fbpx

Nak Bercuti Tapi Tak Sempat Plan? Ini Cara Paling Senang Nak Book Trip Last Minute

Apa yang lebih menyeronokkan kerana di Trip.com turut terdapat tawaran ‘Super Lokal!’ Barulah semangat nak jalan-jalan pusing Malaysia sempena VM2026 bukan?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Lumrah untuk mereka yang berkerjaya, bila dah lama sangat tak ambil cuti kerana kerja menimbun, jadi kepala pun mulalah rasa tepu. 

Hari-hari masuk meeting dan terpaksa pula kerja lebih masa semata nak kejar deadline menambahkan lagi stres sampai kita terfikir, “Mungkin dah masanya aku berehat sekejap.” Masa tu mulalah timbul idea nak pergi getaway dalam negara walaupun hanya trip pendek. Ye lah, sesuai sangat dengan musim Visit Malaysia 2026 ni bukan?

Tapi bila buat keputusan last minute, mestilah terasa cabarannya. Harga untuk pengangkutan macam tiket penerbangan yang sebelumnya ‘masuk akal’ kini dah jadi mahal, hotel pula banyak yang sudah penuh. Nak buka satu-satu website untuk cari pilihan terbaik pula leceh..

Ini yang membuatkan ramai merasakan trip last minute susah nak jadi kenyataan. Tapi sebenarnya kalau kita pandai mencari, pasti ada peluang nak dapat tiket flight dan tempat menginap yang berbaloi walaupun tempahan tu pada saat akhir.

Situasi sama turut berlaku pada salah seorang team kami, Kirthana yang dah ‘burn out’ dek kerana lambakan kerja. 

Pada awalnya dia yang dah mohon cuti tahunan last minute gagal jumpa satu pun tempat penginapan dan tiket penerbangan untuk percutian saat akhir dia. 

Kalau ada pun, harganya terlampau mahal manakala pakej yang menarik pula sudah habis ditempah.

Gunakan Trip.com

Sampailah seorang lagi team kami, Ash mencadangkannya untuk guna aplikasi Trip.com! 

Mood Kirthana mula berubah dan menjadi lebih teruja sebaik masuk ke laman agensi pelancongan dalam talian global (OTA) itu.

Dengan interface yang begitu mudah, dia hanya perlu log masuk dan boleh terus book tiket hotel dan penerbangan sambil buat perbandingan harga bagi setiap tempat penginapan dan kapal terbang mengikut waktu & bajet tersendiri. 

Malah terdapat banyak perkhidmatan menarik yang disediakan Trip.com antaranya:

  • Tiket tempat tarikan di destinasi anda
  • Tiket keretapi
  • Sewa kenderaan
  • Airport transfer

Apa yang lebih menyeronokkan kerana di Trip.com turut terdapat tawaran ‘Super Lokal!’ Barulah semangat nak jalan-jalan pusing Malaysia sempena VM2026 bukan? 

Tapi bukan hanya dalam negara tau! Luar negara punya banyak promosi menarik!

Nak lagi best? Trip.com turut bagi diskaun ekslusif buat pengguna aplikasi mereka.Selain itu, Trip.com juga ada berkongsi banyak tips dan cadangan aktiviti serta tempat-tempat best yang ada di destinasi yang bakal anda kunjungi.

Ciri ini anda boleh cuba di Trip.Planner ok!

Hanya nyatakan lokasi asal dan destinasi serta tempoh percutian anda, Trip.Planner sedia membantu untuk memberikan cadangan itinerari dengan bantuan sistem AI mereka.

Tapi kalau pilih nak buat secara manual pun boleh.

Bukan setakat bagi cadangan, butiran kos perbelanjaan juga mereka sediakan. Menarik bukan? 

Jom tonton video di bawah dan tengok macam mana team kami akhirnya dapat juga secure tempat percutian idaman dia pada saat akhir dengan Trip.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.