fbpx
Now Reading
Lotus’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-4 Dengan Penjimatan Hebat, Ganjaran Besar & Sumbangan Bermakna

Lotus’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-4 Dengan Penjimatan Hebat, Ganjaran Besar & Sumbangan Bermakna

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) hari ini (7 Mei) meraikan ulang tahun ke-4 dengan kempen nasional penuh meriah yang menggabungkan penjimatan hebat, ganjaran menarik dan sumbangan bermakna kepada komuniti.

Kempen ulang tahun yang berlangsung dari 7 Mei hingga 3 Jun 2026 ini mengajak pelanggan menikmati promosi eksklusif, menyertai pelbagai aktiviti berhadiah serta menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Beli-Belah, Jimat dan Menang Besar dengan “Menang Besar Senyum Lebar”

Pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran Beli 1 Percuma 1 melibatkan lebih 530 barangan keperluan harian dan kegemaran isi rumah, termasuk kategori utama seperti barangan dapur, keperluan rumah dan produk penjagaan diri.

Turut berlangsung ialah kempen Harga Hangat yang menawarkan harga lebih berpatutan bagi barangan keperluan asas bagi membantu keluarga berjimat sepanjang tempoh kempen ulang tahun ini.

Selain itu, pelanggan juga boleh memaksimumkan penjimatan menerusi “Hari My Lotus’s” pada setiap hari Rabu, di mana pembelian minimum RM60 membolehkan pelanggan menikmati 4X mata ganjaran, kupon RM4 serta sehingga 10X mata bagi barangan Harga Member, sekali gus menawarkan lebih nilai sepanjang tempoh kempen.

Bagi menambah lagi keterujaan, pelanggan yang berbelanja minimum RM40 dalam satu resit di stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online, penyewa pusat beli-belah terpilih atau RM40 di medan selera (penggabungan resit dibenarkan) layak menyertai peraduan “Menang Besar Senyum Lebar”.

Peserta berpeluang memenangi hadiah utama termasuk Proton eMas 7, Kerusi Urut Gintell B-Bravo, Samsung Galaxy Z Flip7 dan penginapan 3 Hari 2 Malam di Colmar Tropicale Resort, Berjaya Hills.

Sementara itu, stor terpilih di Rawang, Klang, Puchong dan Shah Alam akan menganjurkan peraduan mini pusat beli-belah “Menang Macam-Macam Di Stor”, di mana pelanggan boleh menyertai cabaran interaktif meneka jumlah snek barangan jenama Lotus’s yang dimuatkan di dalam sebuah kereta pameran untuk peluang memenangi satu daripada 12 hamper barangan jenama Lotus’s bernilai RM100.

Beli & Derma untuk Tujuan Bermakna

Selain menawarkan penjimatan dan ganjaran, kempen ulang tahun ini turut menjadikan setiap pembelian harian sebagai satu bentuk sumbangan. Lotus’s akan menyumbangkan 0.5% daripada jualan produk jenama sendiri (tidak termasuk kategori segar) kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bagi menyokong kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan kanser.

Melalui kerjasama bersama Lotus’s, Procter & Gamble (P&G) turut akan menyumbangkan 0.5% daripada jualan produk terpilih kepada Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS) dan Tender Touch Paediatric Rehab, organisasi yang memberi fokus kepada program rehabilitasi dan intervensi awal untuk kanak-kanak dengan kelewatan perkembangan dan ketidakupayaan kompleks.

Melalui kempen ini, pelanggan memainkan peranan secara langsung dalam membantu komuniti yang memerlukan, di mana setiap pembelian menyumbang ke arah memperbaiki kehidupan mereka.

“Semangat #KitakanJiran terus menjadi panduan dalam setiap usaha kami dan kekal sebagai tunjang utama sambutan ulang tahun kali ini. Sempena ulang tahun keempat kami bersama komuniti di Malaysia, kami ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang memerlukan rawatan dan sokongan kritikal, pada masa yang sama menawarkan penjimatan dan pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna kepada pelanggan,” kata Azliza Azmel, Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia.

“Menerusi inisiatif Beli & Derma ini, kami mengajak semua untuk menjadi sebahagian daripada usaha bermakna ini hanya dengan membeli produk Lotus’s Own Brand dan P&G di stor kami. Setiap pembelian membantu meringankan beban kewangan rawatan dan terapi untuk kanak-kanak yang paling memerlukan.”

“Setiap pembelian, setiap sumbangan dan setiap tindakan memberi membawa kami lebih dekat kepada matlamat P&G iaitu ‘touching lives, improving life’, dan hari ini kami berbangga dapat merealisasikannya bersama Lotus’s,” kata Joanne Lim, Pengarah Jualan Procter & Gamble.

Raikan, Jimat dan Bawa Perubahan

Dengan tawaran menarik, pengalaman penuh ganjaran dan sumbangan bermakna, sambutan ulang tahun ke-4 Lotus’s bukan sekadar sambutan sahaja, tetapi juga peluang untuk rakyat Malaysia menikmati lebih nilai sambil memberi impak positif kepada masyarakat.

Para pelanggan digalakkan untuk mengunjungi stor Lotus’s di seluruh negara sepanjang tempoh kempen bagi menikmati promosi serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.