fbpx

Nak Makan Menu Simple Tapi Sihat Time Sahur? Jom Buat Resipi Ni [Video]

Mungkin dah hujung-hujung puasa ini, ada yang mencari menu sahur lebih simple, cepat tapi mengenyangkan jadi ini antara menu yang boleh dicuba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pejam celik tak sangka kita dah berada di penghujung Ramadan, sedih pula bila mengenangkannya.

Yelah, bulan Ramadan ni penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan pintu taubat dibuka seluas-luasnya untuk kita semua yang bergelar muslim. Sayangnya Allah SWT pada kita kan.

Tapi bila dah hujung-hujung ni mesti ada juga di antara korang yang dah mula tak sahur kan? Jangan macam tu, walaupun tak wajib untuk melakukannya tapi apa kata kita ambil pahala sunat tu sebab itulah istimewanya Ramadan.

Sahur ni korang sebenarnya tak perlu pun nak ambil makanan berat, buat je makanan yang simple apa yang penting ia sihat, sedap dan boleh buat korang bertenaga pada hari tu.

Jom kami kongsikan antara menu yang mudah untuk korang buat ketika bersahur nanti.

#1 Vietnam roll

Tengok sahaja pada nama tu, mesti korang dah tahu daripada mana asalnya makanan ni kan?

Vietnam roll ni antara makanan yang mudah untuk korang buat untuk di makan di waktu sahur. Ia tidak terlalu renyah, bahkan sihat dan sesuai bagi sesiapa yang sedang diet.

Yelah dah nak raya ni, mesti ada yang nak kurus. Nak cantik pakai baju raya nanti.

Untuk membuat Vietnam roll ini bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Rice paper
  • Salad
  • Timun
  • Lobak merah
  • Protein – boleh pilih sama ada nak ayam, daging, atau sebarang makanan laut
  • Suhun

Bagi bahan protein, ia sebenarnya terpulang kepada korang jika nak rebus atau memangang. Mungkin ada di antara korang sukakan ayam atau daging dipanggang terlebih dahulu.

Jika nak senang dan cepat boleh juga rebuskan sahaja.

Cara untuk membuatnya pula:

  • Pertama sekali celup rice paper seketika di dalam air, kemudian angkat. Tujuannya hanya sekadar nak lembutkan kulit rice paper.
  • Kemudian letakkan sayur-sayuran, suhun dan juga protein yang menjadi pilihan dan gulungkan rice paper dengan kemas.

Dah siap, mudahkan? Kemudian korang boleh simpan dalam peti ais, dan makan ketika sahur nanti.

Kebiasaannya Vietnam roll ini turut dimakan dengan sos thai atau sos hijau. Namun terpulang pada korang suka yang mana satu. Korang juga boleh rujuk video dari influencer, Che Sayang ni macam mana nak buat Vietnam Roll.

@chesayang_kitchen

Episod 532 | Resepi Vietnam Roll | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Hari ni kita pakai Galaxy Saucepan & Portable Stove dari @Cosmic Cookware Kalau korang suka masak2 kat rumah bila tengok TV memang sesuai pakai Portable Stove ni!  Apply je code CSYGXCC10 untuk harga promosi. Terpakai untuk semua cookware item kecuali accessories dan tidak boleh digabungkan dengan promosi yang lain. Resepi penuh  Vietnam Roll * sosej, crabstick, udang dan lain2 * Rice paper * Salad, timun, carrot Green thai sauce * 1 genggan daun ketumbar * 7 tangkai cili padi hijau * 4 ulas bawang putih * 3 sudu besar mayonis * Sedikit air * Gula (optional) * Perahan lemon #cosmiccookware #galaxycollection #resepichesayang #chesayangkitchen

♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

#2 Puding chia seed

Korang nak tahu tak puding biji chia ni sangatlah mudah untuk dibuat dan buat korang kenyang lebih lama.

Yelah bila nak sahur ni, adakalanya kita cuma nak benda yang senang dan tak terlalu renyah nak buat.

