fbpx
Now Reading
Ada Banyak Kurma Lebih Di Rumah? Ini Resipi Brownies Vegan Korang Boleh Cuba, Sesuai Untuk Moreh!

Ada Banyak Kurma Lebih Di Rumah? Ini Resipi Brownies Vegan Korang Boleh Cuba, Sesuai Untuk Moreh!

Korang hanya perlukan lima bahan asas sahaja untuk brownies tanpa dibakar ini antaranya, kacang walnut, kurma, serbuk koko dan lain-lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dah masuk hari ke-8 berpuasa, mesti ramai yang sudah mencuba pelbagai resipi-resipi menu berbuka puasa kan? Hari ini, kami mahu berkongsi snek yang korang boleh cuba untuk kudap-kudapan atau lebih sesuai dimakan pada waktu moreh nanti.

Dah nama pun moreh, mesti korang tak nak buat sesuatu yang leceh atau mengambil masa penyediaan yang terlampau lama kan? Jadi kami sarankan untuk mencuba resipi yang dipanggil, ‘No-bake brownies edisi Ramadan’. Untuk info, kesemua bahan yang digunakan adalah mesra vegan (vegan-friendly) dan tidak mempunyai kandungan gluten (gluten free).

Apa yang menariknya tentang snek ini adalah korang masih boleh menikmati coklat tetapi dalam versi yang lebih sihat.

Sumber: Aery Living

Bahan-bahan No-bake Brownies

Dah ready untuk cuba? Di sini kami kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan brownies tanpa perlu dibakar ini.

Bahan-bahan untuk doh brownies:

  • 2 cawan kacang walnut tanpa garam (unsalted)
  • 2 cawan kurma tanpa biji
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • Secubit garam

Bahan-bahan untuk topping coklat (optional):

  • 2 cawan coklat masakan (dark chocolate atau milk chocolate)
  • 2 sudu makan minyak masak atau minyak kelapa
  • 2 sudu sirap maple (optional)
Foto: BuzzKini

Langkah-langkah penyediaan: Brownies Vegan

  1. Gunakan pemproses makanan (food processor) untuk mengisar walnut, kurma, serbuk koko, esen vanila dan garam sehingga ia menjadi doh. Korang boleh menggunakan apa sahaja jenis kurma, tetapi kurma Medjool paling disarankan.
  2. Kisar semua bahan itu sehingga hancur. Korang akan mendapat tekstur doh yang sedikit melekit dan bukannya bertepung seperti brownies biasa.
  3. Kemudian masukkan doh ke dalam loyang bersaiz 8×8 inci. Jika nak acuan keluar dengan mudah, lapikkan sekali kertas pembakar di dalam loyang.
  4. Selepas itu, ratakan doh hingga ia menjadi satu lapisan yang sekata dan kemas.
  5. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk sementara menyediakan topping coklat.
  6. Bagi penyediaan topping coklat pula, cairkan coklat korang menggunakan kaedah double boil. Masukkan semua bahan iaitu minyak masak, coklat dan sirap maple semasa mencairkannya.
  7. Selepas coklat sudah cair dan disejukkan, tuangkannya ke atas doh brownies yang sudah disediakan sebentar tadi.
  8. Selepas meratakan coklat, sejukkan brownies dalam masa 30 minit ke satu jam sebelum memotongnya dalam saiz kecil.
  9. Kalau ada lebihan walnut tadi, bolehlah cincang kasar kacang itu dan taburkan di atas brownies korang. Siap!
Foto: BuzzKini

NOTA: Kalau korang tak mahu brownies terlampau manis atau nak versi yang lebih sihat, kami cadangkan menggunakan coklat masakan, dark chocolate.

Reviu No-bake Brownies

Kalau tanya penulis sendiri yang pertama kali mencuba resipi ini, brownies itu memang kaya dengan rasa kekacang dari walnut. Serbuk koko pula menguasai rasa dessert ini sehingga kurma kurang terasa.

Buat yang tidak suka makan kurma tetapi masih mahu mendapatkan khasiatnya, jangan risau brownies ini sangat sesuai untuk korang.

Tambah pula dengan lapisan topping coklat tu, memang rasa padu dan tip-top. Tanpa korang sedar, dah masuk lima keping brownies dah dalam mulut. Kalau tak ada idea nak makan apa lepas habis solat tarawih tu, bolehlah cuba tiru resipi ni.

Tonton video di bawah untuk melihat cara penyediaannya:

Insya-Allah, walaupun tak berapa mahir memasak, pasti menjadi. Selamat mencuba! 😋

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.