Now Reading
AXE Lancar Koleksi Fine Fragrance Baharu, Bau Premium Tapi Harga Mesra Poket

AXE Lancar Koleksi Fine Fragrance Baharu, Bau Premium Tapi Harga Mesra Poket

AXE Malaysia tampil dengan Fine Fragrance Collection bau premium, tahan lama sehingga 72 jam, dan direka khas untuk lelaki moden yang mahu tampil penuh keyakinan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Zaman sekarang, penggunaan deodoran atau body spray bukan sekadar nak elak bau kurang menyenangkan, tapi ia dah jadi sebahagian daripada first impression.

Sebab tu, ramai dah mula pilih wangian yang kena dengan vibe sendiri. Ada yang suka fresh, ada yang nak something warm, ada juga yang prefer bau lebih “clean” untuk daily use.

Terbaharu, AXE juga tampil memperkenalkan AXE Fine Fragrance Collection, koleksi body spray baharu membawa feel lebih premium umpama produk high-end, tapi masih dalam kategori mampu milik.

Menariknya, kempen kali ni guna hashtag #BerAXEsiDenganPenuhKeyakinan, lebih kepada ajak orang jadi diri sendiri dan tampil yakin ikut cara masing-masing.

Untuk kempen ni, AXE tampilkan Mierul Aiman sebagai duta atau wajah utama yang memang sesuai dengan imej confident tapi chill.

Selain tu, ada juga kolaborasi dengan MK K-Clique yang hasilkan lagu khas untuk kempen ini.

Dari segi produk pula, koleksi ni dikatakan dibuat oleh perfumer profesional dan datang dengan teknologi yang bantu kekalkan bau yang boleh tahan sampai 72 jam, sesuai untuk yang jenis aktif seharian.

Antara pilihan bau yang ada :

  • Blue Lavender – bau segar dengan sedikit floral
  • Aqua Bergamot – lebih citrus & ringan
  • Black Vanilla – bau warm, sikit manis tapi tak terlalu kuat

Senang cerita, setiap satu ada vibe berbeza ikut situasi seperti nak pergi kelas, kerja, atau lepak malam.

Menurut wakil Unilever Malaysia, Farhana Mohd Nasir, koleksi ni memang fokus kepada generasi sekarang yang lebih bebas dalam ekspresi diri, termasuk cara mereka pilih wangian.

Apa pun, kalau korang jenis yang tengah cari bau baru untuk tukar vibe harian, mungkin boleh try mana yang kena dengan taste masing-masing.

Koleksi ni dah available dekat pasar raya dan kedai kesihatan & kecantikan seluruh Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.