fbpx

Berjaya Air Lancar Laluan Antarabangsa Pertama Dengan Perkhidmatan Premium Subang-Koh Samui

Laluan antarabangsa sulung ini dijadualkan bermula pada 22 April ke Koh Samui dan Medan. Tanpa perlu transit atau pertukaran lapangan terbang, pelancong boleh menikmati perjalanan yang lebih mudah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi kebanyakan pengembara, pemilihan penerbangan memainkan peranan penting dalam merancang perjalanan ke luar negara. Selain faktor harga dan jadual penerbangan, aspek keselesaan serta tempoh perjalanan juga sering menjadi pertimbangan utama, terutamanya bagi perjalanan jarak jauh yang memerlukan perancangan lebih teliti.

Disebabkan ini, penerbangan terus atau ‘direct flight’ sering menjadi pilihan ramai kerana ia menawarkan perjalanan yang lebih lancar tanpa perlu melalui proses transit di lapangan terbang lain.

Bukan sahaja menjimatkan masa, malah ia juga membantu mengurangkan risiko kelewatan sambungan penerbangan dan menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan lebih selesa.

Terbaharu, cabang penerbangan milik Berjaya Property, Berjaya Air memperkenalkan laluan antarabangsa baharu ke Koh Samui dan Medan melalui pakej penerbangan carter.

Beroperasi sepenuhnya dengan perkhidmatan kabin kelas perniagaan sahaja dari Subang, Berjaya Air menggabungkan sambungan perjalanan yang lancar dengan pengalaman penerbangan butik yang diperkukuh oleh warisan hospitaliti Berjaya Group. 

Direka khusus untuk pelancong yang menghargai perjalanan yang selesa dan tanpa kerumitan lancar, laluan baharu ini membuka akses terus ke Koh Samui yang terkenal dengan susana pulau tropika yang ekslusif, serta Medan yang kaya dengan budaya dan pengalaman kulinari.

Dari saat berlepas hingga tiba di destinasi, perjalanan disusun untuk memberikan pengalaman yang tenang, selesa dan lancar.

Laluan antarabangsa sulung ini dijadualkan bermula pada 22 April ke Koh Samui dan Medan.  Tanpa perlu transit atau pertukaran lapangan terbang, pelancong boleh menikmati perjalanan yang lebih mudah.

Direka khas untuk pelancong yang menuju ke destinasi percutian seperti resort, perkhidmatan ini menawarkan permulaan perjalanan yang lebih santai dan teratur.

Perkhidmatan ini dirancang untuk beroperasi tiga kali seminggu bagi setiap laluan, membolehkan para pelancong menikmati akses yang konsisten dan mudah ke Koh Samui serta Medan, selaras dengan rangkaian serantau Berjaya Air yang semakin berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Property Berhad, Syed Ali Shahul Hameed berkata, “Laluan antarabangsa baharu ini mencerminkan visi Kumpulan untuk meningkatkan keterhubungan serantau sambil menyokong pertumbuhan perjalanan gaya hidup di seluruh Asia Tenggara. Berjaya Air memainkan peranan penting dalam usaha kami menghubungkan para pelancong ke destinasi gaya hidup di rantau ini.

“Dengan menghubungkan Subang ke destinasi percutian serantau seperti Koh Samui, Medan dan Redang, kami memudahkan pelancong menikmati beberapa destinasi pulau dan budaya terunggul di Asia Tenggara.

“Pendekatan ini selaras dengan kepercayaan kami bahawa perjalanan serantau kini lebih tertumpu kepda hubungan berkualiti tinggi antara destinasi. Seiring dengan evolusi permintaan perjalanan, Berjaya Air menawarkan pengalaman penerbangan kelas perniagaan sepenuhnya yang mengutamakan keselesaan, eksklusiviti dan kemudahan perjalanan ke destinasi istimewa.”

Sebagai satu-satunya laluan terus dari Subang ke Koh Samui, perkhidmatan ini memberikan akses mudah ke salah satu destinasi pulau paling popular di Thailand. Dengan landskap tropika yang memukau, pantai yang indah serta vila mewah yang menawarkan privasi dan ketenangan, Koh Samui terus menjadi pilihan utama bagi pengembara yang mencari pengalaman percutian eksklusif.

