Sunway Mega Roadshow Hangatkan Visit Malaysia 2026 Dengan Pelbagai Promosi Menarik
Apa yang membuatkan Sunway Mega Roadshow 2026 ini lebih unik adalah jerayawara ini berlangsung secara dalam talian dari 13 Mac – 14 April menerusi aplikasi Sunway Super App. Siap ada hos live lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa sahaja yang tak suka bercuti kan? Yelah ini masanya nak berehat, recharge semula selepas penat bekerja keras.
Dapat reward diri sendiri bersama anak-anak, keluarga atau bersama rakan, malah dapat juga mencipta lebih banyak kenangan manis bersama. Alang-alang tengah Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) ni, lagi berkobar-kobar semangat nak bercuti bukan?
Namun kadangkala nak pilih destinasi percutian yang tepat pun boleh jadi sukar.
Sunway Mega Roadshow 2026 kembali lagi, mudahkan pelancong terokai tarikan menarik di Malaysia
Say no more! Sunway Mega Roadshow 2026 telah kembali dengan pelbagai tawaran dan aktiviti yang menarik dan paling penting ia melengkapi setiap keinginan percutian yang anda atau rakan dan keluarga mahukan.
Dimudahkan, ia membuatkan rancangan korang nak ‘Cuti-cuti Malaysia’ lebih lancar dan tersusun!
Nak tahu kenapa kami cakap macam tu?

Buat mereka yang tak ‘familiar’, Sunway Mega Roadshow adalah roadshow tahunan yang menjadi acara utama buat mereka yang mahukan percutian dalam negara (domestik) menarik termasuklah pelancongan kesihatan.
Salah satu pakej yang paling menarik tahun ini adalah Malaysia Attraction Pass (MAP). Bagi anda yang ingin menerokai lebih dari satu destinasi, pas tahunan ini membolehkan anda menerokai beberapa tarikan ikonik di negara ini dalam satu perjalanan.
Antara tarikan adalah Sunway Lagoon Night Park, Aquaria KLCC, Petrosains Discovery Centre dan Farm Fresh.

Menarik bukan? Dengan nilai pakej sebegini, bukan pelancongan tempatan je seronok, pelancong dari luar pun pasti teruja!
Tak perlu keluar rumah! Beli pas & dapat tawaran eksklusif secara online

Apa yang membuatkan Sunway Mega Roadshow 2026 ini lebih unik adalah jerayawara ini berlangsung secara dalam talian dari 13 Mac – 14 April menerusi aplikasi Sunway Super App. Siap ada hos live lagi.
Mungkin sebab tu namanya Sunway Mega Roadshow 2026 Online Edition!
Diringkaskan, anda tak perlu keluar rumah untuk beli pas atau pakej bercuti sebaliknya semuanya boleh didapatkan hanya dengan satu aplikasi sahaja.
Kalau mahukan tawaran menarik yang ekslusif, anda kena kejar siaran langsung bersama dua hos selebriti iaitu Daphne Iking dan Arwind Kumar di Sunway Super App ok?
Sesi siaran langsung bersama Daphne Iking bermula jam 8.30pm-9.30pm dan juga 10.00pm-11.00pm pada tarikh:
| Bulan | Tarikh |
| Mac | 27 & 28 |
| April | 3, 4, 11 & 12 |
Sesi siaran langsung bersama Arwind Kumar pula adalah pada:
| Tarikh | Waktu |
| 27 Mac & 3 April | 12.00pm-1.00pm |
| 29 Mac, 5, 11 & 12 April | 7.00pm-8.00pm |
Tawaran Ekslusif bermula serendah RM1 pun ada!
Ok ini paling best!
Bersempena dengan jerayawara ini, Sunway turut mengadakan Jualan ‘Mega Hours’ di mana pengguna boleh mendapatkan tawaran eksklusif dengan harga tiket bermula serendah RM1 sahaja di Sunway Super App.
Namun sesi terhad ini akan berlangsung secara live pada setiap Selasa dan Khamis bermula jam 12pm-1pm pada tarikh:
| Bulan | Tarikh |
| Mac | 17,19, 24, 26 & 31 |
| April | 2, 7, 9 & 14 |
Tetamu juga boleh mendapatkan kadar staycation eksklusif di Sunway Resort Hotel, Sunway Lagoon Hotel dan Sunway Pyramid Hotel yang menawarkan suasana sempurna untuk percutian singkat tetapi menarik.

