Kerja Renovasi & Cantikkan Rumah Jadi Lebih Mudah Dengan Adanya Sika [Video]
Menerusi video, supervisor mereka kemudiannya menjelaskan kesemua masalah itu dapat diselesaikan dengan menggunakan produk jenama Sika.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan kerja-kerja pengubahsuaian rumah atau membaik pulih bukanlah satu perkara yang mudah. Sebagai kontraktor, anda pastinya mahu barangan yang digunakan tahan lama dan berkualiti tinggi.
Yelah, kita pasti mahukan pelanggan berpuas hati dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Namun mencari bahan yang bersesuaian juga tidak mudah. Adakalanya stok dah habis atau kualiti sudah tidak lagi sama dan mengecewakan.
Sama seperti video yang dikongsikan oleh BuzzKini ini, ia memaparkan masalah dihadapi oleh tiga orang pekerja praktikal sebuah syarikat kontraktor.
3 jenis masalah yang cuba diselesaikan namun menemui jalan buntu
Awalnya kelihatan ketua mereka telah menjelaskan jenis-jenis bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Namun mungkin sebagai intern, ada banyak “bahasa” dan ayat teknikal yang tidak difahami membuatkan mereka menjadi bingung dan keliru.
Mereka mulanya cuba menyelesaikan masalah dinding retak dengan hanya tampalan menggunakan pita pelekat. Namun pastinya ia tidak tahan dan menyebabkan pelekat itu terbuka semula.
Manakala masalah kedua pula atap bocor, dan mereka cuba “menyelesaikan” isu tersebut dengan hanya meletakkan baldi, seperti yang sering dilakukan oleh orang ramai.
Ketiga adalah masalah jubin lantai tertanggal dan mengeluarkan bunyi apabila ada beban diletakkan di atasnya.
Kesemua masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh mereka dengan baik. Yelah, mungkin mereka tidak mengetahui apakah jenis barangan yang bersesuaian dan perlu digunakan.
Ketua pula jelaskan panjang lebar dan susah nak difahami. Faham-faham jelah junior, baru nak belajar 🤭
Rupanya semua masalah boleh selesai dengan 5 barang dari Sika ni je!
Sebaik sahaja ketua datang nak buat pemeriksaan tiada satu masalah dapat diselesaikan dengan menggunakan produk jenama Sika.
#1 SikaWall-603 Acrylic Skim Coat untuk retakan dinding

Masalah dinding retak sememangnya menyakitkan pandangan mata, yelah dinding yang sebelum ini licin dan ‘flawless’ tiba-tiba sahaja ada retakan atau kesan ‘crack’.
Tak perlu pening nak guna apa, sebab SikaWall-603 Acrylic Skim Coat ni dah boleh atasi masalah cela atau rekahan yang ada pada dinding tu kerana ia berfungsi untuk meratakan permukaan. Antara permukaan yang sesuai digunakan adalah seperti:
- Konkrit
- Plaster
- Papan Gipsum
Selain itu, bahan sama juga boleh digunakan untuk retakan halus, lubang semburan, dan alur.
Paling menarik, ia boleh digunakan terus tanpa perlu campuran bahan lain lagi. Hahh mudahkan! Sebagai kontraktor kita pasti nak jimatkan masa tapi hasilnya ‘da bomb’.
Selain itu, kelebihan SikaWall-603 Acrylic Skim Coat:
- Ketebalan sekitar 0.3 hingga 4.0 milimeter
- Kemasan licin putih
- Kebolehan menggilap dengan sangat baik
#2 SikaCeram-288 MY & SikaCeram-850 Design bagi masalah jubin

Manakala bagi masalah jubin pula, kontraktor boleh menggunakan SikaCeram-288 MY dan juga SikaCeram-850 Design.
SikaCeram-288 MY ia adalah pelekat (gam) yang berprestasi tinggi untuk jubin simen yang fleksibel dan nipis.
Cara nak menggunakannya juga mudah sahaja, hanya perlu tambah air dan ia boleh digunakan untuk melekat jubin jenis seperti:
- Seramik
- Porselin
- Mozek
Apa yang best mengenai SikaCeram-288 MY?
Selain mudah untuk digunakan, gam ini juga:
- Tidak mudah tercabut mahupun tertanggal daripada jubin
- Boleh disapu pada permukaan menegak dan tidak mudah melorot meskipun jubin berat
- Lekatan yang sangat kuat dan baik

Seterusnya SikaCeram-850 Design, grout berasaskan epoksi dua bahagian berwarna untuk jubin lantai atau dinding, yang dibekalkan dalam kartrij berkembar yang mudah digunakan.
Antara kelebihan lainnya adalah kemasan licin dan berkilat (memang cantik gais!), tahan bahan kimia (chemical), tahan geseran, tidak mudah mengecut selepas mengeras serta banyak lagi.
SikaCeram-850 Design juga lebih mudah digunakan dengan ‘cartridge gun’ untuk finishing yang lebih kemas.
Selain itu, ia juga sesuai untuk nat jubin berukuran satu hingga lima milimeter.
#3 Sikadur-20 Crack Seal dan SikaCoat-555 untuk tutup rongga retakan dan semasalah kebocoran

Sikadur-20 Crack Seal merupakan cecair dua komponen dengan kelikatan rendah dan separa elastik berasaskan resin epoksi tanpa pelarut (solvent-free).
Produk ini direka untuk menutup dan mengisi retakan serta rongga bukan struktur dalam konkrit.
Kelebihan bagi Sikadur-20 Crack Seal adalah:
- Kedap retakan dengan sifat separa elastik
- Kelikatan rendah sekaligus memudahkan bahan meresap dalam rekahan halus
- Boleh digunakan pada permukaan yang kering atau lembap
Dipadankan dengan SikaCoat-55, ia boleh tangani masalah bocor pada siling dengan segera dengan dan secara mudah. Ia mempunyai salutan akrilik kalis air berasaskan air (water-based) yang diperkukuh dengan teknologi gentian mikrofiber untuk perlindungan siling yang lebih tahan lasak.
Yelah masalah bocor ini jika tidak diselesaikan dengan cepat boleh memberi kesan buruk pada cat mahupun dinding.
Selain itu, SikaCoat-555 juga menghasilkan membran kalis air yang fleksibel serta tahan lasak yang sesuai untuk pelbagai aplikasi termasuk bumbung dan dinding luar bangunan.

Bagus bukan? Sebenarnya banyak lagi produk Sika yang sesuai digunakan untuk kerja pembaikan. Ini termasuklah kerja-kerja:
- Waterproofing
- Membaiki papak konkrit (concrete slab)
- Lantai
- Plaster dan skimcoat
- Pengedap dan ikatan (sealing dan bonding)
- Membaiki dan pembaharuan
- Jubin
Untuk maklumat dan info lanjut seperti di mana untuk dapatkan produk atau produk apa yang perlu digunakan untuk sesuatu masalah, anda hanya perlu kunjungi Sika Malaysia.
Sika turut mempunyai kategori khas yang memudahkan sesiapa sahaja (khususnya kontraktor termasuklah intern 🤭), dalam mencari penyelesaian masalah tanpa perlu mengetahui atau menghafal sesuatu kod.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.




