Sunway Malls Raikan Kempen ‘Seindah Corak Aidilfitri’ Dengan Dekorasi Meriah Songket & Batik
Bersempena Raya Aidilfitri tahun ini, Sunway Malls mengetengahkan dekorasi dan corak tradisional untuk mengekalkan warisan turun-temurun serta budaya Melayu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dah masuk pertengahan bulan Ramadan ini, sudah tentu ramai di antara kita yang tidak sabar untuk melihat dekorasi Aidilfitiri di pusat beli-belah seluruh Malaysia.
Sunway Malls juga tidak terlepas untuk mewarnai sambutan perayaan ini dengan kempen ‘Seindah Corak Aidilfitri’, satu sambutan penuh makna yang diinspirasikan daripada keindahan kebersamaan dan warisan turun-temurun.
Bercakap tentang Hari Raya Aidilfitri, pasti anda mula membayangkan anak beranak serta saudara mara yang pulang ke kampung halaman untuk mengeratkan hubungan silaturahim kan?
Selari dengan semangat itu, kempen dilancarkan Sunway Malls ini meraikan kekayaan budaya Melayu sambil membawa sentuhan moden dalam suasana perayaan.
Sunway Putra Mall Warnai Main Concourse Dengan Deko Tradisional Sentuhan Batik
Semalam (3 Mac), team kami dapat menyaksikan sendiri dekorasi indah tema batik dan songket yang dilancarkan di Main Concourse Ground Floor, Sunway Putra Mall di Kuala Lumpur.
Seni hiasan dalaman di tengah-tengah pusat membeli-belah itu memaparkan struktur rekaan berbentuk ketupat dengan corak batik dan juga songket. Ia juga dihiasi dengan corak tekstil tradisional, menampilkan keindahan warisan dalam gaya kontemporari.
Reben tekstil bercorak yang tergantung turut mewarnai pekarangan Sunway Putra Mall. Selain itu, terdapat juga beberapa struktur bunga bercorak batik berserta lampu neon bagi menerangi lokasi tersebut.

Foto: BuzzKini 
Foto: BuzzKini
Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls, HC Chan.
“Seindah Corak Aidilfitri mencerminkan makna sebenar Aidilfitri, tradisi dihargai, cerita dikongsi, dan kebersamaan memberi makna kepada setiap sambutan. Melalui kempen ini, Sunway Malls menggabungkan warisan budaya dengan pengalaman perayaan moden, mengajak komuniti untuk kembali berhubung dan meraikan perkara yang benar-benar penting,” katanya.


Pelancaran ini turut menampilkan aktiviti simbolik berinspirasikan teknik cap batik tradisional. Lima motif batik yang dicap ialah:
- Kunyit Bersusun
- Tampuk Manggis
- Bunga Susun Tunggal
- Buah Cermai
- Petola Mahkota

Dalam masa sama, kempen Seindah Corak Aidilfitri ini mendapat sokongan pelbagai pihak, antaranya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA) dan banyak lagi.
Deko ‘Seindah Corak Aidilfitri’ Di Sunway Malls
Buat anda yang ingin membeli-belah untuk membuat persiapan raya akan datang, bolehlah singgah ke mana-mana pusat beli-belah Sunway Malls. Sambil shopping boleh OOTD! 😍
Di sini kami kongsikan foto-fot dekorasi Aidilfitri di beberapa Sunway Malls yang pasti membuatkan anda terpegun. Antaranya:
#1 Sunway Pyramid


#2 Sunway Velocity Mall


#3 Sunway Carnival Mall

#4 Sunway Putra Mall

#5 Sunway Kluang Mall

#6 Sunway Wangsa Mall


#7 Sunway Citrine Hub

Sepanjang kempen berlangsung, pengunjung boleh menikmati:
- Ganjaran ekslusif
- Dekorasi Raya imersif
- Persembahan budaya
- Aktiviti mesra keluarga
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Sunway Malls dan Sunway Super App.



