis kulit masing-masing.

Ahli Watsons Club Akan Dapat Banyak Hadiah Istimewa Jika Berbelanja RM100 Ke Atas

Khas buat ahli Watsons Club, anda akan menikmati lebih banyak ganjaran sepanjang Beautopia 2026. Malah, ahli yang berbelanja RM100 dan ke atas akan menerima hadiah istimewa.

Buat mereka yang masih tiada rancangan hari ini sampai Ahad akan datang, jangan lupa singgah Watsons Beautopia 2026 bersama keluarga serta rakan-rakan dan jangan lupa bawa beg extra, sebab kami jamin anda akan tinggalkan expo ni dengan bermacam-macam produk dan sampel percuma. 😍

  • 🗓️ 23-26 Julai 2026
  • 📍Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil (Aras 5, Pink Zone)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.