Sunway Theme Parks Annual Passport
Setiap kali sebut mengenai Sunway pastinya ramai berhasrat nak bawa anak-anak ke taman tema mereka yang terkenal dan sering menjadi sebutan.
Bahkan ia adalah impian setiap ibu ayah dan anak-anak untuk meluangkan masa dan bermain dengan pelbagai jenis tarikan.
Dengan adanya Roadshow ini, Sunway menawarkan Sunway Theme Parks Annual Passport, pas tahunan yang membolehkan pengunjung menikmati pengalaman pengembaraan bersama selama 12 bulan dari tarikh pembelian.
| Pas | Harga Pendaftaran Baharu | Harga Pembaharuan |
| Sunway Lagoon Annual Passport | RM198 | RM168 bersama RM10 baucar ganjaran loyalty |
| Sunway Lost World Hot Springs and Night Park Annual Pass | RM78 | RM68 bersama RM5 baucar ganjaran loyalty |
| Explorer Rangers Pass (Sunway Lagoon/ Sunway Lost World of Tambun) | RM 238 | RM198 |
Tiket Sunway Lagoon dengan Sunway Lost World Hot Springs and Night Park mungkin semua tahu tapi Explorer Ranger Pass tu apa pula?
Ok! Buat anda yang tidak tahu, Explorer Ranger Pass merupakan program keahlian pendidikan luar yang dikhususukan kepada anak kecil berusia lima (5) hingga 12 tahun.


Di samping itu pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas bagi pembelian Sunway Lagoon Annual Passport juga berpeluang merasai pengalaman memasang kereta miniatur DIY percuma di Sunway Tiny Experience Factory yang akan dibuka pada Mei 2026 akan datang.

Bagi yang mempunyai masa lapang pula boleh berkunjung ke Sunway Pyramid Ice yang menawarkan tawaran luncur ais eksklusif untuk tempoh terhad iaitu:
- Beli 5 kredit dan dapat 1 kredit percuma
- Beli 10 kredit dapat 5 kredit percuma dengan kredit yang boleh dikongsi dengan rakan serta keluarga
Kesemua kredit sah untuk tempoh enam bulan dan ia boleh dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dalam menjadikan percutian anda lebih seronok, pelanggan yang membelanjakan minimum RM300 dalam satu transaksi berpeluang untuk menebus token di Spin Wheel, dengan token tambahan dibuka pada harga RM500.
Menerusi ciri cabaran Sunway Super App, pengguna juga boleh memutar roda untuk memenangi ganjaran e-baucar yang best!
Melancong sambil menjaga kesihatan

Jika dahulu, pelancongan hanyalah sekadar melawat atau berkunjung ke sesuatu kawasan menarik sahaja tetapi kini pelancongan kesihatan mula mendapat tempat di kalangan orang ramai termasuklah pelancong antarabangsa.
Fasiliti yang dimiliki di Malaysia membuatkan ramai pelancong luar negara menjadikan ia pilihan utama dalam mendapatkan rawatan sehingga Malaysia dinobatkan sebagai Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia pada 2025.
Antara destinasi popular bagi pelancongan kesihatan di sini adalah Sunway Medical Centre, sebuah institusi perubatan yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Berita baik buat orang ramai, tetamu termasuk pelawat antarabangsa boleh mendapatkan akses pakej saringan kesihatan eksklusif dengan tawaran penjimatan sehingga 15% jika membuat pembelian secara dalam talian bersempena roadshow ini.
Betul-betul sahut VM2026 ni!
Pakej yang dipilih dengan teliti ini menggabungkan saringan komprehensif dengan pakej penginapan hotel selama 3 hari 2 malam percuma bernilai sehingga RM1,380.
Pengunjung juga boleh memilih daripada beberapa penginapan termasuk:
- Studio eksekutif Sunway Sanctuary
- Studio satu bilik tidur Sunway Sanctuary
- Bilik Deluxe Hotel Sunway Pyramid
- Bilik Deluxe Hotel Sunway Resort
Bagi mereka yang berminat, perjalanan ini juga boleh dilanjutkan dengan tiket Taman Malam Sunway Lagoon pada harga istimewa iaitu RM65 sahaja.
Jadi sambil buat saringan kesihatan, boleh juga berhibur di Sunway Lagoon Night Park sebagai rekreasi atau untuk mengisi masa lapang.
Untuk menjadikan pengalaman ini lebih best lagi, setiap pembelian pakej pemeriksaan kesihatan juga disertakan dengan beg cenderahati dari Kedai Runcit Taman Tema Sunway bernilai RM20.
Bagi 20 pengunjung pertama yang menghadiri temujanji, mereka akan menerima beg cenderahati yang dinaik taraf bernilai RM50! Wow bestnya, ada banyak diskaun dan tawaran menarik.
Sunway Sanctuary tawar 50% diskaun

