fbpx
Now Reading
Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire Bakal Gegarkan Kuala Lumpur 16 & 17 Oktober 2026

Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire Bakal Gegarkan Kuala Lumpur 16 & 17 Oktober 2026

Malaysia menjadi hentian pertama jelajah Asia bagi pertunjukan mega monster truck, Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Untuk julung-julung kalinya, pertunjukan Siaran Langsung Hot Wheels Monster Trucks terbesar di dunia akan berlangsung di Asia!

Yang lebih menariknya, Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire ini akan memulakan debut jelajah Asia di Malaysia pada 16 – 17 Oktober 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil, dengan tiga pertunjukan selama dua hari iaitu pada:

  • Jumaat, 16 Oktober, 8:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7.00PM
  • Sabtu, 17 Oktober, 1:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 10.30AM-12.00PM 
  • Sabtu, 17 Oktober, 8:00PM / Akses Pra-pertunjukan VIP, 5.30PM-7:00PM 

Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire dipersembahkan oleh Family Entertainment Livedengan siri jelajah di Malaysia dianjurkan bersama oleh MUSE Group Asia dan Unik Squad.

Pertunjukan ini akan menampilkan Hot Wheels Monster Trucks kegemaran para peminat, termasuk Mega Wrex™, Tiger Shark™, Gunkster™, Bone Shaker™, Bigfoot®, Skelesaurus™, dan memperkenalkan trak baru di jelajah ini: Rhinomite – trak inspirasi badak dinamit.

Pengalaman mengujakan baharu ini akan menampilkan aksi-aksi belum pernah dipertontonkan oleh Hot Wheels Monster Trucks, termasuk aksi baharu No-Handed Front Flip dipersembahkan oleh penunggang FMX!

Sejajar dengan kejayaan Glow-N-Fire pada 2025 yang memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year, Hot Wheels Monster Trucks Live™ amat teruja untuk meneruskan momentum ke tahun 2026 dengan siri pertunjukan merentasi Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan terkini di Asia, di mana Malaysia berbesar hati menjadi lokasi pembuka tirai.

Para peminat Hot Wheels juga berpeluang untuk menyertai Akses Pra-pertunjukan VIP, yang berlangsung 2 jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula.

Pengalaman unik ini memberikan pengalaman kepada para peminat dengan akses ke aras arena, membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan luar biasa dan saiz epik Hot Wheels Monster Trucks serta mendapatkan tandatangan daripada pemandu dan bintang pertunjukan kegemaran mereka. Setiap tiket Akses Pra-pertunjukan VIP termasuk kad autograf. Pas-pas akan mula dijual selagi stok masih ada.

Tikel mula dijual pada 16 April 2026

Tiket ke Hot Wheels Monster Trucks Live™: Glow-N-Fire boleh didapati di Tri-Tix bermula 16 April 2026 pada pukul 8 pagi.

Harga bermula daripada RM118. Harga Istimewa untuk kanak-kanak juga tersedia untuk semua pertunjukan, sekali gus memberikan nilai yang HEBAT untuk seisi keluarga.

Beli tiket anda di jelajah Hot Wheels Monster Trucks di Pavilion Bukit Jalil pada 16 – 26 April untuk menikmati ganjaran eksklusif berupa diskaun 10% dan hadiah misteri Hot Wheels Monster Trucks (terhad kepada 100 pembeli tiket pertama di lokasi).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.