Now Reading
6 Wangian 6 Vibe Berbeza! Syahirah Lancar Koleksi Baharu Eau De Parfum

6 Wangian 6 Vibe Berbeza! Syahirah Lancar Koleksi Baharu Eau De Parfum

Setiap wangian Eau De Parfum ini diformulasikan untuk bertahan sehingga 24 jam, memberikan keyakinan yang berpanjangan sepanjang hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini jenama kecantikan dan penjagaan diri, Syahirah telah memperkenalkan koleksi terbaharu Eau De Parfum bersama Watsons Malaysia di MyTOWN KL yang merupakan sebahagian dari kempen “Aura On”.

Pelancaran ini menandakan satu langkah baharu dalam dunia wangian di mana haruman, gaya dan tenaga bersatu dalam satu pengalaman pelancaran yang cukup istimewa.

Direka khas untuk wanita moden yang penuh ekspresi, koleksi EDP baharu ini mengajak pengguna meneroka identiti diri melalui haruman dan tampil dengan keyakinan dalam setiap detik.

Enam wangian baharu telah diperkenalkan pada majlis pelancaran ini, di bawah dua tema, World Wanderlust dan Soft Rebellion yang menggambarkan pelbagai personaliti, mood dan gaya harian.

6 wangian ini adalah:

  • Paris Pop
  • Istanbul Glow
  • Seoul Spring
  • Pink Venom
  • Be Iconic
  • Rebel Rose

Setiap wangian diformulasikan dengan ketahanan sehingga 24 jam, memberikan keyakinan yang berpanjangan sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, ia dihasilkan dengan penekanan terhadap kualiti, menggunakan bahan yang diluluskan IFRA serta mendapat pensijilan halal JAKIM yang diyakini.

“Dengan pelancaran koleksi Eau De Parfum ini, kami ingin mencipta sesuatu yang lebih daripada sekadar wangian—tetapi satu pergerakan yang dekat dengan jiwa generasi masa kini,” kata Jay Aquino.

“Syahirah Aura On’ memberi inspirasi kepada individu untuk tampil yakin dan mengekspresikan diri mereka yang sebenar. Setiap wangian direka untuk mencerminkan pelbagai mood dan personaliti, dengan ketahanan sehingga 24 jam. Melalui ‘Scents Without Borders’, kami mengajak semua untuk meneroka dunia wangian dengan bebas, dengan jaminan kualiti halal yang diyakini.”

Syahirah dalam masa sama turut melancarkan jingle baharu mereka “Syahirah Aura On”, yang mencerminkan keyakinan, gaya dan ekspresi diri generasi kini.

Menurut Syahirah, “Syahirah Aura On” bukan sekadar slogan, tetapi satu cara hidup untuk generasi hari ini. Ia tentang menjadi diri sendiri, berani menonjolkan emosi, dan mengekspresikan siapa sahaja tanpa batasan.

Acara ini turut menampilkan kemunculan khas penyanyi, Aufahanie, wajah baharu Syahirah yang melambangkan keyakinan, ekspresi diri dan gaya yang moden.

Koleksi baharu Syahirah Eau De Parfum kini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara serta secara dalam talian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.