Laluan ke Medan menghubungkan para pelancong ke salah satu bandar paling dinamik di Indonesia, terkenal dengan warisan seni bina yang kaya dan kepelbagaian tradisi kulinari. Dari bandar Medan, pelancong boleh meneruskan perjalanan ke Danau Toba untuk percutian alam semula jadi. Manakala pelancong perniagaan turut mendapat manfaat daripada sambungan perjalanan yang lebih ringkas dan efisien.

Pengurus Besar Berjaya Air, Mohd Amri bin Mohd Akib berkata, perkhidmatan terus ini mencerminkan peralihan dalam cara pelancong premium merancang perjalanan serantau mereka.

“Kini, para pelancong lebih teliti dalam mengatur masa mereka. Mereka mengutamakan perjalanan yang lebih lancar dengan kurang transit dan kesesakan. Dengan laluan terus ke Koh Samui, masa perjalanan dikurangkan daripada kira-kira empat jam dengan feri atau bas kepada hanya dua jam penerbangan terus. Ini membolehkan para penumpang tiba ke destinasi dengan lebih pantas dan mudah.”

“Pada masa yang sama, perjalanan serantau kini semakin beralih ke arah rangkaian destinasi lebih kecil tetapi berkualiti tinggi, berbanding laluan yang hanya berdasarkan jumlah penumpang. Keutamaan kami adalah untuk menghubungkan destinasi gaya hidup di mana permintaan stabil dan pengalaman perjalanan yang bermakna. Apabila destinasi berkenaan istimewa, perjalanan seharusnya terasa lancar dan menyenangkan.”

Pengurus Besar Berjaya Air, Mohd Amri bin Mohd Akib

Penerbangan ini akan dikendalikan menggunakan ATR 72-600 pertama di dunia dengan konfigurasi 26 tempat duduk kelas perniagaan sepenuhnya. Ia direka khas untuk menawarkan ruang kabin yang luas dengan keselesaan premium sepanjang penerbangan. Dengan bilangan penumpang yang lebih kecil, proses menaiki pesawat menjadi lebih pantas, suasana kabin lebih tenang, dan kelajuan perjalanan terasa lebih santai, menyerupai pengalaman penerbangan butik berbanding penerbangan jarak pendek konvensional.

Para penumpang juga boleh menikmati kaunter daftar masuk khas, proses menaiki pesawat yang lebih peribadi, serta akses ke lounge, sekali gus menjandikan pengalaman perjalanan premium bermula sebaik Sahaja tiba di lapangan terbang. 

Di dalam pesawat, para penumpang akan disajikan hidangan yang diinspirasikan daripada standard kulinari Berjaya Hotels. Antara hidangan istimewa termasuk Rendang Daging Pak Mus, Salmon Laut dengan sos herba lemon Berjaya Air, dan Oxtail Assam Pedas Russel. Selain itu, para penumpang juga boleh menikmati pilihan kuih-muih tradisional serta snek gourmet yang menambahkan sentuhan pengalaman gastronomi ala hotel di udara. 

Selain laluan ke Koh Samui dan Medan, Berjaya Air terus memenuhi keperluan pelancong melalui laluan sedia ada Subang–Redang–Seletar. Perkhidmatan ini membawa pelancong terus ke keindahan Pulau Redang yang terkenal dengan air laut sejernih kristal di Laut China Selatan serta pantai berpasir putih halus di Redang.

Laluan ini juga merupakan satu-satunya sambungan terus dari Seletar untuk para pelancong dari Singapura. Setibanya di Redang, pengunjung hanya beberapa minit sahaja dari The Taaras Beach & Spa Resort, sebuah destinasi percutian yang dianggap antara permata tersembunyi paling mempesona di rantau ini.

Pakej penerbangan dalam rangkaian Berjaya Air menggambarkan konsep butik kelas perniagaan sepenuhnya, dengan tambang pergi balik bermula daripada RM3,996 ke Koh Samui, RM1,847 ke Medan, RM3,569 ke Redang, dan RM4,902 untuk laluan Seletar–Redang.

Setiap pakej termasuk 30kg bagasi berdaftar, 7kg bagasi kabin, serta baucar penginapan eksklusif bernilai RM200 yang boleh ditebus di mana-mana Berjaya Hotels & Resorts. Ini menjadikan pengalaman perjalanan lebih menyeluruh dari udara hingga ke destinasi penginapan.

Pakej penerbangan kini boleh dibeli di berjaya-air.com. Ikuti laman media sosial rasmi Berjaya Air di Facebook, dan Instagram untuk maklumat terkini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.