Malah resipi untuk buat chia ni turut ada dikongsikan oleh Khairul Aming. Apa yang penting ia juga satu makanan yang sihat untuk dimakan di pagi hari.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Susu
  • Kurma atau sebarang buah yang diinginkan
  • Biji chia
  • Kekacang

Untuk buat puding chia ni sebenarnya mudah sahaja, yang penting asasnya korang buat terlebih dahulu iaitu rendamkan chia seed di dalam susu untuk semalaman. Nak buat sebelum tidur pun boleh, confirm bangun tu dia dah kembang.

Jika korang ada yang mempunyai alergi pada susu atau lactose intolerance, korang boleh juga rendam chia seed dalam air. Cuma mungkin dia sedikit kurang rasa lemaknya.

Apabila chia seed dah kembang, kemudian korang boleh tambahkan kekacang atau buah-buahan yang diinginkan.

Sebagai contoh jika korang sukakan pisang, boleh letak pisang bersama dengan kekacang atau buah beri bersama granola.

Jika nak rasa manis sedikit boleh juga letakkan madu atau sirap maple. Apa yang penting adalah kreatif sahaja dengan topping yang nak digunakan. Jika nak makan dengan mentega kacang pun boleh juga.

@khairulaming

Yang mana masak rentung, puding terbelah dua, menari pun tangan keras, haa try yang ni pulak. Overnight Chia Pudding ni tak payah masak, campur letak dalam chiller je. Kalau yang ni fail jugak aku pencen next year 🤲🏻

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

#3 Sandwic Ayam

Sandwic ayam pun antara makanan yang mengenyangkan juga dan mudah juga nak buat.

Bak kata orang kacang saja dan nak buat pun cepat. Yang penting korang sediakan dulu bahannya seperti yang ditunjukkan oleh Che Sayang.

Bahan yang diperlukan untuk buat sandwic ayam ni adalah:

  • Roti – korang boleh guna pelbagai jenis roti, roti putih, roti wholemeal, sourdough dan macam macam
  • Ayam – boleh guna bahagian dada atau bahagian yang disukai. Perap kan dengan bahan disukai seperti lada hitam, paprika, sedikit yogurt dan sedikit garam sebagai perasa.
  • Salad
  • Tomato (optional)
  • Timun (optional)

Cara buat sandwich ayam:

  • Bakar ayam yang dah diperap dalam oven atau air fryer dengan suhu 170 °C selama 10 minit. Jika korang nak panggang pun boleh juga.
  • Letak mentega pada roti dan panaskan seketika – roti ni sama juga seperti ayam, korang boleh masuk dalam air fryer atau nak panggang atas pan pun boleh juga. Yang penting jaga api supaya tak hangus.
  • Bagi salad, korang boleh juga jika nak gaulkan dengan mayonis atau sebarang sos yang disukai. Jika tak nak pun tak mengapa.
  • Siap bakar roti, letakkan salad, tomato, dan timun, kemudian letakkan ayam yang dah dibakar dan dipotong.
  • Kemudian letakkan satu lagi roti di atasnya.

Ouh ya, jika korang sukakan keju, boleh juga letak dalam sandwich ni. Nak letak sos pun tiada masalah. Jika masih diet kurangkan kuantiti sos untuk sekadar memberi rasa.

Yelah dalam diet kita kena juga enjoy dengan makanan tu. Jadi tidaklah korang rasa diet ni satu penyeksaan tapi perjalanan yang seronok.

#4 Murtabak tanpa gluten

Korang peminat martabak, tapi tak boleh makan sebab ada tepung atau gluten? Jangan risau korang, ‘I got your back!’

Mesti korang sabar je menahan diri dari beli murtabak dekat bazar Ramadan tu kan? Tak apa jangan risau kita ada alternatif lain untuk lepaskan ‘craving’ korang tu.

Sebenarnya korang boleh buat murtabak tanpa guna tepung dan ia juga sihat serta sesuai juga jika nak dijadikan sebagai makanan sahur nanti.

Ingat tak resipi pertama tadi kita buat Vietnam roll? Korang mesti ada lebih rice paper tu kan? Haa kita gunakan rice paper tu untuk buat murtabak sihat, resepi dari influencer, Naufal Hilme.

