fbpx
Now Reading
Bazar Ramadan Kg Melayu Majidee JB Tawar Pelbagai Jenis Makanan, Confirm Terliur!

Bazar Ramadan Kg Melayu Majidee JB Tawar Pelbagai Jenis Makanan, Confirm Terliur!

Jejak sahaja kaki di bazar Ramadan Kg Melayu Majidee, Johor Bahru ni tak dinafikan memang rambang mata dan menariknya mereka turut menjual makanan tradisi yang terkenal di negeri ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila datang sahaja bulan puasa, tak dinafikan bazar Ramadan merupakan salah satu perkara yang sering dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Bukan hanya meriah, tetapi setiap tahun pastinya ada kelainan di bazar Ramadan sebagai contoh jika dahulu banyak makanan warisan dan tradisional dijual tetapi kini orang ramai juga boleh mendapatkan makanan antarabangsa.

Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan perubahan masyarakat Malaysia dalam citarasa terhadap makanan yang boleh menerima pelbagai jenis hidangan.

Jom terjah Bazar Ramadan Kg Melayu Majidee

Buat orang di Selatan Semenanjung Malaysia, jom BuzzKini nak bawa korang teroka bazar Ramadan di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru.

Sewaktu berkunjung ke bazar Ramadan Kg Melayu Majidee ini tak dinafikan trafiknya agak sesak dan dikunjungi oleh orang ramai.

Perkara ini secara tak langsung buat kami tak sabar nak tengok juadah-juadah yang dijual di bazar Ramadan ini serta kelainannya.

Ada makanan yang sukar dicari di bazar Ramadan negeri lain

Memandangkan ini pertama kali penulis menjejakkan kaki ke bazar Ramadan di Johor Bahru, apa yang menarik perhatian selain roti john, murtabak di sini mereka turut menjual makanan tradisi negeri ini seperti botok-botok.

Untuk makluman korang botok-botok ini merupakan makanan tradisi di Johor dan sangat popular di kalangan masyarakat Jawa, lapor Sinar Harian.

Ia sebenarnya adalah ikan tenggiri yang dikukus bersama dengan pelbagai jenis ulam-ulaman serta rempah serta dibalut dengan daun pisang. Boleh dikatakan, botok-botok ni agak sukar untuk dicari jika di negeri lain.

Selain botok-botok, ada juga gerai yang menjual Nasi Ambeng, haa ni juga antara makanan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa. Untuk Nasi Ambeng ni, terdapat beberapa gerai yang turut menjual makanan sama namun ada yang menawarkan lauk-pauk lain mengikut selera pelanggan.

Antara menu yang penulis rasakan rare di sini dan jarang ada di bazar Ramadan lain adalah Mi Rebus dan juga Soto. Yelah, macam yang korang tahu selalunya menu ni orang cari waktu pagi tapi memandangkan sedang berpuasa pasti ada yang menelan air liur juga.

Macam-macam jenis makanan turut dijual

Jika korang mencari makanan seperti roti john, ayam golek, murtabak, kebab dan sebagainya usah bimbang. Dekat bazar Ramadan Kg Majidee ni pun ada tau. Cakap sahaja apa yang korang teringin nak makan confirm ada jual di sini.

Malah ada juga segelintir gerai yang dilihat menjadi tumpuan ramai seperti ayam golek, ayam gunting dan banyak lagi. Nasi kenduri pun ada dijual di sini.

Korang tengoklah ramai orang tunggu ayam golek yang dibakar panas-panas dalam ketuhar tu. Bila lalu baunya memang semerbak, confirm buat nafsu tergugat 🥹.

Jika ada yang mencari ikan bakar, di sini pun ada dijual dan peniaga ini menawarkan dua jenis ikan iaitu siakap dan juga pari dengan pelbagai jenis saiz.

Tengok jelah sambal atas ikan yang sedang dibakar tu, memang nampak menyelerakan 😋.

Sup utara
Gulai kawah dan murtabak

Kuih-muih, kek dan pelbagai manisan serta snek pun ada!

Di bulan puasa ni memang tak sah lah kalau tak mencari kuih-muih, manisan atau snek kan.

Yelah seharian menahan lapar mesti ada beberapa kuih yang diidam-idamkan. Di bazar Ramadan ni ada bermacam jenis kuih-muih yang turut dijual dari tradisional hinggalah moden.

Apa yang menarik, kalau korang peminat bubur manis, dekat sini pun ada pelbagai jenis bubur manis.

Bukan itu sahaja, di sini juga ada menjual makanan Korea, Arab, dan juga Indonesia.

Kebab murah dan sedap

Dalam banyak-banyak makanan yang dijual ni, penulis sempat membeli kebab yang dipercayai menjadi pilihan ramai pengunjung yang datang ke bazar ni.

Dari segi harga kebab daging yang dibeli sangat berpatutan sekitar RM4. Manakala bagi rasanya pula memang sangat sedap, roti pitanya juga begitu lembut apabila digigit.

Kebab ni juga tidak mempunyai sos atau mayonis yang melimpah sehingga menyukarkan untuk nak makan sebaliknya semuanya ‘just nice’.

Bagi pencuci mulut pula, penulis ada membeli bubur sum-sum yang dijual di salah sebuah gerai di bazar ini. Rasanya juga sedap kerana terasa pandan serta santan yang digunakan.

Manakala gula melaka yang diberi juga banyak cuma terpulang pada pelanggan nak letak banyak atau sikit. Dari segi tekstur bubur sum-sum juga lembut ketika dimakan.

Di sini juga ada menjual pelbagai jenis minuman, jika dilihat rasa nak beli semua. Nak-nak pula berjalan waktu panas dan bahang semuanya nampak sedap.

Dari segi harga, kebanyakan makanan adalah berpatutan namun ada juga yang sedikit mahal. Akan tetapi pilihan juga di tangan pelanggan, jadi membelilah dengan bijak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.