fbpx

Watsons Anjur K-Beauty Festa Terbesar! Himpun Lebih 120 Jenama Kecantikan Korea Terkenal

Terdapat banyak ganjaran dan promosi hebat termasuk hadiah bernilai RM100 dengan pembelian, baucar eTunai RM10, serta hadiah eksklusif daripada program W Rewards Watsons dan pemberian jenama sepanjang festa berlangsung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Berita baik buat penggemar produk kecantikan dari Korea Selatan sebab festival kecantikan barangan dari Korea, K-Beauty Festa anjuran Watsons Malaysia kini kembali lagi!

Apa yang menariknya K-Beauty Festa 2026 kali ini adalah penganjuran yang terbesar oleh Watsons dengan penyertaan lebih 120 jenama, termasuk hampir 30 jenama Korea Selatan baharu.

Berlangsung dari 23 hingga 26 April 2026 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), K-Beauty Festa 2026 bagi menjanjikan pengalaman yang menarik buat korang dengan adanya portfolio jenama yang lebih luas.

Pengunjung boleh menyelami pelancaran produk baharu, meneroka penyelesaian penjagaan kulit yang menepati trend semasa, serta merasai sendiri inovasi paling popular yang membentuk landskap K-beauty masa kini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Watsons Malaysia Danny Hoh, pihaknya berbesar hati dapat membawa perkembangan menarik ini lebih dekat kepada pelanggan melalui K-Beauty Festa.

“Pada tahun ini, kami membawa pengalaman ini ke tahap yang seterusnya dengan barisan jenama terbesar kami setakat ini, membolehkan pelanggan meneroka, menemui dan menikmati produk kecantikan terkini di satu lokasi. Festival ini mencerminkan komitmen Watsons untuk mencipta pengalaman runcit yang lebih menarik daripada sekadar membeli-belah. Lebih daripada sebuah acara kecantikan, KBeauty Festa merupakan platform imersif yang membolehkan pelanggan berinteraksi dengan jenama, mencuba produk baharu dan meneroka trend baharu yang membentuk masa depan industri kecantikan.”

COO Watsons Malaysia Danny Hoh

Difahamkan festa tahun ini menampilkan konsep bertemakan permainan yang melambangkan evolusi berterusan industri melalui formulasi baharu, teknologi canggih dan bahan trending.

Jika sebelum ini kecantikan Korea terkenal dengan penggunaan bahan tradisional, kini ia semakin dipacu oleh sains penjagaan kulit, dengan bahan aktif generasi baharu seperti PDRN, peptida dan formulasi pembaikan penghalang kulit yang membentuk masa depan inovasi Kbeauty.

Apa yang menarik di sini?

Sepanjang festival empat hari ini, orang ramai boleh explore trend terbaharu K-beauty merangkumi:

  • Penjagaan kulit
  • Kosmetik
  • Penjagaan rambut
  • Penjagaan kesihatan
  • Penjagaan diri

Ada pelbagai ganjaran dan promosi hebat

Nak lagi best? Korang juga boleh menikmati pengalaman kecantikan yang imersif dengan pelbagai ganjaran dan promosi menarik.

Antaranya peluang mendapat hadiah bernilai RM100 dengan pembelian, baucar eTunai RM10, serta hadiah eksklusif daripada program W Rewards Watsons dan pemberian jenama sepanjang festa berlangsung.

Nikmati diskaun segera dengan pembelian produk & peluang tebus hadiah ekslusif

Oh ya! Korang juga boleh menikmati diskaun segera RM12 dengan pembelian produk penjagaan kulit bernilai RM100, serta diskaun segera RM10 dengan pembelian minimum RM120.

Pembeli sepanjang festival ini juga berpeluang menebus hadiah eksklusif bertemakan K-Beauty dengan pembelian.

Perbelanjaan minimum RM80 melayakkan pelanggan menerima Kiub Teka-Teki K-Beauty, manakala perbelanjaan RM200 membolehkan penebusan Gameboy K-Beauty.

Pembelian RM250 dan ke atas memberi peluang untuk menyertai aktivasi Mystery Grab dan memenangi hadiah mini atau sachet menarik. Pelanggan yang berbelanja RM300 dan ke atas akan menerima Kamera Pakai Buang K Beauty, menambahkan elemen keseronokan dan nostalgia sepanjang festival ini.

Masuk peraduan dan menang percutian ke Korea Selatan!

Selain itu, Watsons Malaysia turut bekerjasama dengan Traveloka bagi memperkenalkan Peraduan KBeauty Spend & Win, yang memberi peluang kepada ahli untuk menukar pengalaman membelibelah kecantikan mereka kepada percutian impian.

Dengan perbelanjaan minimum RM120 bagi jenama terlibat sama ada di kedai atau dalam talian, ahli Watsons berpeluang memenangi baucar penerbangan ke Korea bersama baucar hotel di Korea, serta 100 hadiah baucar eWatsons bernilai RM100. Peraduan ini berlangsung sehingga 26 April 2026.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.