[Review] Best Ke Moreh Berdua Di K Fry Urban Korean Dengan Bajet RM60? Ini Pendapat Kami!
Ayam Chilli Krunch Butter Yam yang rangup walaupun bersos, digandingkan dengan Bingsu Bora Taro Yam yang creamy dan menyegarkan dan semuanya dengan bajet sekitar bawah RM60. Berbaloi ke tidak? Ini review jujur kami selepas mencubanya sendiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali Ramadan, ramai yang tercari-cari lokasi berbuka puasa yang bukan saja sedap, tapi juga berbaloi dari segi harga.
Kalau sebut ayam butter rangup dan bingsu taro creamy dalam satu meja, mesti ramai dah bayang bil mahal.
Embed link : https://www.kfry.my/raya-yam/
Namun menariknya, kombinasi Chilli Krunch Butter Yam Chicken dan Bingsu Bora Taro Yam ini boleh dinikmati dengan bajet sekitar bawah RM60. Jadi persoalannya, betul ke berbaloi?
Kami cuba sendiri dan ini ulasan jujur kami.

Chilli Krunch Butter Yam Chicken – Rangup Walaupun Bersos (9/10)
Menu ini hadir dengan dua pilihan saiz:
- Boneless (6 ketul)
- Half Chicken (12 ketul)
Ayam digaul bersama chilli honey butter sauce dan ditabur dengan bawang goreng, daun kari serta hirisan cili yang menaikkan aroma sebaik sahaja ia dihidangkan.
Dari suapan pertama, rasa dia mild pedas dan tidak terlalu ‘menyengat’ tetapi cukup untuk beri sedikit kick.
Rasanya mengingatkan kepada butter chicken yang biasa kita nikmati, cuma versi ini lebih rangup dan ada sentuhan Korea yang tersendiri.
Apa yang kami suka, walaupun ayam sudah digaul dengan sos butter, teksturnya masih kekal crunchy.
Sos pula seimbang antara lemak butter, sedikit kemanisan madu dan rasa pedas yang sederhana.
Untuk hidangan utama berbuka, menu ini memang memuaskan dan sesuai untuk dikongsi.
Rating: 9/10

Bingsu Bora Taro Yam – Penyejuk Tekak Lepas Makan Pedas
Selepas menikmati ayam bersos butter, pencuci mulut ini memang pilihan tepat untuk seimbangkan rasa.
Antara komponen dalam hidangan ini ialah:
- Yam snow ice
- Sweet taro lump di bahagian dalam
- Cream cheese foam (topping)
- Taro flakes
Snow ice yang halus membuatkan ia lembut dan mudah cair di dalam mulut.
Di bahagian tengah pula terdapat taro lump yang manis dan berlemak, memberikan rasa lebih padat setiap kali dicedok.
Cream cheese foam membantu mengimbangi rasa manis dengan sedikit elemen masin berkrim. Taro flakes pula memberi tekstur tambahan.
Ia turut dihidangkan bersama side seperti:
- Taro ball (kenyal seperti boba namun rasanya agak plain)
- Sago
Walaupun taro ball lebih menyerlah dari segi tekstur berbanding rasa, keseluruhan kombinasi tetap menyenangkan dan tidak terlalu muak.
Rating: 8/10
Embed link : https://www.instagram.com/reel/DUp5D-TEfb4/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Jadi, Berbaloi Ke Bawah RM60?
Dari segi harga, Chilli Krunch Butter Yam Chicken berharga sekitar RM25.70, manakala Bingsu Bora Taro Yam pula sekitar RM24.90.
Digabungkan sekali, ia masih berada dalam bajet bawah RM60.
Dengan ayam rangup bersos butter yang memuaskan dan pencuci mulut taro yang creamy serta menyegarkan, kombinasi ini boleh dianggap antara pilihan yang berbaloi untuk dicuba sepanjang Ramadan lebih-lebih lagi dengan bajet sekitar bawah RM60.
Bagi peminat butter-based chicken dan pencuci mulut berasaskan taro, menu ini mungkin boleh masuk dalam senarai lokasi berbuka puasa anda tahun ini.








