fbpx
Now Reading
[Review] Sajian Warisan Kembali Ke RuMa, Gabungan Hidangan Tradisi Pelbagai Budaya Di Malaysia

[Review] Sajian Warisan Kembali Ke RuMa, Gabungan Hidangan Tradisi Pelbagai Budaya Di Malaysia

Harga bagi bufet Sajian Warisan di RuMa ialah RM258+ bagi dewasa dan RM129+ bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada tahun ini, The RuMa Hotel and Residences kembali memperkenalkan bufet ‘Sajian Warisan’ bersempena bulan mulia.

Tema hidangan kali ini mengetengahkan perjalanan kulinari Malaysia yang pelbagai, merangkumi tradisi Nusantara, budaya Peranakan, selera pesisiran pantai di Sabah, Sarawak dan Pantai Timur, warisan rempah serta manisan tempatan.

Apa yang lebih menarik lagi, pengalaman tetamu ke bufet ini dilengkapkan lagi dengan persembahan kebudayaan yang diadakan setiap malam, sekali gus membawa mereka untuk menikmati hidangan tradisi negara secara lebih mendalam.

Antara hidangan yang boleh didapatkan di Sajian Warisan ialah:

  • Kambing Masak Hitam
  • Rendang Tok
  • Kambing Bakar
  • Ayam Pansuh
  • Sup Ekor
  • Gulai Kawah
  • Umai Melanau
  • Kerabu Pucuk Paku
  • Celup Tepung
  • Gulai Lemak
  • Rendang Minang
  • Nasi Briyani
  • Laksa Kari Nyonya
  • Ikan Patin Tempoyak
  • Ayam Percik Mibrasa
  • Laksam
  • Pasembor
  • Mee Kolok
  • Ulam-ulaman
  • Pelbagai Sambal
  • Aneka Kuih-muih
  • Manisan Arab
  • Bubur Durian
  • Air Balang
Foto: BuzzKini/ Sharifah

Maklumat bufet Citarasa Nipah:

  • Tarikh: 25 Februari – 17 Mac 2026
  • Waktu Operasi: 6:30pm – 9:30pm
  • Lokasi: ATAS, Mezzanine Floor
  • Harga bufet: RM258+ (dewasa)| RM129+ (kanak-kanak umur lima hingga 11 tahun)

Bagi tempahan berkumpulan 10 individu, seorang dari mereka akan menikmati bufet secara percuma. Kalau nak mudahkan, umpama bayar 9 percuma 1.

The RuMa turut menawarkan penjimatan eksklusif bagi tetamu korporat.

Foto: BuzzKini/ Sharifah

Reviu Sajian Warisan @ ATAS, RuMa

Sempena pelancaran Sajian Warisan, team TRPbm dan BuzzKini telah berpeluang untuk berkunjung ke restoran ATAS dan merasai sendiri semua hidangan yang ditawarkan di bufet tersebut.

Memang rambang mata melihat pelbagai menu yang disajikan. Dari hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, hinggalah ke menu citarasa Nusantara, semuanya nampak sedap belaka.

Berikut merupakan reviu ringkas bagi beberapa menu yang telah kami cuba:

  • Nasi Briyani: Lengkap dengan kacang gajus dan kismis, nasi briyani ini mempunyai aroma yang membangkitkan rasa dengan teksturnya yang lembut. Memang sedap makan bersama pelbagai lauk yang dihidangkan.
  • Sup Ekor: Rugi kalau peminat sup tak cuba hidangan ini. Rasa supnya penuh berempah tetapi tidak terlalu kuat, digabungkan pula dengan ekor lembu yang sangat lembut. Sama ada makan kosong, cicah roti atau dengan nasi, semuanya sedap!
  • Kambing Masak Hitam: Cukup berempah, dengan rasa masin dan manis yang seimbang, digabungkan pula dengan daging kambing yang lembut. Memang mengingatkan kita kepada hidangan yang sinonim dengan kenduri kahwin.
  • Ayam Pansuh: Merupakan sajian tradisi Sarawak, ayam pansuh yang disajikan penuh dengan rasa wangi herba seperti serai dan bunga kantan.
Foto: BuzzKini/ Sharifah
  • Ikan Patin Tempoyak: Menu ini disediakan secara ‘cook-to-order’. Ikan patin yang digunakan terasa amat segar dan tiada sebarang bau hanyir. Namun rasa kuah tempoyaknya agar terlebih masam dan tidak cukup ‘kaw’. Kami rasakan mungkin tempoyaknya sudah terlebih masak.
  • Umai Ikan Tenggiri: Buat peminat kerabu, wajib cuba hidangan tradisional masyarakat Melanau ni. Ikan tenggiri yang segar, digaul pula bersama perahan limau dan potongan cili memberikan rasa yang lebih fresh.
Foto: BuzzKini/ Sharifah
  • Ulam-ulaman dan sambal: Bahagian ni memang syurga kalau anda pencinta ulam dan kepedasan! Ulam yang dihidangkan ‘fresh’ dan sedap dicicah bersama sambal yang cukup rasa serta tidaklah terlalu pedas. Just nice orang kata.
  • Aneka Kuih-Muih: Untuk anda yang sukakan makanan manis, pasti rambang mata lihat aneka kuih-muih yang dihidangkan. Kami telah mencuba beberapa jenis manisan dan semuanya sedap, tidak terlalu manis.
  • Kuah Durian dan Roti Jala: Pencuci mulut inilah yang menjadi kegemaran kami. Kuah durian yang pekat, berlemak dan kaya dengan rasa durian sedap dimakan bersama roti jala yang lembut.

The RuMa Tawar Set Untuk Berbuka & Moreh

Selain bufet Sajian Warisan, The RuMa turut memperkenalkan set Sajian Warisan Gifting untuk mereka yang nak ‘take-away’. Menampilkan Rendang Tok Chef Suhalmi, set ini sesuai dinikmati oleh 4 ke 5 orang.

  • Tarikh: 25 Februari – 21 April 2026
  • Harga: RM288+

Di samping itu, The RuMa juga menawarkan Moreh Tiffin dengan kuih-muih dan minuman yang sesuai untuk dinikmati pada lewat malam.

  • Tarikh: 18 Februari – 19 Mac 2026
  • Lokasi: SANTAI dan The LIBRARI
  • Waktu Operasi: 10pm – 12am
  • Harga: RM98+

Tempahan bagi Sajian Warisan, Sajian Warisan Gifting dan Moreh Tiffin boleh dibuat menerusi talian +60 3 2778 0888 atau e-mel reservations@theruma.com.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.