fbpx
Now Reading
Lotus’s Malaysia Buka Cawangan Ke-71 Di KSL Esplanade

Lotus’s Malaysia Buka Cawangan Ke-71 Di KSL Esplanade

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sabtu lalu (4 April) Lotus’s Malaysia telah mengumumkan pembukaan cawangan ke-71 di KSL Esplanade Mall, menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya serta meraikan kerjasama jangka panjang dengan KSL yang bermula sejak tahun 2011 melalui pembukaan cawangan di KSL Johor Bahru.

Pembukaan ini bukan sekadar mencerminkan pertumbuhan dari segi jumlah cawangan, malah menyerlahkan kerjasama yang dibina dari masa ke masa dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang mudah diakses dan berfokus kepada komuniti dalam pembangunan yang bersepadu.

“Pembukaan ini amat bermakna bagi kami kerana ia membina kesinambungan kerjasama dengan KSL yang telah wujud sejak 2011. Apa yang menjadikan kerjasama ini berjaya adalah pendekatan yang dikongsi bersama, iaitu mewujudkan persekitaran bersepadu yang menggabungkan peruncitan, hospitaliti dan komuniti. Ini sejajar dengan cara kami memilih lokasi dan merancang pertumbuhan perniagaan kami,” kata Yvonne Yong, Ketua Pegawai Kewangan dan Pembangunan Hartanah Lotus’s Malaysia.

Beliau menambah, “KSL Esplanade menonjol sebagai lokasi strategik dengan akses yang baik melalui jalan utama dan lebuh raya, serta berhampiran stesen LRT3 yang akan datang. Digabungkan dengan kawasan perumahan dan komersial di sekelilingnya, serta hotel dalam pembangunan ini, ia menawarkan aliran pelanggan yang konsisten dan pelbagai.”

Foto: KSL Esplanade

Cawangan Lotus’s di KSL Esplanade direka untuk memenuhi keperluan harian komuniti setempat dengan menawarkan pilihan produk yang merangkumi lebih daripada 9,000 SKU dalam kategori seperti hasil segar, bakeri di bawah jenama Lotus’s seperti Lo’Ti, barangan runcit, makanan sejuk beku, keperluan isi rumah, produk kesihatan dan kecantikan serta barangan am.

“Kami melihat cawangan ini bukan sekadar sebuah tempat membeli-belah, tetapi sebagai sokongan kepada kehidupan harian komuniti. Kami menghimpunkan pelbagai keperluan dalam satu format yang mudah diakses, selesa untuk dibeli-belah, dan menekankan kualiti pada harga yang berpatutan”, kata Neil Gurusamy, Ketua Pegawai Operasi Lotus’s Malaysia.

Susun atur kedai direka dengan zon yang jelas dan papan tanda yang mudah difahami, membolehkan pelanggan bergerak dengan lancar dan membeli-belah dengan lebih efisien.

Terletak secara strategik di dalam KSL Esplanade, cawangan ini memenuhi keperluan pelbagai kumpulan pelanggan, termasuk keluarga dan penduduk setempat, tetamu hotel serta pengguna bandar yang menghargai kemudahan.

“Kami melihat tiga kumpulan utama di sini, iaitu keluarga yang mementingkan nilai untuk keperluan isi rumah, pelawat yang mencari kemudahan semasa penginapan mereka, serta individu yang sibuk dan memerlukan pengalaman membeli-belah yang cepat dan efisien. Peranan kami adalah untuk menghubungkan semua kumpulan ini dengan menawarkan sebuah stor yang menyediakan nilai, kemudahan dan fleksibiliti dalam satu tempat,” tambah Neil.

Foto: KSL Esplanade

Keterjangkauan harga kekal sebagai fokus utama Lotus’s, dengan strategi harga yang direka untuk menyokong perbelanjaan harian tanpa menjejaskan kualiti.

“Kami memahami bahawa pelanggan hari ini lebih peka terhadap perbelanjaan mereka. Oleh itu, pendekatan kami adalah untuk sentiasa menawarkan nilai yang kukuh melalui pilihan produk, barangan jenama Lotus’s serta promosi yang dijalankan, supaya pelanggan dapat membeli dengan lebih yakin,” kata Neil Gurusamy.

Sempena pembukaan ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dari 4 hingga 8 April 2026, termasuk tawaran harian bagi barangan keperluan seperti udang, telur, ayam dan hasil segar, serta promosi Beli 1 Percuma 1 untuk produk terpilih. Diskaun tambahan sehingga 40% turut ditawarkan bagi barangan runcit, makanan ringan, minuman, produk kesihatan dan kecantikan serta barangan isi rumah.

Selain promosi, pembukaan ini turut direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif dan menyeronokkan kepada pelanggan. Aktiviti seperti permainan baling gelang (ring toss) pada 4 hingga 5 April dengan pembelian minimum RM80 serta ruang pensampelan produk jenama Lotus’s di pintu masuk stor memberi peluang kepada pelanggan untuk berinteraksi dan mengenali produk dengan lebih dekat.

Ahli My Lotus’s juga boleh menikmati ganjaran tambahan sepanjang tempoh pembukaan, termasuk 3 kali ganda mata ganjaran (4 – 13 April 2026) serta kempen Jimat! Lagi Jimat, di mana pembelian minimum RM120 melayakkan pelanggan menerima e-baucar RM6 yang boleh ditebus dari 14 hingga 27 April (dengan pembelian minimum RM80).

Selain itu, ahli juga boleh menyertai kempen Senyuman Ekstra Bernilai Belanja & Menang, dengan pembelian minimum RM128 di kedai atau secara dalam talian melalui aplikasi Lotus’s. Hadiah yang ditawarkan termasuk Proton e.MAS 5, pakej percutian ke Dubai untuk dua orang, serta ganjaran harian seperti e-baucar, mata ganjaran dan baucar pembelian dalam talian. Pengguna MyDebit dan DuitNow QR turut berpeluang memenangi jongkong emas 999 seberat 10g (15 pemenang)

Pembukaan Lotus’s di KSL Esplanade mencerminkan komitmen berterusan syarikat ini dalam memastikan keperluan harian lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

“Seiring dengan pertumbuhan kami, fokus kami kekal jelas; untuk membawa keperluan harian yang berkualiti dan mampu milik lebih dekat kepada tempat orang ramai tinggal dan bekerja. Pembukaan seperti ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan kemudahan dan nilai sentiasa dalam jangkauan pelanggan,” kata Yvonne Yong.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi eksklusif di Lotus’s Datum Jelatek, sila rujuk saluran rasmi Lotus’s di Facebook dan Instagram.

Baca Artikel Berkaitan: “Beli Lebih Untung Lebih” – Lotus’s Malaysia Lancarkan Stor Hibrid Pertama & Promosi Hebat!

Baca Artikel Berkaitan: Lotus’s Malaysia Kongsi Senyuman Bersama Penghantar Gig Sempena Ramadan Dengan Inisiatif #KitakanJiran


View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.