fbpx

AirAsia MOVE Lancar Ciri ‘Attractions’, Pengguna Kini Boleh Tempah Trip & Aktiviti Tarikan

Bersempena dengan pelancaran ini, MOVE kini menawarkan diskaun 10% untuk semua pembelian tempat tarikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Platform tempahan perjalanan dalam talian milik kumpulan AirAsia, AirAsia MOVE (MOVE) kini telah memperluas tawaran bagi para pengguna dengan penambahan satu ciri (feature) baharu iaitu ‘Attractions’ (Tarikan).

Ciri yang dibina melalui perkongsian strategik bersama GetYourGuide membolehkan pengguna mencari dan menempah pengalaman perjalanan, aktiviti, serta pakej pelancongan, sekali gus mengintegrasikan pengalaman tempahan perjalanan mereka dengan lebih menyeluruh di dalam satu aplikasi.

Dalam bahasa mudahnya, Attractions umpama marketplace untuk aktiviti yang boleh pengguna lakukan bila berkunjung ke sesuatu destinasi.

Bersempena dengan pelancaran ini, MOVE kini menawarkan diskaun 10% untuk semua pembelian tempat tarikan.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan menikmati kemudahan ‘tempah sekarang, bayar kemudian’, fleksibiliti pembatalan untuk pilihan tarikan yang tersedia serta pilihan harga terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Nadia Omer berkata, “Aktiviti tarikan bukan lagi sekadar nilai tambah, ia merupakan segmen yang paling pesat berkembang dalam sektor pelancongan global.

Penyelidikan daripada Arival dan Phocuswright menunjukkan sektor tarikan dan pengalaman pelancongan mencecah $271 bilion pada tahun 2025 dan diunjurkan akan meningkat kepada $342 bilion menjelang 2029, mengatasi segmen pelancongan utama yang lain.

“Pelancong hari ini memilih destinasi berdasarkan aktiviti yang boleh dilakukan di destinasi mereka. Aktiviti, tarikan, dan pengalaman tempatan yang mendalam semakin mempengaruhi keputusan perjalanan dan corak perbelanjaan. Pelancaran ‘Attractions’ ini, mengukuhkan kedudukan kami sebagai OTA (Agensi Pelancongan Dalam Talian) yang menyeluruh dan memastikan kami kekal relevan dalam landskap pelancongan yang berkembang pesat.”

Menurut Ketua Global Kerjasama Strategik GetYourGuide, Josh Montgomery pula Asia-Pasifik merupakan rantau yang paling pesat berkembang bagi GetYourGuide, dan pihaknya komited untuk memudahkan jutaan pelancong menerokai pengalaman luar biasa yang berada di rantau ini.

“Melalui kerjasama dengan AirAsia MOVE, kami membawakan kepakaran pemandu pelancong tempatan terus kepada para pelancong semasa mereka merancang perjalanan. Ini membantu mereka melangkau senarai mesti lawat yang biasa, dan terus mencari aktiviti yang tidak dapat dilupakan dan yang tersendiri buat mereka. Ini memberi lebih ramai pelancong keyakinan dan pengetahuan untuk meneroka kekayaan budaya, permata tersembunyi, dan tarikan bertaraf dunia.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.