Cetaphil Lancar Serum Antioksidan AM PM, Lindungi & Baiki Kulit Sensitif Dari Tekanan Oksidatif
Serum AM PM mengandungi Gallic-AOX Power™ yang membantu menguatkan, melindungi serta membaiki kulit sepanjang masa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, jenama penjagaan kulit dermatologi nombor satu Malaysia, Cetaphil telah melancarkan rangkaian serum antioksidan terbaharu, Serum Advanced Defense (AM) dan Serum Repair & Renew (PM).
Menariknya, kedua-dua serum ini saling melengkapi antara satu sama lain dengan kehadiran Gallic-AOX Power yang membantu menguatkan, melindungi serta membaiki kulit sepanjang masa.
Malah, gabungan bersama serum ini memberikan si pemakai perlindungan 7X lebih kuat terhadap tekanan harian pada waktu siang serta mempercepatkan proses pembaikian lapisan pelindung kulit 2X lebih pantas pada waktu malam.
Serum AM PM Bantu Pengguna Lawan Tekanan Oksidatif
Menurut Pengurus Negara Galderma Malaysia, Cindy Tiu, Cetaphil menyedari berlakunya peningkatan kesan tekanan harian khususnya buat mereka yang mempunyai kulit sensitif.
“Kami kekal komited untuk menyediakan penyelesaian yang berkesan dan tertumpu bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berubah.
“Seiring gaya hidup moden di mana kulit sentiasa terdedah kepada faktor persekitaran dan gaya hidup, Cetaphil bertekad untuk terus memajukan penyelidikan antioksidan bagi membantu pengguna menangani tekanan oksidatif,” katanya.
Serum yang dikuasakan dengan Gallic-AOX Power dan Asid Gallic serta Vitamin E menggambarkan komitmen berterusan Cetaphil terhadap penyelidikan antioksidan serta penyelesaian berasaskan sains yang diuji oleh pakar dermatologi.
“Teknologi baharu ini direka khusus untuk memberikan perlindungan antioksidan yang lebih unggul, iaitu dua kali lebih kuat daripada Vitamin C, namun kekal lembut untuk kulit paling sensitif,” katanya ketika majlis pelancaran di The Timber Space, Desa Sri Hartamas.

Manfaat Gabungan Serum AM PM, Beri Perlindungan & Pembaikan Sepanjang Masa
Inovasi terbaharu dari Cetaphil ini memenuhi keperluan dalam penjagaan rutin kecantikan harian.
Manakan tidak, gabungan Serum AM dan PM memberi manfaat serta kesan maksimum kepada si pemakai dengan:
- Memberi perlindungan pada siang hari: kulit 7X lebih kuat menghadapi tekanan persekitaran antaranya seperti pencemaran, UV dan cahaya biru. Malah, hasil klinikal menunjukkan pori dan garis halus dapat dikurangkan sekaligus menjadikan kulit lebih licin dan berseri.
- Membaiki kulit pada waktu malam 2 kali (2X) lebih pantas dengan mengurangkan garis halus serta kedutan ketara dalam masa empat minggu.
- Gabungan AM+PM terbukti secara klinikal dengan peningkatan 93% hidrasi dan meningkatkan kualiti kulit sensitif dalam masa dua minggu.
Terangnya lagi, inovasi terbaharu Cetaphil iaitu Gallic-AOX Power mengandungi Asid Gallic dan vitamin E yang dua kali lebih berkesan berbanding vitamin C dalam meneutralkan radikal bebas serta memberi pelindungan buat kulit sensitif.
Jika digabungkan dalam rutin penjagaan sedia ada, serum ini melengkapkan Cetaphil Antioxidant Solution yang mampu melindungi kulit meskipun pada waktu sibuk serta membatu proses pemulihan ketika berehat.

Gaya Hidup Moden Cetus Tekanan Oksidatif
Ketika sesi pelancaran serum AM PM itu, Pakar Perunding Dermatologi dari Bukit Tinggi Medical Centre, Dr. Goh Siew Wen turut berkongsi bagaimana gaya hidup moden pada masa kini boleh mencetuskan tekanan oksidatif pada kulit sensitif.
“Tekanan oksidatif ialah sesuatu yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang, termasuklah pesakit saya sendiri. Ia berlaku apabila radikal bebas yang terbentuk daripada pencemaran dalaman dan luaran seperti pencemaran udara serta kekurangan tidur mengatasi keupayaan tubuh untuk menyahtoksiknya.
“Radikal bebas ini terkumpul dan melekat pada kulit sekali gus melemahkan penghalang kulit. Gaya hidup yang mencabar dari segi fizikal atau mental serta penuh tekanan juga boleh mencetuskan peningkatan kortisol, yang seterusnya melemahkan lagi fungsi perlindungan kulit,” jelasnya.
Kepentingan Antioksidan Bantu Kulit Lawan Faktor Tekanan Moden
Pada masa sama, Dr Goh turut menjelaskan kepentingan antioksidan yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan yang mampu mengatasi tekanan oksidatif serta menegaskan bahawa penjagaan kulit semata-mata tidak mencukupi.
“Antioksidan amat penting dalam membantu kulit melawan faktor tekanan moden, namun pendedahan persekitaran hari ini menghasilkan lebih banyak radikal bebas daripada yang mampu dineutralkan oleh tubuh.
“Oleh itu, perlindungan siang dan malam amat penting bagi melindungi kulit pada waktu siang, sambil menyokong proses pembaikan dan pembaharuan semula jadi kulit pada waktu malam.
“Utamakan diet yang kaya antioksidan, kekal aktif secara fizikal melalui senaman berkala dan dapatkan tidur yang berkualiti.
“Mengurangkan pendedahan kepada cahaya biru sebelum waktu tidur boleh membantu melindungi kulit dengan ketara. Perubahan gaya hidup secara konsisten juga dapat membantu kulit menyesuaikan diri dengan tekanan kehidupan moden,” jelasnya.

Serum AM PM Jadi Pilihan Amelia Handerson
Dalam pada itu, selebriti yang juga merupakan pelakon popular tanah air, Amelia Henderson turut berkongsi pendapatnya mengenai gaya hidup serta keperluan penyelesaian yang mudah untuk disesuaikan dalam rutin harian.
“Gaya hidup saya amat pantas, dan saya sedar kulit saya memerlukan lebih daripada sekadar hidrasi untuk menampung tekanan jadual yang sibuk.
“Saya mencari sesuatu yang praktikal tanpa perlu mengubah keseluruhan rutin dan Serum AM PM ini sangat sesuai kerana ia lembut serta mudah dimasukkan dalam rutin sedia ada saya, tanpa perlu menggantikan produk kegemaran saya.
“Mengetahui ia datang daripada jenama dengan legasi sains yang boleh dipercayai memberi saya penuh keyakinan, di mana saya tahu perlindungan dan pembaikan sedang berlaku sementara saya memberi tumpuan kepada perkara lain yang perlu saya lakukan,” jelasnya.
Untuk maklumat lanjut berhubung serum AM PM baharu Cetaphil, anda boleh layari laman web rasmi Cetaphil Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: Sukakan Pembersih Muka Yang Berbuih? Cetaphil Perkenal Daily Facial Cleanser Untuk Kulit Berminyak & Kombinasi
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.


