Now Reading
1926 Heritage Hotel Penang Kini Dibuka, Tonjolkan Keunikan Budaya Pulau Pinang

1926 Heritage Hotel Penang Kini Dibuka, Tonjolkan Keunikan Budaya Pulau Pinang

1926 Heritage Hotel Penang yang terletak di Jalan Burma, George Town kembali dengan wajah baharu, di bawah jenama The Unlimited Collection by The Ascott Limited.

Ringkasan
  • 1926 Heritage Hotel in George Town, Penang has reopened on 10 April 2026 under The Unlimited Collection by The Ascott Limited.
  • The hotel preserves its rich Anglo-Malay architectural heritage while offering modern amenities, including Straits Suite and Heritage Garden Patio rooms.
  • Dining highlights include Root House by Gēn, overseen by Chef Johnson Wong, celebrating Penang's Chinese diaspora culinary heritage with a modern twist.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika anda ingat pada penghujung tahun lalu, media melaporkan Hotel Heritage 1926 yang merupakan salah satu bangunan warisan Pulau Pinang, akan kembali beroperasi pada tahun 2026 sempena ulang tahun ke-100.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika memaklumkan perkara itu menzahirkan harapan yang hotel ini akan menjadi satu lagi kebanggaan negeri serta membawa kejayaan besar kepada Pulau Mutiara itu.

Selepas beberapa bulan menanti, kini Heritage Hotel 1926 yang terletak di Jalan Burma, George Town kembali dengan wajah baharu, di bawah jenama The Unlimited Collection by The Ascott Limited.  

Dibina pada tahun 1926 sebagai kediaman rasmi pegawai  British, ia kini dipulihkan dengan penuh teliti dengan mengekalkan identiti warisan yang kaya dan  disesuaikan bagi keperluan pengembara pada masa kini.

Bahagian depan hotel yang baru dibuka pada 10 April 2026 ini dihiasi cat putih dengan sentuhan coklat lembut mencerminkan pesona warisan hotel ini, menampilkan elemen seni bina Anglo-Melayu yang mewarnai era peralihan di  bandar George Town.

Foto: 1926 Heritgae Hotel

Tetamu yang menginap di sini akan disambut logo pohon palma yang diapit dua harimau  kumbang  di pintu masuk utama hotel, menjadi simbol sambutan tetamu pulang ke rumah kediaman.  

Menurut Pengurus Besar Ascott Malaysia Mondi Mecja, seiring dengan perjalanan yang semakin dipengaruhi oleh budaya dan pengalaman, pihaknya melihat peningkatan permintaan terhadap destinasi yang mempunyai identiti yang unik.

“Selaras dengan  Tahun Melawat Malaysia 2026, 1926 Heritage Hotel ingin menawarkan pengalaman unik Pulau Pinang yang menghubungkan pengembara dengan destinasi dalam cara yang lebih bermakna dan autentik. Sempena ulang tahun seabadnya, bangunan ini telah dipulihkan dengan teliti,  mengekalkan identiti asal sambil memastikan ia kekal sebagai sebahagian daripada warisan Pulau  Pinang untuk generasi akan datang,” katanya.

Reka bentuk hotel kekalkan ciri-ciri Pulau Pinang

Direka semula bagi tetamu moden, reka bentuk hotel ini mengekalkan ciri-ciri Pulau Pinang lama di mana setiap koridor dipelihara dan ruang diolah semula.

Pintu berkembar utama hotel membawa tetamu ke bahagian lobi utama. Lobi menyambut kehadiran semua dengan dinding seni ikonik yang menampilkan marquetry jerami berinspirasikan Perancis, yang turut menceritakan kisah  pokok palma dan harimau kumbang.

Setiap ruang bukan sekadar memberikan penghormatan pada masa lalu, namun mencerminkan ketersambungan harmoni yang menggabungkan gaya pesona selat Pulau Pinang dan kemewahan moden yang tenang. 

