BSN Perkenal Video Raya ‘Lebih Dari Cukup’ [Video]
Berlatarbelakangkan suasana kampung di Kuala Kangsar, Perak, video ini menyampaikan mesej kesederhanaan, kesyukuran dan semangat berkongsi, selaras dengan visi BSN untuk memastikan Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Bersempena Hari Raya Aidifiltri, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan video Raya pendek bertajuk ‘Lebih Dari Cukup’ (#CukupBersama) yang menampilkan pelakon veteran Jalil Hamid bersama Syazwan Zulkifli dan Khatijah Tan.
Berlatarbelakangkan suasana kampung di Kuala Kangsar, Perak, video ini menyampaikan mesej kesederhanaan, kesyukuran dan semangat berkongsi, selaras dengan visi BSN untuk memastikan Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan.
Tonton video raya BSN di bawah:
Laksana BSN Care Cukup Bersama
BSN turut melaksanakan inisiatif ‘BSN Care Cukup Bersama’ dengan menyalurkan sumbangan kewangan serta barangan keperluan kepada 11 pengamal media terpilih yang memerlukan sokongan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bank dalam menyantuni komuniti.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen BSN dalam memupuk nilai keprihatinan dan kebersamaan, selaras dengan tema perayaan BSN bagi tahun 2026, ‘Cukup Bersama’.
Menurut BSN, warga media sebagai rakan strategik memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, dan penghargaan ini dizahirkan sebagai tanda sokongan terhadap kebajikan komuniti media.
Penerima terpilih menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM3,000.00 dan sebuah Kotak Rezeki yang mengandungi barangan keperluan asas.
“Cukup Bersama” dipilih bagi tema tahun ini kerana “cukup” bukan hanya soal angka. Ia juga bukan tentang berapa banyak yang kita ada, tetapi sejauh mana kita bersyukur dan berkongsi rezeki itu bersama. Melalui inisiatif BSN Care, kami berharap sumbangan yang disampaikan dapat membantu meringankan beban penerima serta memberikan sokongan moral agar mereka dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga dengan lebih tenang dan bermakna.
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Jay Khairil.
Layari www.bsn.com.my untuk maklumat lanjut mengenai kempen, produk dan perkhidmatan perbankan BSN.