NESCAFÉ Lancar 3 Perisa Baharu Espresso Concentrate, Boleh Bancuh Kopi Ala Kafe Di Rumah
Budaya minum kopi kini jadi sebahagian gaya hidup Gen Z. Menyedari trend itu, NESCAFÉ tampil dengan Espresso Concentrate yang memudahkan pencinta kopi dapat minuman ala kafe sendiri di rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau dulu kopi sekadar minuman untuk mulakan hari, kini ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup terutama dalam kalangan Gen Z.
Daripada rutin pagi, sesi kerja, study café vibes sehinggalah menjadi sebahagian konten di media sosial, kopi kini hadir sebagai satu bentuk ekspresi diri.
Malah, ramai anak muda hari ini gemar mencuba pelbagai resipi baharu seperti iced latte, caramel coffee atau lemonade espresso yang sedang trending.
Melihat kepada budaya ini, NESCAFÉ tampil dengan inovasi terbaharu menerusi pelancaran NESCAFÉ Espresso Concentrate, produk kopi premium dalam bentuk cecair yang direka khas untuk memudahkan pengguna menghasilkan minuman ala kafe di rumah.
Sesuai dengan gaya hidup moden yang mahukan semuanya cepat & mudah
Dalam dunia serba pantas hari ini, ramai mahukan sesuatu yang praktikal tanpa perlu mengorbankan kualiti.
Dengan konsep ready-to-mix, pencinta kopi hanya perlu tuang, campur dan nikmati air kopi anda. Tak perlu mesin mahal, tak perlu teknik rumit.
Nak buat iced Americano, creamy latte atau campuran kopi viral pun jadi lebih mudah kerana semuanya boleh disiapkan dalam masa singkat.
Bagi mereka yang sibuk dengan kerja, kelas atau aktiviti harian, produk ini memberi solusi mudah untuk menikmati kopi premium pada bila-bila masa.
Hadir dengan 3 pilihan perisa

Lebih menarik, produk ini ditawarkan dalam tiga pilihan perisa iaitu Black, Sweet Vanilla dan Velvet Mocha.
Setiap varian direka untuk memenuhi citarasa berbeza, sama ada anda sukakan rasa kopi yang bold, manis berkrim atau sesuatu yang lebih indulgent.
Setiap botol pula boleh menghasilkan sekitar 10 hingga 16 hidangan, menjadikannya bukan sahaja praktikal tetapi juga berbaloi untuk kegunaan harian.
Dihasilkan di Malaysia, dilancarkan CEO Nestlé
Produk ini dihasilkan di kilang Nestlé Malaysia di Sri Muda, Shah Alam yang juga merupakan tapak pertama di Asia bagi pengeluaran kopi pekat jenis ini.

Pelancaran rasmi pula disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols.
Menurut beliau, inovasi ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak generasi baharu yang mahukan pengalaman kopi lebih fleksibel, kreatif dan sesuai dengan gaya hidup mereka.
Jadi buat pencinta kopi, tak perlu lagi risau nak bancuh minuman ala kafe sendiri.
Dengan produk ini, semuanya jadi lebih mudah, cepat, sedap dan sesuai dengan lifestyle masa kini.
Lebih menarik lagi, majlis pelancaran kali ini berlangsung dengan konsep lebih santai yang diadakan dalam panggung wayang siap dengan tayangan The Devil Wears Prada 2.
Sepanjang tayangan berlangsung, tetamu boleh menikmati air kopi yang diperibadikan (customised) mengikut citarasa masing-masing.