Ni bahan yang korang perlukan:

  • Rice paper
  • Daging atau ayam
  • Bawang putih dan merah yang dah dicincang
  • Rempah kari dan kurma – campurkan
  • Kentang – dipotong dadu dan kecil
  • Telur
  • Lobak merah – potong nipis
  • Kobis – potong nipis

Resepi bawang jeruk

  • Bawang merah
  • Cuka
  • Pewarna merah
  • Gula

Cara untuk masak:

  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah
  • Kemudian masukkan rempah kari dan kurma yang dicampur, tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan kentang dan protein (daging atau ayam), gaul sebati sehingga masak sepenuhnya.
  • Dalam bekas berasingan pecahkan beberapa biji telur (5-10) ikut kuantiti inti murtabak
  • Kemudian masukkan inti murtabak, sayur-sayuran yang dah dipotong nipis dan gaul sebati bersama telur.
  • Celupkan rice paper seketika dan angkat, kemudian letakkan inti murtabak di tengah dan lipat seperti murtabak.
  • Kemudian gril di atas kuali dengan sedikit minyak.
  • Bagi bawang jeruk pula masukkan semua bahan dan kacau rata. Jika tak suka manis, boleh tukarkan kepada alternatif lain seperti gula tiruan. Ini adalah ‘optional’ jika korang sukakan bawang jeruk.

Tunggu apa lagi korang, malam ni juga buat murtabak ni okay. Confirm lagi sedap dari dekat kedai.

#5 Shawarma ayam

Jom kita beralih ke menu Asia Barat sedikit. Mesti ada di antara korang yang suka makan shawarma atau makanan yang ‘on the go’.

Yelah kadang-kadang penat dan nak makanan dalam satu hidangan dah ada semua nutrisi yang penting sedap.

Mari kami kongsikan cara nak buat shawarma ayam mengikut resepi dari influencer, Dyasyazzy.

Jika korang tak suka ayam boleh juga tukarkan kepada protein lain seperti daging atau kambing.

Ini bahan yang diperlukan.

Bahan A

  • 3 sudu besar yogurt kosong (tanpa perisa)
  • 1/2 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Lada hitam (ikut citarasa jika suka pedas boleh letak lebih)
  • Sedikit minyak masak
  • 1 sudu besar puri tomato
  • Isi ayam – boleh guna dada atau peha atau kedua-duanya

Bahan B

  • Roti pita
  • Salad
  • Hirisan bawang
  • Tomato

Bahan buat sos putih

  • 2 sudu besar toum
  • 4 sudu besar mayonis
  • 4 sudu besar yogurt
  • Parsley kering
  • lemon

Cara untuk buat shawarma:

  • Satukan semua bahan A dan kacau dengan rata sebelum panggang ayam di atas pan sehingga semua masak sepenuhnya.
  • Bagi sos putih, satukan semua bahan yang disenaraikan dan perah sedikit lemon dan kacau sebati dalam bekas berasingan.
  • Kemudian ambil roti pita dan sapukan sedikit dan letak salad, tomato, ayam yang dah dimasak serta hirisan bawang dan sos putih kemudian balut dengan kemas.
  • Kemudian letakkan atas pan untuk dibakar seketika

Hasilnya memang crispy dan sangat sedap. Korang juga boleh tukar untuk letakkan kentang goreng namun versi ini sesuai untuk orang yang nak diet dan nak makan sihat.

@dyasyazzy

Senang sangat nak buat. Puas hati dapat shawarma penuh dgn isi ayam🥹 Bahan-bahan: 900gm isi ayam (paha + dada ayam) ½ sudu besar bawang putih cincang 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk paprika 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk lada hitam 3 sudu besar yogurt 1 sudu besar tomato puree Garam secukup rasa Pita bread/Tortilla wrap Hirisan bawang besar, tomato, French fries Cara buat Toum: Blend satu labu bwg putih bersama sedikit garam sehingga lumat. Sambung blend dan masukkan 1 cawan minyak masak. Bila minyak dah bertukar warna putih sepenuhnya baru masukkan perahan jus lemon (1biji🍋) & blend sampai fluffy. Shawarma White Sauce 2 sudu besar Toum ( kalau takde boleh ganti dengan 1 sudu kecil pes bawang putih) 4 sudu besar plain yogurt 4 sudu besar mayonaise Garam secukup rasa Perahan lemon 🍋 Dried parsley Selamat mencuba❤️ #shawarma #foryou

♬ original sound – Dya Syazzy – Dya Syazzy
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.