Malaysia Airlines Lancar Video Pendek ‘Pilot Parker’, Diinspirasi Dari Kisah Penumpang Cilik [Video]
Menurut Malaysia Airlines kempen ini adalah sebahagian daripada usaha lebih luas di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) bagi menyokong aspirasi pertumbuhan jangka panjangnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Malaysia Airlines pada 10 Mac telah melancarkan kempen terbaharunya, sebuah video pendek berjudul ‘Pilot Parker: A Story of Malaysian Hospitality’ yang menampilkan watak maskot ikonik mereka, Pilot Parker.
Malaysia Airlines menerusi satu kenyataan berkata, kempen ini adalah sebahagian daripada usaha lebih luas di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) bagi menyokong aspirasi pertumbuhan jangka panjangnya.
Inisiatif ini juga bertujuan mengukuhkan kedudukan jenama MAG di peringkat global, merapatkan hubungan emosi dengan para pengembara, serta menonjolkan kehangatan layanan yang membezakan Malaysia Airlines dalam industri penerbangan yang semakin kompetitif.
Idea datang dari kisah seorang penumpang muda yang pernah terbang bersama Malaysia Airlines
Klip berdurasi 80 saat itu diinspirasikan daripada kisah sebenar seorang penumpang kanak-kanak yang menaiki pesawat Malaysia Airlines.
Malah kisah itulah yang mencetuskan idea untuk Malaysia Airlines menghasilkan filem pendek yang menyentuh hati ini.
Secara ringkasnya filem yang mengikut sudut pandang (POV) Pilot Parker menonjolkan pelbagai momen kecil tetapi penuh bermakna buat semua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines termasuklah si cilik.
Selepas penerbangannya, kanak-kanak itu menghantar satu lukisan tangan Pilot Parker bersama sepucut surat kepada Malaysia Airlines yang menceritakan bagaimana maskot tersebut memberi rasa tenang dan selesa sepanjang penerbangannya.
Perkara ini secara tidak langsung membuktikan pendekatan servis perkhidmatan yang diamalkan oleh syarikat penerbangan itu, berjaya memikat hati penumpang-penumpang mereka.