1926 Hotel Heritage tawar pelbagai jenis penginapan

Bagi mereka yang mahukan penginapan yang lebih mewah, Straits Suite menawarkan penginapan  eksklusif dengan ruang bilik berasingan, serta ruang tamu dan ruang bekerja. Dilengkapi dengan  kemewahan dan keselesaan di setiap sudut, dari katil yang empuk sehingga kelengkapan mandi  premium, ia pasti akan menyediakan pengalaman penginapan yang selesa, memberikan peluang  kepada tetamu untuk berehat dengan santai atau meneroka kawasan sekitar dengan penuh tenaga.  

Untuk pengalaman penginapan yang lebih dekat dengan alam semula jadi, bilik Heritage Garden Patio seluas 52 meter persegi di aras bawah menawarkan ruang patio luar dan taman. Dengan  akses mudah ke kawasan kolam renang dan suasana tenang yang dikelilingi kehijauan, ia adalah  pilihan sesuai bagi tetamu yang inginkan percutian yang santai dan dipenuhi kedamaian alam  sekitar.  

Lokasi ideal untuk Percutian dan Urusan Perniagaan 

Selain mendapatkan tidur yang selesa, ruang hotel turut direka khas untuk pertemuan,  perbincangan dengan kemudahan dalam ruang dalaman hotel yang direka dengan teliti, menjadikan penginapan tetamu lebih bermakna. 

Tetamu juga boleh mengadakan pertemuan di dua bilik mesyuarat, Burma Room dan Heritage Hall, yang disinari cahaya  semula jadi untuk perbincangan produktif.

Selain itu mereka juga boleh mengekalkan rutin kecergasan dengan mudah di ruangan gimnasium  moden yang dilengkapi peralatan terkini, atay menyegarkan diri di spa berinspirasikan Asia oleh Sensorium, ruang tenang untuk pemulihan.

Tetamu juga boleh bersantai di kolam renang luar yang dikelilingi landskap tropika menghijau, menawarkan ketenangan jauh dari kesibukan bandar.

Hari anda terlalu sibuk? Akhiri hari yang memenatkan dengan berjalan santai di taman di tengah hotel, dikelilingi kehijauan yang menenangkan. 

Rasai Kulinari & Identiti George Town 

Pengalaman kulinari hotel menampilkan bistro Cina, Root House by Gēn, yang mengolah semula  warisan kulinari komuniti diaspora Cina di Malaysia.

Diselia oleh Chef Pengasas, Johnson Wong (Pemilik Gēn, kembali tersenarai Asia’s 50 Best Restaurants 2026) konsep menu yang ditawarkan  berakar pada tradisi, menggabungkan bahan tempatan, pengaruh diaspora dan masakan pelbagai  komuniti Cina, dipersembahkan dengan sentuhan moden melalui perspektif yang menceritakan  evolusi Pulau Pinang.

Diilhamkan oleh pergerakan antara Malaysia dan China, konsep ini meneroka bagaimana cita rasa  berubah dari semasa ke semasa, dipengaruhi oleh persekitaran baharu, bahan-bahan serta  pertukaran budaya.

The Heritage Collection oleh Daily Coffee berfungsi sebagai konsep hidangan sepanjang hari  hotel ini, menawarkan suasana santai dan mesra. Dibuka dari sarapan hingga makan malam, ia  menampilkan gabungan hidangan kegemaran tempatan dan sajian klasik, mencerminkan rasa  harian dan keunikan Pulau Pinang sebagai salah satu ibu kota kulinari Malaysia. 

U-Shop menampilkan pilihan produk artisanal dan barangan terpilih yang dikumpul daripada  pelbagai pelosok di Pulau Pinang. Di 1926 Heritage Hotel, setiap elemen penginapan mencerminkan kisah Pulau Pinang. Dari warisan  budaya dan kesejahteraan diri hingga hidangan yang ditawarkan dan ruang istirehat yang  disediakan.

Promosi Pembukaan 

Bersempena pembukaan eksklusif 1926 Heritage Hotel Penang, jom rasai pengalaman budaya dan ketenangan penuh sofistikasi di salah satu penginapan terbaik di Pulau Pinang ini.

Dari sekarang hingga 31 Julai 2026, tempahan bagi Heritage Room bermula dari RM428++ untuk satu malam, lengkap dengan sarapan pagi percuma untuk dua tetamu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.