Orang ramai juga boleh menikmati promosi penginapan sebanyak 50% di Sunway Sanctuary termasuk pakej sarapan pagi untuk unit premium suite seperti:
- Premium Suite
- Signature One Suite
- Sanctuary Suite
Selain itu, terdapat promosi Bufet Makan Malam Rasa Tradisi pada harga promosi istimewa dan juga pakej Program Retreat selepas bersalin 28 hari.
Para ibu ayah dapat rasai pengalaman berpantang bersama si comel dan tak perlu risau kerana anda turut mendapat sokongan dari jururawat, serta aktiviti lain yang dipilih khas untuk si ibu dan bayi.
Bermain dan raikan diri anda serta keluarga
Selain Annual Pass, Sunway menerusi Sunway Fintech juga menawarkan penyelesaian yang praktikal bagi keperluan harian dan ini termasuklah:
- Laporan Credit Bureau Malaysia MyScore pada kadar eksklusif
- Akses Bengkel Pertubuhan PKS beli 1 percuma 1 untuk dua orang peserta
- Perkhidmatan pemindahan wang menerusi Sunway Money dengan yuran tetap RM8
Tempat yang dipanggil ‘rumah’

Selain pelancongan, Sunway Mega Roadshow 2026 turut mengetengahkan projek kediaman oleh Sunway Property, sebuah cabang pembangunan hartanah di bawah Sunway Group.
Dengan rekod prestasi menakjubkan sebagai pemaju selama 50 tahun, Sunway Property telah berjaya mewujudkan kawasan kediaman bertema yang memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup antaranya Sunway Serene 2 dan Sunway Flora 2 di Lembah Klang.
Manakala Sunway Majestic, Sunway Sakura 2 dan Sunway LakeHills di Johor yang memperkenalkan tenaga urban yang meriah serta suasana seperti tempat peranginan tepi tasik yang tenang.
Selain itu, setiap pemilik rumah Sunway Property yang baharu didaftarkan secara automatik ke Sunway Property+, program gaya hidup selepas jualan yang direka untuk memperluaskan nilai pemilikan rumah.
Perkara ini termasuk dengan perkhidmatan penyelenggaraan rumah seperti:
- Care+ : Pembersihan dan servis penghawa dingin
- Rent+ : Menawarkan kelebihan sewaan
- Reward+ : Diskaun eksklusif, keistimewaan dan pengalaman komuniti yang dipilih
Bagi Roadshow kali ini, pelanggan yang berminat dan mendaftar ketika sesi siaran langsung dapat menikmati rebat tambahan sehingga RM5,000 dengan ganjaran eksklusif dan insentif masa terhad.
Selain pengalaman dan keseronokan, apa yang penting buat sesebuah kawasan adalah tempah yang dipanggil ‘rumah’.
Pendek kata, semuanya ada di Sunway Mega Roadshow 2026!
Jadi kalau korang berminat ini cara untuk sertai Sunway Mega Roadshow 2026:
#1 Muat turun Sunway Super App di Apple Store atau Google Play Store
#2 Terokai tawaran-tawaran yang diberikan bagi Mega Roadshow
#3 Beli dan nikmatinya
Selain aplikasi Super Sunway App, anda juga boleh membuat pembelian menerusi laman sesawang rasmi Sunway di Sunway SuperApps, Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun.



