fbpx
Now Reading
Nobu KL Perkenalkan Sundown Harmony Omakase, Dari 1 Hingga 18 Mac Ini

Nobu KL Perkenalkan Sundown Harmony Omakase, Dari 1 Hingga 18 Mac Ini

Set Sundown Harmony Omakase boleh dinikmati pada harga RM460+ sekepala ataupun set untuk empat orang, Sharing-Style Menu, berharga RM1,700+.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Mac ini, Nobu Kuala Lumpur memperkenalkan Sundown Harmony Omakase, pengalaman makan malam bagi menghormati semangat bulan mulia ini.

Sundown Harmony Omakase menggabungkan tradisi dengan hidangan kontemporari gabungan Jepun dan Peru yang dicipta bagi sesi berbuka puasa dalam suasana penuh elegan.

Set omakase ini tersedia dari 1 hingga 18 Mac dengan harga RM460+ sekepala.

Berikut merupakan setiap hidangan ditawar dalam set Sundown Harmony Omakase:

Starter:

  • Pecan nuts, Dates & Dry Apricot
  • Plantain Chip Guacamole
  • Salmon Skin Salad
  • Clear Soup

Bento Selection: (Pilihan antara bento sushi atau sayur-sayuran)

  • Sushi Bento: Yellowtail Jalapeno, Sushi Selections, Crispy Soft-Shell Crab with Ponzu, Spicy Tuna Cut Roll
  • Vegetable Bento: Watercress Salad, Vegetable Sushi Selections, Asparagus Dry Miso, Vegetable Hand Roll

Hidangan panas: (Satu pilihan makanan laut atau daging)

  • Seafood Selection: Grilled Jumbo Shrimp Nobu Sauces, Black Cod Miso, Anticucho Crab Rice
  • Meat Selection: A3 Wagyu Sukiyaki, Lamb Anticucho Miso

Pencuci Mulut: (Satu pilihan)

  • Nobu Mango Cheesecake
  • Mochi
  • Miso Cappuccino
Sumber gambar: Nobu

Nobu Tawar Sharing-Style Menu Untuk 4 Pax

Selain Sundown Harmony Omakase, Nobu turut tampil dengan Sharing-Style Menu yang boleh dinikmati dalam kumpulan empat orang dengan harga RM1,700+ setiap set.

Set ini mempunyai sedikit perbezaan dengan hidangan omakase iaitu:

Starter:

  • Pecan nuts, Dates & Dry Apricot
  • Beetroot Dry Miso Salad
  • Miso Soup

Hidangan Sejuk:

  • Lobster Tacos Wasabi Aioli
  • Umami Chicken Wings
  • Japanese Nasu Special

Sushi:

  • Sushi Bento Box: Yellowtail Jalapeno, Chef’s Sushi Selections, Soft-Shell Grab Cut Roll, Spicy Tuna Cut Roll

Hidangan Panas:

  • Black Cod Butter Lettuce
  • Chargrilled Jumbo Shrimp Nobu Sauce
  • Antichucho Crab Rice
  • Pilihan daging: Lamb Anticucho Miso, Anticucho Peruvian Style Rib Eye Steak

Pencuci Mulut:

  • Chocolate Bento Box
  • Assorted Seasonal Fruits
  • Miso Cappuccino
Sumber gambar: Nobu

Review Sharing-Style Menu Sundown Harmony Omakase

Pada minggu lepas, team kami berpeluang untuk menghadiri preview Sharing-Style Menu bagi berbuka puasa.

Jom kami kongsikan reviu ringkas setelah mencuba hidangan set ini.

Bagi Starter, kekacang, kurma dan apricot kering sememangnya sesuai untuk dijamah bagi membuka puasa. Diikuti pula dengan salad Beetroot Dry Miso dan Miso Soup yang lembut untuk diterima perut kosong.

Beetrood Dry Miso Salad merupakan hidangan yang unik. Rasa sos miso yang disapu di atas hirisan ubi bit mengurangkan rasa ubi tersebut. Namun bagi mereka yang tidak gemarkan beetroot, aroma ‘tanah’ mungkin masih agak kuat terasa.

Seterusnya, Sushi Bento Box yang dihidangkan terasa fresh. Gabungan hidangan Jepun dah citarasa Peru semestinya membawa kelainan. Peminat sushi pasti enjoy!

Set ini diteruskan lagi dengan tiga hidangan sejuk, masing-masing dengan sos khas iaitu:

  • Umami Chicken Wings: Bahagian sayap ayam ini disaluti dengan sos istimewa yang memberikan rasa umami. Namun ia terasa agak masin bagi kami.
  • Japanese Nasu Special: Terung yang dipanggang ditambah dengan sos mayo pedas memberikan rasa berlemak.
  • Lobster Tacos Wasabi Aioli: Menu yang paling ‘win’ bagi hidangan sejuk, udang galahnya terasa lebih segar apabila digandingkan bersama rasa pedas masam wasabi aioli. Taco ‘bite-size’ yang rangup pula memberi tekstur menarik kepada keseluruhan hidangan.
Sumber gambar: BuzzKini/ Sharifah

Kini tibanya kepada ‘highlight’ set ini, iaitu hidangan panas dengan pilihan Lamb Anticucho Miso yang boleh dikatakan ‘star dish’ bagi malam ini, kambing biri-biri yang cukup masak dengan lemaknya yang mencair di dalam mulut.

Bagi Black Cod Butter Lettuce, ikan yang dihidangkan bersama sos yang agak manis, dengan kesegaran yang terjamin. Ia juga ditabur dengan kepingan pastri yang memberi tekstur ‘crunchy’.

Bagi hidangan panas ketiga — Chargrilled Jumbo Shrimp Nobu Sauce menyediakan udang jumbo panggang yang segar, dicicah bersama sos khas Nobu yang pedas dan masam, membangkitkan lagi rasa manis udang.

Antichucho Crab Rice pula seakan-akan nasi goreng, hidangan ini mengutamakan isi ketam yang boleh dinikmati dalam setiap gigitan.

Sumber gambar: BuzzKini/ Sharifah

Miso Cappuccino Pencuci Mulut Unik Di Nobu

Hidangan tak akan lengkap dengan pencuci mulut sebagai penutup kepada malam yang indah kan?

Pada kali ini, kami dihidangkan dengan set pencuci mulut yang merangkumi buah-buahan, kek coklat lava dan yang paling unik, Miso Cappuccino.

Sekali dengar ramai yang sangkakan ia adalah minuman kopi, namun Miso Cappuccino adalah gabungan foam kopi, miso creme brulee, aiskrim vanila dan karamel kacang pecan.

Pencuci mulut ini perlu dinikmati dengan menggabungkan kesemua elemen, barulah seimbang rasa pahit kopi, masin miso, manis aiskrim serta lemak kacang dan krim. Memang teringat-ingat sampai sekarang!

Sumber gambar: BuzzKini/ Sharifah

Baca Artikel Berkaitan: Nobu KL Tampil Dengan Maguro Osusume, Mahu Kurangkan Sisa Tuna Premium

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.